Monday, December 27, 2010

Maut dihempap treler


Seorang pemandu treler maut dalam keadaan mengerikan apabila dihempap kenderaan dipandunya selepas terbabas dan terbalik, di Kilometer 56, Jalan Kuantan-Maran, berhampiran Paya Bungor, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Mohd Razali Dollah, 46, dari Taman Chendor Makmur, di sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di dada.

Kelindannya, Che Affendi Che Mat, 23, dari Kampung Baru Bukit Terung, dekat Kemaman, Tereng ganu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama kelindannya dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Maran dengan membawa tong berisi klorin.

Menurutnya, siasatan mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!