LIVERPOOL -- Liverpool akan berdepan Sunderland di Anfield hari ini, ketika Reds masih perit akibat kalah mengejut kepada Northampton Town dalam saingan Piala Liga.
Northampton mungkin berada 69 anak tangga di bawah kelab Liga Perdana England paling berjaya itu, namun kunjungan mereka ke Anfield Rabu lalu, mengejutkan skuad Roy Hodgson dengan kemenangan 4-2 menerusi penentuan penalti.
Selepas mengumpul hanya lima mata pada awal musim, kekalahan tersebut memberi lebih tekanan kepada pengurus baru, Hodgson untuk Liverpool bangkit musim ini.
Dia menurunkan skuad baru, bukannya pasukan yang kalah kepada Manchester United Ahad lalu, namun mengakui kekalahan pada pertengahan minggu lalu, sesuatu yang harus dia akui.
"Kami mahu beraksi dengan baik dan kekalahan tersebut amat mengecewakan. Namun, kami harus bersatu semula dan bekerja keras untuk perlawanan esok.
"Kami perlu pastikan kekalahan ini tidak menjejaskan prestasi kami pada perlawanan esok.
"Kami akan terus berjuang dan bertambah baik. Kami akan belajar, kekalahan ini memberi kesan yang teruk kepada kami.
"Saya bertanggungjawab kerana menukar ramai pemain dalam pasukan, saya jangkakan tindakan saya sudah cukup untuk memastikan kemenangan, tetapi sebaliknya,'' kata Hodgosn.
Kekecewaan Hodgson dikongsi penyerang Milan Jovanovic, salah seorang pemain baru Liverpool yang meninggalkan padang dengan reputasi buruk, akibat kekalahan tersebut.
Dia menegaskan, Liverpool boleh bersatu semula selepas kekalahan tersebut, namun sedar pertembungan dengan Sunderland kini menjadi semakin penting.
"Kami tahu ini bukan prestasi Liverpool. Persembahan kami amat teruk.
"Namun, inilah bola sepak. Saya amat kecewa. Kami semua kecewa. Kami memintas maaf kerana keputusan ini, kami harus terus meningkat,'' katanya.
Tambah Jovanovic: ''Mulai sekarang, setiap perlawanan sangat penting.
"Kami meraih lima mata dari lima perlawanan. Ia tidak cukup. Kami mengharungi lima perlawanan berbeza.
"Kami perlu melepasi ujian sukar menentang Sunderland, mungkin tiga atau empat perlawanan selepas ini, kami boleh mengumpul lebih banyak mata,,''.
Sementara itu, Titus Bramble akan memulakan aksi untuk Sunderland, apabila mendapat sokongan kelab, setelah ditahan kerana disyaki merogol. Tuduhan tersebut dinafikan oleh pemain berusia 29 tahun itu.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment