Saturday, November 27, 2010

Pemandu lori nyaris maut


SEREMBAN: Seorang pemandu lori nyaris maut apabila lori dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 21 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, di sini, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, pemandu berusia 40-an yang memandu sebuah lori muatan kecil secara bersendirian itu datang dari arah bandar ini menuju ke Kajang, Selangor.

Mangsa dikatakan menghantar bekalan barangan keperluan antaranya susu, beras, gula dan sabun.
Majikan mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, lori berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik di lokasi kejadian.

“Keadaan itu menyebabkan hampir keseluruhan muatan bertaburan atas jalan, manakala bahagian belakang lori iaitu kayu penghadang turut tercabut.

“Mangsa bagaimanapun hanya cedera ringan pada tangan dan kepala,” katanya.

Menurutnya, mangsa dikejarkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.

Tinjauan mendapati selain kerja menunda lori itu dilakukan, ada orang awam mengambil kesempatan mengutip barangan yang bertaburan di kawasan terbabit.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!