Thursday, September 23, 2010

Terkini kes Datuk Sosilawati

Sampel air mani lapan suspek diambil


Polis membawa lapan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan pengambilan sampel darah dan air mani.
Dengan kawalan ketat polis, kelapan-lapan suspek lelaki terbabit dibawa masuk ke tingkat satu, Bahagian Kecemasan dan Trauma HKL, kira-kira jam 3 petang semalam.
Dua daripada mereka termasuk suspek lelaki yang ditahan selepas memeras ugut isteri seorang saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India, yang dilaporkan hilang selepas tiba di negara ini dan berjumpa suspek utama pembunuhan Sosilawati atas urusan perniagaan, 18 Januari lalu.

Difahamkan, pengambilan sampel darah dan air mani lapan suspek terbabit dilakukan selepas Pejabat Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan polis berhubung kes berkenaan bagi dikemas kini.

Kehadiran semua suspek yang menarik perhatian ratusan kakitangan dan pesakit hospital itu, kemudian keluar dan meninggalkan hospital pada jam 5 petang sambil diiringi beberapa unit kereta peronda polis yang mengawal ketat konvoi berkenaan.

Semua mereka kini ditahan di Pusat Tahanan Sementara Polis Bukit Jalil dan tempoh reman lima daripada mereka akan tamat hari ini manakala tiga lagi pada Sabtu ini.


Gelang emas Sosilawati dihantar ke Jabatan Kimia
SEBAHAGIAN daripada individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati dibawa ke HKL untuk menjalani ujian DNA semalam.

Polis masih belum dapat memastikan sama ada seutas gelang emas yang ditemui di sebatang tali air berdekatan kunci air di Kampung Sungai Lang, Banting kelmarin merupakan milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam bersama tiga lelaki pada 30 Ogos lalu.
Sumber memberitahu, gelang tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia bersama dengan bahan bukti lain yang ditemui sebelum ini untuk melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).
"Gelang tersebut belum lagi ditunjukkan kepada ahli keluarga mangsa. Mereka akan dipanggil untuk melakukan pengecaman dalam tempoh terdekat," katanya.
Sementara itu, lapan individu termasuk dua wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati dan tiga yang lain dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani ujian DNA semalam..






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!