Thursday, December 16, 2010

Anak OKU sakit tanpa pemerhatian



"Saya hantar anak dalam keadaan sihat tetapi hati saya bagai disiat bila lihat dia dalam keadaan menderita seperti ini."

Demikian rintihan hati sepasang suami isteri apabila melihat keadaan anak mereka, Hassan Khamis, 23, terlantar dengan kesan melecur seluruh badan ketika melawatnya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru 9 Disember lalu.

Kecewa dengan sikap cuai dan lepas tangan pihak pengurusan Taman Sinar Harapan (TSR), Tampoi, Johor Bahru, kedua-duanya nekad memindahkan Hassan yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada hari yang sama.

Bapa Hassan, Khamis Haron, 51, berkata, lebih kecewa apabila sehingga kini tiada wakil Taman Sinar Harapan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanya khabar atau melawat anaknya itu.
Khamis mendakwa, dia difahamkan anaknya itu kritikal sejak 7 Disember lalu dan dia hanya mengetahui selepas dihubungi oleh pihak hospital.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!