Sunday, December 26, 2010

Enam maut nahas awal pagi

KEADAAN sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kematian di Jalan Cheras semalam.

Enam maut dalam kemalangan jalan raya di empat lokasi berasingan di sekitar ibu negara awal pagi ini yang membabitkan kereta dan motosikal.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian antara pukul 1.15 pagi dan 4 pagi ini, kesemua mangsa yang berumur 18 hingga 55 tahun mati di tempat kejadian.

Beliau berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 1.15 pagi apabila dua motosikal dari arah bertentangan bertembung di Jalan Pudu menyebabkan kedua-dua penunggang, Fong Kam Wah, 55, dan Fong Kel Uin, 19, mati di tempat kejadian.

Menurutnya, 50 minit kemudian satu lagi kemalangan berlaku melibatkan kereta yang dipandu oleh Eng Tiong Kiong, 36, dari Paloh, Johor yang hilang kawalan di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (Sprint) dan merempuh persimpangan jalan berhampiran KL Sentral.

"Kejadian ketiga pula berlaku kira-kira pukul 4 pagi di Jalan Tun Razak apabila motosikal yang ditunggang oleh S. Vines Veran, 18, terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh belakang sebuah kereta," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Abdullah, kemalangan keempat berlaku 30 minit selepas kejadian ketiga di Jalan Cheras yang melibatkan tiga kenderaan.

Beliau berkata, pemandu kereta iaitu seorang mekanik dari Semenyih, Selangor, Tan Kim Fat, 32.

Menurutnya, mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar sebuah papan tanda sebelum merempuh bahagian belakang sebuah jip yang menjalankan kerja-kerja mencantas pokok di jalan itu.
Katanya, ekoran hentaman kuat itu, Kim Fat dan salah seorang penumpang di dalam kereta itu, Hoh Tian Yoon, 25, mati di tempat kejadian.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!