Showing posts with label Penderaan. Show all posts
Showing posts with label Penderaan. Show all posts

Tuesday, August 28, 2018

Lelaki dibelasah banduan lain selepas dipenjara kerana dera anak kandung dengan kejam

 

Lelaki dibelasah banduan lain selepas dipenjara kerana dera anak kandung dengan kejam | PADAH dera anak sendiri, seorang lelaki menerima hukuman berganda apabila dia bukan sahaja dipenjarakan malah turut dibelasah oleh banduan lain. Tony Smith, 47, diikat pada sebuah kerusi sebelum diserang dengan stokin berisi tin tuna dan kepingan logam oleh dua banduan di Penjara Swaleside, kepulauan Sheppey di Kent. Smith dan teman wanitanya, Jody Simpson, 24, dijatuhkan hukuman penjara setelah didapati bersalah mencederakan anak mereka.Mangsa yang turut dikenali sebagai Tony mengalami patah tulang rusuk dan rahang serta retak tulang di bahagian mata. Menurut seorang sumber, pegawai penjara berjaya menyelamatkan Smith yang nyaris maut selepas dia ditahan dan dikurung selama empat jam oleh dua banduan tersebut dalam kejadian pada 7 Ogos lalu.


Sementara itu, bayi tersebut berusia 41 hari sewaktu dia bertarung nyawa setelah didera pada 2014. Selain kecederaan lapan tulang retak, kaki bayi itu juga terpaksa dipotong kerana lewat dihantar ke hospital.Sewaktu perbicaraan mahkamah, dua pasangan itu memberi alasan lambat menghantar Tony ke hospital kerana sedang menunggu tukang paip. Menurut pakar penyiasat, bayi itu mengalamai kecederaan teruk setelah badannya ditarik dan dipulas sekitar 10 hari sebelum dihantar ke hopsital. Bayi itu yang kini berusia tiga tahun dijaga oleh keluarga angkat baharunya. Smith yang juga penagih dadah jenis heroin dan Simpson dipenjara selama 10 tahun bermula Februari lalu. - Metro.UK



#kesdera #penderaankanakkanak #kejam



.

Monday, July 9, 2018

Wanita dikecam layan anak macam binatang dan paksa anak makan makanan anjing



Wanita dikecam layan anak macam binatang dan paksa anak makan makanan anjing | SEORANG ibu hanya ketawa selepas memaksa anak lelakinya yang berusia dua tahun memakan makanan anjing. Lebih malang lagi, kanak-kanak itu dilayan seperti binatang apabila dipaksa memakannya dari mangkuk makanan haiwan perliharaan itu. Insiden keterlaluan itu dilaporkan dirakamkan oleh wanita berkenaan di bandar Trindade di Gois, Brazil. Nenek kepada kanak-kanak berkenaan memberitahu bahawa makanan anjing itu membuatkan cucunya sakit. Kanak-kanak itu dirakamkan memakan makanan anjing itu sebelum disertai haiwan perliharaan berkenaan. Wanita yang terus merakamkan insiden tersebut kedengaran mentertawakannya. Media tempatan melaporkan kanak-kanak itu kurang upaya.


Dilaporkan video tersebut dikongsikan di ruang sembang keluarga mereka sebelum dimuat naik dalam talian oleh nenek kanak-kanak berkenaan. Polis sedang menyiasat ibu kanak-kanak itu termasuk ibu saudaranya yang dilaporkan berada di tempat kejadian ketika insiden tersebut dirakamkan. Penyiasat, Vicente Gravina berkata, kedua-dua wanita itu bakal berdepan dengan pertuduhan jenayah. - Mirror UK



#wanitadikecam #makanananjing #deraanak




.

Tuesday, April 24, 2018

Lelaki dera teman wanita dan ditonton oleh pengguna media sosial menerusi Facebook Live



Lelaki dera teman wanita dan ditonton oleh pengguna media sosial menerusi Facebook Live | SEORANG lelaki bertindak mendera teman wanitanya yang berusia 21 tahun di Facebook Live dalam kejadian pada Isnin. Video itu telah membuatkan pengguna media sosial berasa terganggu dan mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk campur tangan bagi menyelamatkan wanita muda tersebut. Susulan video Chaichana Sirichart, 25, memaksa teman wanitanya yang sudah dalam keadaan berlumuran darah menampar wajahnya sendiri, polis mengenal pasti sebuah kondominium di kawasan Nawamin sebagai lokasi kejadian dan menyelamatkan wanita itu kira-kira pukul 7 petang.


Dalam sebahagian daripada video yang dikeluarkan kepada media tempatan, Sirichart menunjukkan teman wanitanya yang cedera ke arah kamera dan berkata: "Kamu tak tahu saya bagaimana. Ini adalah pengakhiran kesakitan saya ... Sudah empat bulan!" Apabila pihak berkuasa tiba di kondo itu, Sirichart enggan membuka pintu, tetapi akhirnya membiarkan seorang penyelamat masuk ke bilik untuk memberikan bantuan kecemasan kepada teman wanitanya. Polis mengambil masa dua jam untuk mengakses bilik dan menyelamatkan mangsa. Songwut Somjantuek, penyelamat yang secara sukarela masuk ke dalam bilik itu berkata Sirichart menuduh teman wanitanya mempunyai hubungan sulit.


"Dia mahu membawa sendiri wanita berkenaan ke hospital tetapi dia tidak mahu berdepan orang ramai di luar. Saya cuba berunding, dan akhirnya dia membuka pintu dan terpaksa akur dia akan ditangkap," kata Somjantuek. Dia menggambarkan wanita itu sebagai cedera teruk dengan luka di kepala dan tangannya. Darah kering di mukanya menunjukkan dia mungkin telah dikasari sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum ditahan, lapor Morning News. Gambar-gambar yang dirakam di tempat kejadian juga menunjukkan kesan darah kering di dinding. Dalam klip yang menunjukkan penangkapan Sirichart, dia seolah-olah kecewa, rebah di lantai di luar biliknya ketika polis cuba menenangkannya.

Menurut polis, Sirichart mengakui memukul teman wanitanya dengan batang penyapu dan pengering rambut, walaupun dia mengubah ceritanya lebih daripada sekali, kesan daripada dirinya yang berada di bawah pengaruh dadah, lapor Spring News. Jurucakap polis Wirachai Songmetta menyatakan bahawa Sirichart diuji positif dadah. Mangsa masih dirawat di hospital, dan Sirichart kini berada dalam tahanan polis. Lelaki berusia 25 tahun itu didakwa melakukan penculikan, menyebabkan kecederaan, menggunakan dadah kategori satu dan meletakkan data ke dalam sistem komputer yang mencemarkan atau menghina orang lain. -AP




#derakekasih #facebooklive #keganasanrumahtangga



.

Wednesday, April 18, 2018

Bekas hakim tinggi dan isteri dihukum penjara selepas bersalah dera pembantu rumah yang berusia 10 tahun


Bekas hakim tinggi dan isteri dihukum penjara selepas bersalah dera pembantu rumah yang berusia 10 tahun | Seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan isterinya dijatuhi hukuman setahun penjara, selepas disabit bersalah mendera kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang juga merupakan pembantu rumah mereka. Hakim Aamer Farooq dari Mahkamah Tinggi Islamabad semalam turut memerintahkan Raja Khurram Ali Khan dan isterinya Maheen Zafar membayar denda berjumlah 100,000 rupee (RM3,357). Kes penderaan itu terbongkar apabila polis menyelamatkan mangsa pada 2016 selepas menerima aduan daripada jiran tertuduh.


Pada mulanya, ibu bapa mangsa menarik semula laporan polis dan memaafkan kedua-dua tertuduh. Bagaimanapun, Mahkamah Agung yang bertindak sebagai penyelia tribunal mengarahkan supaya kes berkenaan disemak semula. Pendakwa raya Tariq Jahangiri berkata keputusan itu dicapai selepas pengundian yang berlangsung selama setahun. - AP


 #penderaankeataspembanturumah #buruhkanak-kanak #aamerfarooq




.

Pembantu rumah Filipina dipaksa minum cecair pelutur malah tidak dibayar gaji



Pembantu rumah Filipina dipaksa minum cecair pelutur malah tidak dibayar gaji | Seorang pembantu rumah Filipina dimasukkan ke hospital di Arab Saudi setelah dipaksa majikannya untuk meminum cecair peluntur, lapor Jabatan Hal Ehwal Luar Negara Filipina (DFA). Agnes Mancilla, terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan cecair tersebut selepas dikejarkan ke hospital pada 2 April lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri. "Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Jizan bagi memastikan keadilan buat Agnes Mancilla," ujar Konsul Jeneral Edgar Badajos.


Laporan mengatakan mangsa berada dalam keadaan serius tapi stabil di Hospital Raja Fahad dan pihak polis Arab Saudi telah menahan majikan terbabit. Mancilla yang bekerja di Arab Saudi sejak 2016 sering didera majikannya, malah mangsa juga tidak dibayar gaji. Insiden merupakan yang terbaharu dilaporkan berhubung layanan buruk yang diterima pekerja Filipina di Timur Tengah. Terdahulu, Presiden Rodrigo Duterte menyekat rakyatnya daripada bekerja di Kuwait susulan penemuan mayat pembantu rumah Filipina, Joanna Demafelis yang disumbat di dalam peti penyejuk. - AFP


#pembanturumah #penderaankeataspembanturumah #agnesmancilla



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!