Saturday, December 4, 2010

Balu Shamrin Lahirkan Bayi Lelaki


Balu penyanyi Shamrin (Fotograf) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Akmal Shamrin pada 1 Disember lalu di Hospital Serdang.

Semasa majlis pengebumian Shamrin pada 12 November lalu, Jazriatul Akma Abu Saman,29, sempat memberitahu, dia akan menamakan anak ketiganya itu dengan nama Shamrin sempena nama arwah suaminya.

Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada 11 November lalu setelah rebah di padang bola ketika bermain bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Doktor mengesahkan Allahhyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.

Hasil perkahwinan dengan Jazriatul, mereka turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Akmal Danish,5 dan Akmal Shamim, 18 bulan.

Selain itu, Shamrin turut mempunyai seorang lagi anak bernama Siti Najwa,17, hasil perkahwinan pertamanya.


P/S - Entry terdahulu..[KLIK SINI]




.

3 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

kasian ni jua. anak lahir tanpa melihat bapa ni.
mummy sa bilang ni kira bertukar nyawa ni lahir baby ni..

Lulu Caldina on December 5, 2010 at 1:49 AM said...

eh ye kan..mcm kebetulan..

risa on May 4, 2011 at 8:37 AM said...

alahai...sedihnya
macam mana lah wife tu nak menjalani hidup berpantang dengan ketiadaan suami..
sedangkan somi outstation pon dah meraung2
hmmmmm

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!