Wednesday, December 22, 2010

Serbuk koko tiruan dicampur dalam Milo


GEORGE TOWN - Terdapat peniaga minuman di negeri ini yang memperdaya pelanggan mereka dengan mengisi semula serbuk koko tiruan ke dalam tin Milo asal bagi mengaut keuntungan mudah.
Penggunaan serbuk koko tiruan itu dipercayai dapat menjimatkan kos pembelian sebanyak 30 peratus berbanding harga Milo asal.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, M. Guna Selan berkata, perkara itu dimaklumkan orang awam selepas menyedari ada peniaga menggunakan serbuk koko tiruan bagi pesanan minuman Milo.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di beberapa kedai minuman di sekitar Bukit Minyak, Taman Ciku di Bukit Mertajam serta di Seberang Jaya mendapati, serbuk koko yang dijual di dalam bungkusan plastik tanpa jenama itu diisi ke dalam tin Milo seberat dua kilogram (kg).




.

7 Penyokong CHELSEA:

Myra Jay on December 22, 2010 at 8:46 AM said...

Isy isy isy, nak untung sanggup perdaya kami kt Penang nieh.. huhuu.. Dah ler chek nie suka minum Milo.. huhuu

Lulu Caldina on December 22, 2010 at 8:50 AM said...

MJ, kena lebih hati2....
huhuhu susahlah kalau tertipu..

sha_qistina on December 22, 2010 at 8:52 AM said...

sib baik la chek ni jenis xsuka milo....apa punya org daa...

JumpZeera on December 22, 2010 at 8:57 AM said...

ish ish.. tak baik sungguh buat camtu.
niaga tu biarla jujur, kan?

Lulu Caldina on December 22, 2010 at 9:03 AM said...

Salam Sha_qistina, -hanyaaku-..

rasanya susah nak tau masa beli..
balik rumah, bila nak buat baru tahu,
sedap ke tak...

huhu berniaga mmg kena jujur..

Unknown on December 22, 2010 at 9:36 AM said...

apa la depa rasa dok menipu lagu tu nooo....dah bayaq 'rega' sama ja....

Lulu Caldina on December 22, 2010 at 9:40 AM said...

Eh ogosh org penang ka?
ngee..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!