LOS ANGELES: Ibu Michael Jackson dan tiga anak penyanyi itu memfailkan saman terhadap penganjur konsert penyanyi itu sebelum kematiannya tahun lalu.
Katherine Jackson mengemukakan saman ke atas penganjur AEG Live yang didakwa mempertaruhkan tahap kesihatan penyanyi itu di Mahkamah Tinggi Los Angeles. Dalam dakwaannya, Katherine mendakwa AEG bertanggungjawab terhadap tindakan doktor peribadi Jackson ke atas penyanyi itu. AEG juga dikatakan gagal menyediakan peralatan perubatan yang dapat menyelamatkan nyawa Jackson.
“Tindakan secara langsung dan tidak langsung AEG membawa kepada kematian Jackson pada 25 Jun 2009,” lapor dakwaan itu. Jurucakap AEG, anak syarikat Anschutz Entertainment Group tidak dapat memberi ulasan lanjut kerana belum menerima laporan saman dikemukakan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment