Peminat muzik dikatakan memuat turun lebih satu bilion lagu secara haram tahun ini, lapor persatuan industri muzik Britain, British Phonographic Industry (BPI), semalam. Hasil kajian BPI, 7.7 juta orang melakukan aktiviti itu sepanjang 2010 dan menyebabkan kerugian bernilai hampir RM5 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif BPI, Geoff Taylor, berkata kegiatan itu sama seperti kerosakan dilakukan tumbuhan parasit.
“Sebanyak 1.2 bilion lagu dimuat turun secara haram pada 2010,” katanya.
Laporan bertajuk Digital Music Nation 2010 itu juga mendapati, kegiatan memuat turun lagu secara sah menunjukkan peningkatan ketara.
Ketika ini, kata Taylor, sebanyak 24.5 peratus daripada perolehan penerbit dan pencipta lagu dikumpul melalui muat turun berkenaan berbanding 19.2 peratus tahun lalu.
“Muzik digital kini menjadi aliran arus perdana di Britain dengan hampir 70 syarikat menawarkan perkhidmatan itu.
“Bagaimanapun, aktiviti muat turun haram juga berkembang dan parasit itu mengancam perkembangan bakat generasi muda yang ingin memajukan kerjaya mereka dalam bidang muzik,” katanya.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment