Sunday, October 12, 2014

Cara pelik wanita pedalaman pikat hati suami



Cara pelik wanita pedalaman pikat hati suami | Wanita dari suku kaum Surma yang menetap di kawasan pedalaman di negara ini, mempunyai cara tersendiri untuk memikat hati suami iaitu dengan mengepit sebuah cakera besi di bahagian bibir bawah mereka. Mail Online melaporkan, amalan tradisi yang dikenali sebagai 'cakera bibir' itu sudah diamalkan sejak 1896 dan hanya akan dilakukan oleh wanita berusia 15 tahun ke atas.

Menurut seorang wanita kaum Surma yang dikenali sebagai Ataye Eligidagne, 20, mereka menggunakan cakera besi tersebut sebagai sebahagian perhiasan diri untuk memikat hati suami. Cakera berkenaan juga merupakan mas kahwin daripada keluarga sebelah wanita kepada keluarga pengantin lelaki.


"Bagi penduduk tempatan, tradisi ini merupakan maruah mereka, lebih besar cakera yang dipakai, mereka merasa lebih menarik," kata seorang krew stesen penyiaran dari Australia, Abrahem Joffe yang membuat liputan tentang tradisi pelik kaum terbabit. Kata Joffe, cakera besi yang digunakan oleh kaum Surma secara puratanya memiliki ukuran lilit 59.5 sentimeter dan ukuran lebar 19.5 sentimeter. Bagaimanapun, kerajaan Ethiopia telah bertindak mengharamkan amalan turun-temurun itu baru-baru ini atas alasan keselamatan. -AP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Miss Fatyn on October 12, 2014 at 3:27 PM said...

errr.. macamana dorang makan??? aduhhhh.. nampak macam sakit. nampak macam cantik..hahahahaha

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!