Muhammad Irsyad Syahmie Mohd Suhaimi dari Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang mengalami retak di kepala dan otaknya membengkak akibat kejadian kira-kira pada jam 6.30 petang itu dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ibu mangsa, Nurul Izatee Nawi, 25, berkata dia dan suami, Mohd Suhaimi Majid, 29, membawa anak tunggal mereka itu membeli barangan keperluan dapur dan kelengkapan anaknya di pasar raya besar berkenaan sebelum Muhammad Irsyad Syahmie yang diletakkan dalam troli meronta-ronta mahu keluar dari troli.
"Selepas diturunkan, kami menaiki tangga bergerak itu untuk ke bahagian bawah pasar raya. Ketika itu, Muhammad Irsyad Syahmie cuba memaut pemegang tangga bergerak yang naik ke tingkat atas menyebabkan dia turut ditarik dan terjatuh ke tangga bergerak bersebelahan.
"Tangga itu bergerak laju menyebabkan suami saya tidak sempat menggapai anak kami lalu. Kejadian itu menyebabkan anak saya menggelupur kesakitan dan mukanya pucat. Dalam keadaan panik, kami tak ingat untuk guna kenderaan sendiri ke hospital, sebaliknya meminta bantuan orang ramai menghantar Muhammad Irsyad Syahmie ke hospital," katanya.
Nurul Izatee yang bekerja sebagai jurujual kereta di Perodua Gong Kapas, di sini, berkata doktor memaklumkan anaknya dalam keadaan stabil walaupun tidak sedarkan diri dan diberi ubat untuk merehatkan otak serta menghilangkan bengkak pada bahagian otak selain diberi minum susu melalui tiub.
Dia mengakui anaknya itu memang lasak, namun menegaskan pasar raya berkenaan perlu menitikberatkan ciri keselamatan terutama di bahagian tangga bergerak bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan.
"Sepatutnya sediakan besi penghadang supaya kejadian seperti ini tidak berlaku. Saya juga kecewa kerana ketika kejadian, pengurusan pasar raya berjanji menghulur bantuan, namun selepas lebih lima kali saya menghubungi mereka, panggilan tidak berjawab dan SMS tidak dibalas," katanya.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment