Saturday, July 3, 2010

Hilang Duit

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan
terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah
satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"

Monyet dan Kura-kura

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet
dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan,
tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang
mana arnab berlumba lari dengan kura-kura...

Mengikut
mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam
menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak
angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura...

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu...

Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet
: Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet
merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?

Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura
meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang
diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata "Dah la tue monyet ko dah
kalah dari ko susah-susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi
buat kerja, dah
nyet gi buat kerja yer nyet !!"

Pelbagai Anggapan Kematian Park Yong-ha

KEMATIAN bintang Winter Sonata Park Yong-ha, yang membunuh diri di rumahnya Rabu lalu masih belum dipastikan puncanya.
Sejak bapanya menderita sakit kanser perut, Park melalui hari-hari yang sangat sukar. Dia khuatir tentang kesihatan bapanya yang semakit teruk akibat penyakit itu.

Manakala, seorang rakan kepada aktor berusia 32 tahun ini memberitahu Park mengambil keputusan untuk tinggal dan menjaga bapanya sepenuh masa. Rasa sayang terhadap ayahnya sehingga menyebabkan dia seperti menyalahkan dirinya sendiri.
Selain perasaanitu, alasan lain dia yang memungkinkan dia membunuh diri ialah kegagalan perniagaan yang diusahakannya.

Pemuda yang lahir pada 12 Ogos 1977 itu mempunyai perniagaan sendiri dan ayahnya merupakan pengarah kepada syarikat yang diusahakannya.
Seperti dipetik portal Soompi, perniagaan yang dijalankan Park dan bapanya itu tidak berjalan lancar. Salah seorang pengurus di perusahaan itu telah melakukan penyelewengan kewangan sehingga menyebabkan perusahaan tersebut rugi.

Masalah semakin rumit apabila bapanya berhutang dengan jumlah yang besar kerana mahu melangsaikan hutang orang lain. Park juga dikatakan berniat untuk menjual keretanya bagi melaksanakan hutang itu.
Sementara itu, pelantun lagu Just For Yesterday itu juga menderita penyakit insomnia sejak 14 tahun lalu. Ia dikatakan berlaku sejak memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan.
Menerusi akaun Twitternya, Park pernah memberitahu bahawa dia mengambil ubat tidur setiap malam.
Adakah semua hal ini menyebabkan Park menggantung diri di rumahnya? Yang pasti, pemenang Best Asian Artist dalam Japan Gold Disc Awards itu tidak meninggalkan sebarang surat sebelum bunuh diri.

Dia hanya sempat mengucapkan maaf berkali-kali kepada bapanya pada malam sebelum kejadian.
Biarpun penyebab kematian Park belum diketahui, keluarga menolak tubuh Park dibedah siasat. Mendiang bintang filem The Scam itu disemadikan dengan upacara tradisional Buddha, semalam.

Park Yong Ha - The memory (Winter Sonata)

 


Fans Cry

South Korean actor So Ji-sub carries a portrait of deceased South Korean actor and singer Park Yong-ha

 Fans cry as they surround a hearse carrying the coffin of deceased South Korean actor and singer Park Yong Ha


this photo taken Wednesday, June 30, 2010

KFC



PS- wajib tinggal comment


TQ for the inform about can't leave a comment di blog ni oleh En. fadhil kat mangga ad homepage.. Anyway, Lulu dah baiki n sekarang dah boleh tinggal comment..sila-silakanlah..
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!