Thursday, December 16, 2010

Blackburn mahu Maradona


Pemilik baru Blackburn semalam mengesahkan, mereka berminat untuk mendapatkan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona sebagai pengurus baru kelab Liga Perdana England itu.

Hasrat tersebut didedahkan buat pertama kali oleh akhbar tempatan, Mirror Sport, hanya dua hari selepas pemecatan kontroversi Sam Allardyce yang mendorong banyak kritikan.
"Kami sudah terfikir tentang Maradona sebagai jurulatih kelab ini sebaik mengambil alih Blackburn.
"Perbincangan baru di peringkat permulaan sahaja tetapi masih belum ada perkembangan.

"Buat masa sekarang, jurulatih sementara yang ada akan terus memikul tugas pengurus sehingga akhir musim ini, tiada persoalan tentang menandatangani sesiapa pun dalam tempoh terdekat ini,'' akui Anuradha Desai, pengerusi Venky, syarikat yang memiliki Blackburn.
Ketika ini, Steve Kean menggalas tanggungjawab pengurus sementara pasukan ekoran pemecatan mengejut Allardyce.

Maradona sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk membina karier dalam Liga Perdana England dan keluarga Rao yang mentadbir Venky tampak terdesak akan melakukan apa saja untuk mendapatkan ikon bola sepak dunia itu.
Maradona mungkin tidak akan berada di Ewood Park secara tetap, namun Blackburn tetap berminat untuk memiliki sentuhannya.

Bagaimanapun dalam masa terdekat, penghormatan diberikan kepada Kean untuk menguruskan pasukan kerana dia merupakan klien kepada Kentaro, iaitu agen penasihat Venky.
"Kean amat arif mengenai perlawanan dan pemain. Kami menaruh kepercayaan sepenuhnya yang dia akan melakukan kerja terbaik dan mengekalkan motivasi pemain.

"Dia sudah berkerja di sini untuk tempoh yang lama, malah begitu berbakat. Dia juga mampu bekerjasama baik dengan pemain muda yang mahir. Itu akan menjadikan dia orang penting Blackburn,'' kata Desai.
Desai turut mendakwa, keluarganya berhak menyingkirkan Allardyce, namun berharap pengerusi kelab, John Williams akan terus kekal.

"Kami tidak membuat satu keputusan yang terburu-buru untuk menggantikan pengurus dan pembantunya. Ia sebenarnya adalah isu yang panjang serta belum selesaikan dan kami sudah menimbangkan risikonya.
"Saya tidak mahu dedahkan kenapa kami tidak gembira dengan Allardyce atau sebarang sebab negatif lain. John Williams rapat dengan Allardyce, namun dia juga bersama kami,'' jelas Desai lagi.


P/S - Wah kalau jadi, best-best.....Boleh tengok Maradona tetiap minggu di BPL..ngee...



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!