Monday, November 8, 2010

Penduduk masih berdegil tidak mahu pindah


Walaupun pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan arahan supaya mengosongkan kawasan 25 kilometer sekitar lereng Gunung Merapi tetapi masih ada juga penduduk yang berdegil.


Tinjauan ke Kampung Surowono di Boyolali di daerah Klaten, kira-kira 12 kilometer dari Gunung Merapi mendapati masih terdapat penduduk yang tidak berpindah.


Di pekan Surwono yang hampir 'mati' kerana hampir semua penduduk telah dipindahkan, penulis menemui empat beranak yang masih bertahan di rumah mereka.


Menurut Maria Seger Rahayu, 40, dia mempunyai 10 ekor lembu dan kedai menjahit baju yang harus dijaga.
"Bagaimanapun kami telah meletakkan kereta menghala ke arah jalan keluar. Jika berlaku ledakan kami akan melarikn menyelamatkan diri.


"Semasa letusan pada malam Jumaat lalu, Merapi menggelegak dengan begitu kuat sehingga bergegar rumah kami, seperti ada helikopter mahu mendarat," katanya.
Berikutan itu dia melarikan diri bersama keluarga ke kawasan yang lebih jauh sebelum melihat Merapi meletus.


Katanya, hampir setiap malam dia dapat melihat bebola api yang disemburkan oleh Merapi seperti pertunjukan bunga api.
"Memang takut, tapi kami tidak mempunyai pilihan demi meneruskan kelangsungan hidup," katanya.


Pada 2006, katanya, mereka dipindahkan ke pusat pemindahan selama kira-kira tiga bulan kerana bimbang gunung berkenaan meletus.
"Semasa berada di pusat pemindahan itu saya terpaksa menjual lembu dan pelbagai barangan lain untuk membiaya hidup dan saya tidak mahu masalah yang sama berulang.


"Oleh itu, kali ini kami menunggu sehingga Merapi meletus barulah kami berpindah dan apabila letusan reda kami akan kembali ke rumah untuk menguruskan haiwan ternakan dan menjaga harta benda," katanya.







.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!