Ini adalah destinasi terakhir lulu di sandakan..
nice shoot...leb u...ngee.. |
Sepatutnya lulu dah post semalam lagi, tapi masalah line TM yang seringkali menganggu kelancaran berblogging..ngee..
Jom, kita meneroka ke dunia orang utan yang unik..
Pusat Pemuliharaan Orang Utan telah ditubuhkan pada tahun 1964 untuk memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang terbiar. Kedudukannya yang terletak di kawasan seluas 4,300 hektar Hutan Simpan Kabili-Sepilok, pusat ini dibawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya.
Ramai orang datang..Terutama dari luar negeri.. |
Laluan berpapan akan membawa anda ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sini anda boleh menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer. (Kalau nak datang, paling sesuai 2 masa ini, sbb kita akan nampak orang utan..kalau bukan time makan, selalunya susah nak nampak banyak orang utan-sila maklum ye..)
Ajaibnya, bila time makan jer, monyet ni akan bergayut melalui tali yang disediakan menuju kesebuah pelantar yang disediakan untuk makanannya (pisang).. |
Wah termenung jauh nampak.. (Bila agaknya aku nak pindah ke luar negeri? Bosan tinggal di sandakan..)ngee |
Sempat lagi bergurau senda.. |
Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.
Hah ni lah pelantar tersebut.. Petugas akan menaiki pelantar ni dan mengagihkan pisang kepada orang-orang utan yang datang... |
Selain daripada matlamat utamanya iaitu pemulihan orang utan, usaha untuk mendidik masyarakat dari segi pemuliharaan, penyelidikan dan menyelamatkan spesies terancam yang lain umpamanya badak sumbu turut menjadi fokus di pusat ini.
Jom tengok karenah-karenah mereka...
Cara ke Sana
Sekiranya korang tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan pelancongan, korang boleh menaiki bas atau teksi yang tersedia di bandar. Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan or MPS bermula dari pukul 6.00 pagi ke atas. Tambang yang dikenakan ialah RM2.10 secara sehala, dan hanya akan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu. korang perlu berjalan sejauh setengah km lagi ke dalam. Anggaran jarak antara bandar dengan pusat tersebut ialah sejauh 23 km.
(Sila google untuk extra information ye..)
Masa Dibuka
Pagar Keselamatan : | Setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. |
Kaunter Sambutan dan Tiket : | Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang |
Dewan Pameran : | Setiap hari (kecuali Jumaat) bermula 9.00pagi hingga 4.30 petang |
Pusat : | Setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00petang Jumaat - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, 2.00 petang hingga 4.00 petang |
Pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang
Yuran Kemasukan
Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00 (Tak boleh tipu. bawa ckp bawa, sbb sblm masuk, ada pemeriksaan..ngee..byr je lah rm10 tu..)
Okey..selesai holiday lulu di bumi sandakan.. sebenarnya, ada banyak lagi destinasi perlancongan di sandakan ni yang tak sempat lulu pergi.. Apa boleh buat..masa terhad..Sila cuti-cuti malaysia okey..peww...(sempat lagi buat ads...ngee)
P/S - Cuba teka makna simbol tangan itu...ngee............
.
Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00 (Tak boleh tipu. bawa ckp bawa, sbb sblm masuk, ada pemeriksaan..ngee..byr je lah rm10 tu..)
Okey..selesai holiday lulu di bumi sandakan.. sebenarnya, ada banyak lagi destinasi perlancongan di sandakan ni yang tak sempat lulu pergi.. Apa boleh buat..masa terhad..Sila cuti-cuti malaysia okey..peww...(sempat lagi buat ads...ngee)
Jom balik.. |
Selamat tinggal bumi Sandakan... |
Apa maknanye ni...? Hanya org sandakan yang tau.. |
P/S - Cuba teka makna simbol tangan itu...ngee............
.
3 Penyokong CHELSEA:
bestnya. teringin nk pegi juga.. huhu
mcm bestlah tempat ni... simbol tangan tu maknanya.. sandakan ok kot..he..he..
alahai, putih halus dan lembutnya tangan Lulu ni ek... hihihi (",)
Post a Comment