Friday, December 24, 2010

SMS tipu minta tambah prabayar


"Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."

Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.

Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.

"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.

"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.

Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.

"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.




.

2 Penyokong CHELSEA:

apezs shah on December 24, 2010 at 9:30 AM said...

Salam..

Dah pernah dapat pon.. Macam sengal je derang ne nak tipu. Pada yang kena terpedaya dgn mesej ni. Saya kasihan sangat,.

Ce'gu JAERA on December 24, 2010 at 10:27 AM said...

hahaha... saya pun penah dapat sms macam ni. Last2 saya reply balik kat nombor tu
-------> woii bod*h!! mau menipu pun tak pandaii... biarlah bapak aku kena tangkap polis. Lagipun dah lama bapa aku kembali ke Rahmatullah...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!