SELEPAS menghadiri majlis pernikahan pelakon Indra Bekti dan Adilla Jelita pada 10 Oktober lalu di Sampoerna Strategic, Sudirman, Jakarta, penyanyi dan pelakon, Irwanshah mendapat satu inspirasi.
Dia mahu menjadikan tarikh 11.11.2011 untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Zaskia Sungkar.
"Memilih tarikh yang unik memudahkan kita untuk mengingati hari yang bersejarah. Jadi, majlis pernikahan Indra sememangnya memberikan saya inspirasi baru selain dekorasi yang menarik pada majlis pernikahan saya nanti.
"Jika ada jodoh saya akan menikahi Zaskia. Dia seorang wanita yang begitu memahami saya," katanya sambil menoleh ke arah Zaskia yang menemaninya saat ditemu bual laman portal Kapanlagi.com
Tambah Irwanshah, dia berharap agar pernikahannya dengan Zaskia dapat bertahan sehingga ke akhir hayat.
Apatah lagi Zaskia sememangnya ciri-ciri wanita yang diidamkan oleh jejaka tersebut.
Sementara itu, Zaskia pula berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada bekas kekasih Acha Septriasa itu.
"Setiap pasangan sebenarnya sudah ditugaskan dengan peranan masing-masing. Begitu juga dengan kami yang tahu peranan kami sebagai sepasang kekasih.
"Justeru itu, dari segi zahirnya, kami memang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga," ujarnya yang meminta para peminat untuk merestui perhubungan mereka.
P/S - Nampaknya hati Irwansyah sudah terubat....
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment