Wednesday, December 15, 2010

Kontroversi Tevez


PENYERANG Argentina, Carlos Tevez sering mencetus pelbagai kontroversi ke mana saja dia pergi. Terbaru, dia meminta untuk berpindah daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kerana sudah tidak sefahaman dengan pengurus dari Itali, Roberto Mancini.

Jelas, ketua pasukan City itu tidak suka jika dia sering dikeluarkan pada separuh masa kedua perlawanan
walaupun keadaan kecergasannya pada tahap terbaik.

Berikut beberapa insiden kontroversi membabitkan bekas pemain Manchester United dan West Ham United itu.

Ogos 2006 - Meninggalkan Corinthians untuk menyertai West Ham United, di samping Javier Mascherano, dengan nilai bersama STG24 juta (RM119 juta). West Ham kemudian didenda STG5.5 juta (RM27 juta) kerana membeli pemain yang turut dimiliki sebahagiannya oleh syarikat milik Kia Joorabchian, MSI.

Ogos 2007 - Menyertai Manchester United secara pinjaman dua tahun dengan harga STG10 juta (RM49.7 juta), dengan MSI membayar West Ham STG2 juta (RM9.95 juta) untuk melepaskannya daripada kontrak.

Januari 2008 - Berikrar untuk kembali Boca Juniors, kelab permulaan kariernya, dalam tempoh "empat atau lima tahun" untuk bermain di samping wiranya, Juan Roman Riquelme.

Jun 2009 - United mengesahkan Tevez menolak kontrak lima tahun untuk kekal di Old Trafford, sekalipun pengurus, Alex Ferguson bersedia untuk membayar harga yang diminta MSI, STG25.5 juta (RM127 juta).

Julai 2009 - Manchester City membayar STG32 juta (RM159 juta) untuk mengikat Tevez, mendapatkan khidmatnya dengan kontrak lima tahun bernilai kira-kira STG160,000 (RM796,000) seminggu.

November 2009 - Mendedahkan dia mungkin bersara daripada bola sepak sekiranya Argentina memenangi Piala Dunia, mendakwa dia sudah bosan dengan bola sepak.

April 2010 - Hubungan tidak baik Tevez dengan Mancini jelas apabila pemain itu merungut mengenai pengendali berbangsa Itali itu yang mengutamakan sesi latihan berganda secara intensif.

Ogos 2010 - Mancini menganugerahkan Tevez lilitan di lengan sebagai kapten baru City pada musim pertamanya mengemudi kelab itu.

Oktober 2010 - Selepas perbalahan pada babak pertama dengan Mancini ketika kemenangan 2-1 City ke atas Newcastle, Tevez mengulangi amarannya untuk bersara daripada bola sepak.

Disember 2010 - Hanya beberapa hari sebelum mereka berkongsi tangga teratas EPL, Tevez menyerahkan surat rasmi meminta untuk berpindah namun pengurusan City enggan menerima permintaan itu.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!