Carlos Tevez yang sebelum ini menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Manchester City akhirnya muncul dalam sesi latihan bersama kelab Liga Perdana England itu kelmarin.
Penyerang antarabangsa Argentina itu dilihat menyertai rakan-rakan yang lain di padang latihan Carrington selepas kembali dari bercuti empat hari di Tenerife. Dia tiba dengan menaiki kenderaan Hummer hitamnya, sebelum menghilangkan diri sejurus tamat latihan.
Tevez, 26, tidak beraksi dalam perlawanan terakhir City ketika mengalahkan West Ham 3-1 hujung minggu lalu kerana digantung perlawanan.
Bekas penyerang Manchester United itu minggu lalu secara terbuka memohon kepada CIty agar melepaskannya, namun permohonan yang dihantar sendiri oleh Tevez ditolak oleh pengurusan kelab.
Malah, dia juga dilihat seakan berat hati untuk menyertai pasukannya ke Turin semalam untuk pertemuan Liga Europa menentang kelab Itali, Juventus hari ini.
Sehingga semalam, Tevez masih belum bercakap dengan pengurus pasukan, Roberto Mancini kerana jurulatih dari Itali itu masih berada di negaranya dan menunggu pasukan di Turin.
Sementara itu tonggak pertahanan City, Micah Richards mengakui, pemergian Tevez akan menjadi satu kehilangan besar dan tamparan buat kelab itu dalam usaha mengejar cita-cita yang tinggi.
"Saya tidak boleh bercakap banyak mengenai Carlos dan dia seorang pemain yang hebat, namun apa saja yang berlaku selepas ini... Gaffer (Mancini) tetap akan mengawal keadaan dan kami kena terus memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya,'' kata Richards dalam laman sosial, Twitter semalam.
P/S - Berita terdahulu..[KLIK SINI]
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment