Wednesday, November 24, 2010

Benitez ibarat 'telur di hujung tanduk'


ROM - Nasib jurulatih Inter Milan, Rafael Benitez  kini ibarat 'telur di hujung tanduk'. Ketika ini, masa depan bekas pengurus Liverpool itu bersama kelab gergasi Itali tersebut menjadi topik perbualan hangat banyak pihak.

Ia gara-gara prestasi tidak menentu Inter dalam saingan musim ini.
Terbaru, Inter yang juga juara treble musim lalu tewas mengejut 1-2 di tangan Chievo dalam saingan Serie A, Ahad lalu.

Kekalahan itu menyaksikan Inter kini menghuni tangga keenam Serie A apabila mengumpul 20 mata - sembilan mata di belakang pendahulu, AC Milan.
Disebabkan itu, ramai pihak percaya bahawa hanya kemenangan ke atas FC Twente dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok mampu menjamin karier jurulatih Benitez di San Siro.

Dalam kempen berprestij di pentas Eropah itu, anak-anak buah Benitez masih dianggap sebagai pasu- kan pilihan untuk mara ke pusingan kalah mati selepas mereka merekodkan dua kemenangan, satu seri dan hanya tewas sekali iaitu kepada Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun, Inter yang menghuni tangga kedua Kumpulan A apabila mengumpul tujuh mata, perlu menang ke atas Twente bagi memastikan mereka layak ke pusingan kalah mati.
Ini bermakna tekanan sudah pasti dirasai Benitez bagi menggarap ramuan terbaik buat anak-anak buahnya mencatatkan kemenangan sele- pas beberapa tonggak utama Inter tidak dapat diturunkan ekoran masalah kecederaan.

"Mereka (pemain-pemain) perlu faham betapa perlawanan menentang Twente adalah sangat penting.
"Penat ataupun tidak, mereka masih perlu turun beraksi dengan semangat juang yang tinggi bagi mencatatkan kemenangan atau mereka bakal kehilangan segala-galanya," jelas Presiden Inter, Massimo Morat- ti.
Musim lalu, Inter yang dibimbing Jose Mourinho tampil bergaya apabila menjuarai kempen Serie A, Piala Itali dan Liga Juara-Juara.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!