Sunday, October 17, 2010

Barat hasut benci Islam


Pengacara Fox News tuduh semua pengganas adalah Muslim

NEW YORK: Media dan tokoh Barat terus memandang serong agama Islam dan Muslim dengan mengeluarkan kenyataan menghasut kebencian terhadap penganutnya.

Dalam tempoh 48 jam lalu, dua pengacara stesen Fox News, Bill O’Reilly dan Brian Kilmeade, misalnya menghentam orang Islam dalam isu berkaitan pembinaan masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero.’

Ketika muncul dalam rancangan The View, O'Reilly mengisytiharkan ‘Muslim bunuh kita ketika 9/11, menyebabkan aktres Whoopi Goldberg dan Joy Behar keluar dari rancangan itu yang disiarkan secara langsung.

Ini diikuti Kilmeade ketika program Fox & Friends yang mengulas: “Ada kumpulan masyarakat tertentu menyerang kita pada 9/11. Bukan seorang saja tetapi satu agama. Tidak semua Muslim pengganas tetapi semua pengganas adalah Muslim,’ katanya.

O'Reilly berkata, ‘Muslim bunuh kita pada 9/11’ sebab itu tidak wajar membinanya dua blok daripada Pusat Dagangan Dunia menyebabkan Goldberg dan Behar keluar daripada rancangan itu dan hanya kembali selepas O'Reilly menyebut ‘pelampau Muslim.’

Laman web The Gothamist berpendapat, peri laku pengacara Fox sudah dijangka kerana ‘mungkin seseorang itu dibenarkan memburukkan orang Islam sesuka hati (di Amerika).’
Sementara itu, di Carolina Selatan, beberapa keping daging khinzir diletak di laluan masuk sebuah pusat Islam yang dianggap cubaan menghina dan mencetuskan kemarahan orang Islam.

Seorang pengasas pusat itu yang juga menjadi tempat beribadat, Mushtaq Hussain, mengulas: “Orang Islam tidak makan daging khinzir jadi ini satu usaha supaya masyarakat Muslim marah. Pihak bertanggungjawab cuba menghina kami.”

Orang Islam di Amerika bimbang selepas usaha membina masjid dekat Ground Zero dibantah hingga ada yang bertindak membakar al-Quran selain mengganggu jemaah masjid sebelum dan selepas sambutan ulang tahun ke-9 tragedi 9/11.

Di Doha, seorang ahli perundangan Perancis menyifatkan Britain kalah kepada pelampau Islam kerana gagal mengharamkan burqa, lapor akhbar.

Jacques Myard, anggota kanan Parti UMP pimpinan Presiden Nicolas Sarkozy, berkata dasar Britain yang ‘longgar’ membuka pintu kepada keganasan.

“Membenarkan wanita mengasingkan diri daripada masyarakat dengan memakai pakaian Islam yang menutup seluruh badan menyebabkan golongan radikal selesa dan Britain wajar sedar perkara ini. Ada sebab yang baik mengapa London digelar Londonistan. Ia penuh dengan pelampau Islam.”

Myard membuat ualasan itu kepada wartawan Britain di Qatar ketika mempertahankan keputusan negaranya mengharamkan burqa selepas menghadiri Debat Doha di Yayasan Qatar.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!