Pelakon drama siri Gerak Khas, Mohd. Farid Amirul Hsham atau lebih dikenlai sebagai Detektif Lim berjaya dalam rayuan ketepikan tuduhan mencuri buku berbincang dengan peguam Mohd. Azmi Mohd Arif di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 24 Sept. 2010 |
KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur dan lega sebab kes ini sudah berakhir. Saya harap selepas ini dapat menjalani hidup seperti biasa,” kata pelakon yang popular dengan watak Detektif Lim melalui drama bersiri Gerak Khas, Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Dia berkata demikian selepas Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan rayuannya sekali gus mengenepikan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 dijatuhkan Mahkamah Majistret pada 17 Disember lalu kerana mencuri dua buku di MPH Bookstore, Mid Valley pada 2009.
Menurutnya, dia berharap kedua-dua ibu bapanya di Sabah kembali tenang kerana sepanjang perbicaraan, mereka begitu risau dengan pertuduhan dihadapinya.
Katanya, dia juga bersyukur kerana pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus berlakon drama di bawah produksi milik Yusof.
“Ketika perbicaraan, saya tidak dibenar melakonkan watak yang mengkehendaki saya memakai pakaian seragam. Namun, Datuk Yusof masih memberi peluang kepada saya untuk terus berkerja di belakang tabir, “ katanya yang segak berbaju Melayu ditemani peguamnya, Nor Azri Mohd Arif ketika ditemui wartawan, semalam.
Sambil berseloroh, Mohd Farid Amirul sempat memberitahu dia masih bujang dan berharap wanita yang mahu mendampinginya tidak ragu-ragu kerana dia bukan penjenayah. “Siapalah nak kahwin dengan saya. Harapan saya selepas ini tidak ada lagi stigma buruk terhadap saya,” katanya Dia sebelum ini didakwa mencuri buku bertajuk Decoding The Heaven berharga RM105 dan The Sistine Secrets (RM89.90) di kedai MPH Bookstore, Mid Valley, di sini jam 7.15 malam, 27 Mac lalu.
Pada mulanya, dia mengaku bersalah ketika kali pertama didakwa di mahkamah pada 8 April lalu sebelum dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, apabila tuduhan dibaca kali kedua, tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas mendapat khidmat peguam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Mohd Sofian dalam penghakimannya berkata, terdapat kelemahan dalam pengendalian barang kes yang paling penting iaitu dua buku yang didakwa dicuri oleh tertuduh.
Menurutnya, barang kes itu tidak ditanda oleh pegawai penyiasat menyebabkan identiti barang kes sebenar yang dikatakan dicuri tertuduh meragukan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment