Wednesday, September 22, 2010

Last Place - Sepilok!

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.



Ini adalah destinasi terakhir lulu di sandakan.. 


nice shoot...leb u...ngee..

Sepatutnya lulu dah post semalam lagi, tapi masalah line TM yang seringkali menganggu kelancaran berblogging..ngee..


Jom, kita meneroka ke dunia orang utan yang unik..




Pusat Pemuliharaan Orang Utan telah ditubuhkan pada tahun 1964 untuk memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang terbiar. Kedudukannya yang terletak di kawasan seluas 4,300 hektar Hutan Simpan Kabili-Sepilok, pusat ini dibawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. 


Ramai orang datang..Terutama dari luar negeri..

Laluan berpapan akan membawa anda ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sini anda boleh menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer. (Kalau nak datang, paling sesuai 2 masa ini, sbb kita akan nampak orang utan..kalau bukan time makan, selalunya susah nak nampak banyak orang utan-sila maklum ye..)


Ajaibnya, bila time makan jer, monyet ni akan bergayut melalui tali yang disediakan menuju kesebuah pelantar yang disediakan untuk makanannya (pisang)..

Wah termenung jauh nampak.. (Bila agaknya aku nak pindah ke luar negeri? Bosan tinggal di sandakan..)ngee





Sempat lagi bergurau senda..



Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.


Hah ni lah pelantar tersebut.. Petugas akan menaiki pelantar ni dan mengagihkan pisang kepada orang-orang utan yang datang...

Selain daripada matlamat utamanya iaitu pemulihan orang utan, usaha untuk mendidik masyarakat dari segi pemuliharaan, penyelidikan dan menyelamatkan spesies terancam yang lain umpamanya badak sumbu turut menjadi fokus di pusat ini. 


Jom tengok karenah-karenah mereka...











Cara ke Sana

Sekiranya korang tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan pelancongan, korang boleh menaiki bas atau teksi yang tersedia di bandar. Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan or MPS bermula dari pukul 6.00 pagi ke atas. Tambang yang dikenakan ialah RM2.10 secara sehala, dan hanya akan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu. korang perlu berjalan sejauh setengah km lagi ke dalam. Anggaran jarak antara bandar dengan pusat tersebut ialah sejauh 23 km.
(Sila google untuk extra information ye..)


Masa Dibuka
Pagar Keselamatan : Setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kaunter Sambutan dan Tiket : Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang
Dewan Pameran : Setiap hari (kecuali Jumaat) bermula 9.00pagi hingga 4.30 petang
Pusat : Setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
dan 2.00 petang hingga 4.00petang

Jumaat - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, 2.00 petang hingga 4.00 petang

Paling penting, datang masa makan orang utan ye, kalau tak nak kecewa..faham kan maksud lulu..ngee..
Pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang


Yuran Kemasukan



Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00 (Tak boleh tipu. bawa ckp bawa, sbb sblm masuk, ada pemeriksaan..ngee..byr je lah rm10 tu..)


Okey..selesai holiday lulu di bumi sandakan.. sebenarnya, ada banyak lagi destinasi perlancongan di sandakan ni yang tak sempat lulu pergi.. Apa boleh buat..masa terhad..Sila cuti-cuti malaysia okey..peww...(sempat lagi buat ads...ngee)


Jom balik..


Selamat tinggal bumi Sandakan...



Apa maknanye ni...? Hanya org sandakan yang tau..

P/S - Cuba teka makna simbol tangan itu...ngee............






Masin mulut rakan

SIASAT...anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian. Gambar kecil kesan tembakan di lantai.

CHERAS: Gara-gara bergurau dengan rakan sejawat, seorang pengawal keselamatan sebuah kedai emas di pusat beli-belah di sini, terlepas tembakan yang mengenai lima orang termasuk dua pekerja wanita sebuah pasar raya yang kebetulan melalui ruang legar pusat itu, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, pengawal keselamatan berusia 50 tahun itu yang sedang berehat di depan pentas ruang legar bersama seorang rakannya dipercayai tertekan picu pump gun miliknya yang ketika itu muncungnya dihalakan ke lantai.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman (gambar) berkata, tembakan itu menyebabkan peluru melantun ke lantai sebelum mengenai lima mangsa berkenaan.

Katanya, semua mangsa cedera di muka dan paha akibat terkena serpihan peluru dari pump gun milik pengawal keselamatan terbabit.

“Seorang lelaki warga Britain yang juga pengurus sebuah sebuah pasar raya di situ turut terkena terkena serpihan peluru itu,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa yang berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu dilaporkan stabil dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Menurutnya, suspek berusia 50 tahun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1990.

Sementara itu, rakan suspek yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Syahril, 27, berkata, sahabatnya itu sudah bekerja selama 12 tahun sebagai pengawal keselamatan, tetapi baru dua hari bertugas di kedai emas pusat beli-belah berkenaan.
“Kami bergurau dan bersembang, tetapi saya juga turut menasihatinya agar berhati-hati dengan senjata itu kerana takut tertekan, baru saja saya berkata beberapa saat kemudian terdengar bunyi tembakan mengenai lantai. Saya tergamam terus meniarap kerana bunyi yang datang dari senapang berkenaan sangat kuat,” katanya.





Mahu mandi sendiri

KANGAR: “Dia tidak mahu suami saya memandikannya seperti kebiasaan, sebaliknya mahu mandi seorang diri di luar rumah beberapa jam sebelum meninggal dunia,” kata Rohayani Asra, ibu kepada Mohd Hamizan Jasmin, 10, yang mati akibat tertelan besi hujung pen ketika berada dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Chuping, dekat sini, semalam.

Murid tahun empat itu dipercayai mengulum pen berkenaan sebelum secara tiba-tiba besi hujung depan pen berkenaan dikatakan tercabut dan memasuki saluran pernafasannya menyebabkan dia rebah sehingga mengejutkan rakan sekelas lain.

Mangsa kemudian disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri selepas tidak sedarkan diri, kira-kira jam 9.45 pagi dan hasil bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menemui besi hujung pen itu dalam badannya, semalam.

Rohayani berkata, selain enggan dimandikan ayahnya, Mohd Hamizan juga menunjukkan perubahan sikap apabila menjadi pendiam sejak seminggu lalu sedangkan sebelum ini dia banyak bercakap.

Bapa mangsa, Jasmin Saman, 44, pula berkata sejurus selepas kejadian, dua guru datang ke rumahnya memaklumkan anaknya tertelan sesuatu dan dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri untuk rawatan.

“Bagaimanapun, saya menjadi lemah lutut apabila melihat arwah sudah kaku di katil dengan keadaan mulutnya berlumuran darah manakala pegawai perubatan di klinik berkenaan pula gagal menyatakan punca sebenar kematian.
“Malah, ujian X-ray juga gagal menjumpai sesuatu bagi mengaitkan punca kematiannya menyebabkan jenazah anak saya dibawa ke HTF untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurutnya, selepas selesai bedah siasat petang semalam, baru doktor menemui sesuatu dalam badan arwah iaitu besi pen yang menjadi punca kematiannya.
Katanya, arwah Mohd Hamizan adalah anak kedua daripada empat beradik, malah dia sempat menghantar anaknya itu ke sekolah dengan motosikal, semalam.

“Arwah seorang yang aktif selain rapat dengan ibunya. Malam tadi (semalam), dia sempat berbual panjang dengan ibunya. Apapun, saya reda dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkannya sebagai ketentuan Allah,” katanya yang bekerja sendiri.

Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Perun, Chuping, lewat petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa, namun siasatan terperinci tetap dilakukan termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan sekelas, guru dan ibu bapa mangsa.

“Kami menerima laporan daripada seorang guru Hal Ehwal Murid sekolah terbabit yang menyatakan arwah meninggal dunia kerana tertelan sesuatu ketika berada dalam kelas bersama rakan lain,” katanya.

Difahamkan, besi hujung pen itu memasuki saluran pernafasan mangsa hingga menyebabkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.





Bumi huru-hara 2013 kerana matahari








LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.
Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.
Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.
Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.
Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.





Kereta Baru Shahir (AF8) Berpusing Lima Kali


PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.
Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.
Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut.
Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain.
Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.
“Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan.
“Shahir cuma mengadu sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepalanya akibat terhantuk. Dia sudah mendapatkan rawatan doktor dan membuat laporan polis. Alhamdulillah doktor kata dia okey dan memberikan ubat tahan sakit.
“Tetapi dia belum membuat rawatan x-ray. Bagaimanapun, saya berharap supaya dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman. Sekarang, dia sedang berehat di rumah dan menghantar keretanya ke bengkel,” kata Mahanum ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur.
“Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi jalan.
“Selepas itu terus dia berhenti ke tepi jalan sebelum mendapatkan bantuan. Nasib baik kereta yang lalu-lalang di situ sempat mengelak dan tidak terlibat sama dalam kemalangan tersebut. Walaupun keretanya rosak teruk, tetapi pada saya yang penting Shahir dan kawannya selamat. Saya anggap semua yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya lagi.
Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam hidupnya.





Amaran buat City, Arsenal



LONDON - Pemain sayap Chelsea, Florent Malouda mula memberi amaran kepada Manchester City dan Arsenal.
Ini kerana, Malouda percaya kedua-dua kelab tersebut bakal menjadi mangsa Chelsea yang seterusnya.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila memulakan saingan Liga Perdana England musim ini dengan mencipta lima kemenangan berturut-turut dan merekodkan 21 gol.
Terbaru, Chelsea berjaya mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Blackpool di Stamford Bridge kelmarin.
Justeru, Malouda yang juga merupakan pemain sayap antarabangsa Perancis, optimis Chelsea mampu meneruskan rentak kecemerlangan mereka ketika ini.
"Banyak pihak tidak percaya kami mampu melakarkan kejayaan seperti itu kerana bagi mereka, kami hanya berdepan kelab-kelab yang lemah.
"Namun, pertemuan dengan City dan Arsenal nanti pasti akan membuktikan keupayaan sebenar kami dan menunjukkan yang kami sentia- sa bersedia untuk berdepan dengan mana-mana sekalipun.
"Ia sekali gus bakal membuktikan betapa kami sememangnya berhak muncul selaku juara liga musim lalu dan sudah pasti kami akan memper- tahankan kejuaraan tersebut," jelas Malouda.
Chelsea dijadual berdepan City di Stadium of Manchester, Sabtu ini sebelum melayan kunjungan Arsenal di Stamford Bridge pada 3 Oktober depan.





Pengurus Liverpool dikritik

LONDON - Daniel Anger secara terbuka mengkritik corak permainan yang diterap- kan oleh pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson.
Menurut tonggak pertahanan The Reds itu, dia lebih gemar melakukan hantaran bola secara pendek, sebaliknya Hodgson mahu para pemainnya sentiasa menghantar bola dari jauh.
"Hodgson mempunyai prinsip yang mana pemain-pemain perlu melakukan hantaran bola jauh ketika menyerang dan menukar corak tersebut apabila bola berada di kawa- san pertahanan.
"Namun, saya tidak akan sesekali menjadi pemain yang sentiasa mahu melakukan hantaran jauh setiap kali bola berada di kaki saya," jelasnya.
Kritikan daripada tonggak pertahanan antarabangsa Denmark itu hadir selepas dia diketepikan oleh Hodgson dalam dua perlawanan sebelum ini.
Hodgson lebih cenderung meletakkan Martin Skrtel dan Jamie Carragher beraksi di posisi pertahanan tengah.
"Sama ada dia (Hodgson) menurunkan saya ataupun tidak, semuanya akan berubah mengikut waktu.
"Begitupun, saya tidak akan berputus asa. Saya akan kembali bersaing bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Liverpool.
"Biarpun corak permainan kami telah berubah tetapi saya tidak akan mengikut- nya seratus peratus," tambah Anger.
Ahad lalu, Anger hanya dimasukkan kira- kira perlawanan masih berbaki lapan minit ketika Liverpool tewas 2-3 di tangan Manchester United di Old Trafford.





Batalkan majlis kahwin di rumah

SETIAP insan pasti mempunyai hasrat untuk berubah menjadi lebih baik. Kehadiran seseorang yang berjaya mencuri hati, yang menjadi antara faktor mendorong seseorang itu untuk berubah ke arah yang lebih positif turut dibuktikan oleh penyanyi Elyana.
Terkenal dengan lagu Niat, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu berhasrat untuk menjayakan niatnya untuk berubah menjadi lebih baik sebelum dia mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
Menurut Elyana, antara perubahan utama yang dia ingin dalam dirinya seperti mengikis perangai malasnya agar menjadi lebih rajin.
“Sebelum ini saya boleh dikatakan agak pemalas juga tetapi nanti bila dah jadi isteri orang takkan nak terus jadi malas jugak.
“Saya harus berubah lagipun sikap itu bukan sikap yang baik,” katanya pada sesi fotografi di Hotel Quality, Kuala Lumpur baru baru ini.
Tambah Elyana, selain berubah menjadi lebih baik, dia juga kini sedang belajar memasak gulai tempoyak ikan patin.
“Saya terpanggil untuk belajar memasak gulai tempoyak ikan patin itu sebab ia merupakan makanan kegemaran bakal suami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Elyana membawa perkhabaran bahawa dia bakal muncul dengan single terbarunya.
“Lagu itu ciptaan oleh Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad. Konsep yang cuba diketengahkan dalam single itu nanti masih sama seperti sebelum ini tetapi perbezaannya pada single kali ini menunjukkan kematangan Elyana sekarang,” ujarnya yang belum menentukan judul single tersebut.
Sebelum ini, Elyana yang mula menceburi bidang seni pada usia 14 tahun juga pernah berlakon dalam beberapa drama bersiri dan filem.
Antara drama dan filem yang pernah dilakonkan oleh Elyana ialah Dunia Baru, Seriau dan Gong.
Persiapan kahwin
Bercerita mengenai majlis perkahwinan Elyana bersama seorang pengusaha makanan Jepun, Khairul Anuar Hussin, dia mengaku persiapan untuk majlis itu baru 50 peratus di buat.
Kata Elyana, pada awalnya dia merancang hendak buat majlis perkahwinannya di rumahnya di Shah Alam. Namun dia terpaksa membatalkan hasrat itu dan menukarkan lokasi majlis perkahwinan ke suatu tempat yang lebih luas. Apabila ditanya di manakah lokasi terbaru majlis perkahwinannya itu nanti, Elyana sekadar memberitahu: “Di sebuah banglo mewah di sekitar Ampang, Selangor.”
“Kalau boleh, memang nak buat di rumah kami sebab hari yang bersejarah itu kalau di rumah sudah tentu ada kenangan tersendiri.
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, perkahwinan kakak saya buat di rumah kami tetapi kurang luas untuk menampung tetamu dalam bilangan yang banyak dan mungkin menimbulkan rasa kurang selesa mereka nanti.”
Tambahnya, pada majlis itu nanti dia mahu semua tetamunya berada dalam keadaan selesa terutama neneknya.
“Masa majlis kakak dahulu, kesian dekat nenek sebab tidak dapat tengok pengantin dari jarak dekat,” katanya.
Menyentuh mengenai bakal suaminya, anak kedua daripada empat adik-beradik itu menegaskan, dia merasakan keserasian dengan tunangnya itu kerana mereka berdua merupakan orang yang serba ringkas.
Pada hari raya tahun ini, Elyana tidak mengikut tunangnya beraya di Pahang kerana baginya dia mahu merasai nikmat sambutan itu pada tahun depan.
“Kami sudah nak kahwin jadi biarlah saya tidak ikut dia tahun ini. Jadi bila tahun depan bila sudah sah menjadi isteri dia baru dapat merasai nikmat berhari raya dengan lebih lagi,” ujarnya yang mengakui tidak teruja sangat menyambut raya.
Sambutan raya 2010
Menurut Elyana, sempena hari raya kali ini dia telah menjual kuih samprit dan usahanya itu meraih sambutan yang menggalakkan.
“Mengandungi 53 hingga 54 biji dalam satu balang, ia dijual pada harga RM19. Sambutan yang diberikan sangat memberansangkan.
“Orang yang dah beli kuih saya biasanya akan beritahu orang lain, itulah strategi pemasaran saya,” katanya lagi.
Cerita Elyana, dia juga merupakan seorang yang rajin membeli tetapi tidak suka makan benda yang dibelinya itu.
“Saya ini jenis yang suka coklat chip, jadi kalau jalan-jalan nampak sahaja menarik pasti saya beli. Biasanya kuih yang cantik itu tidak berapa sedap.
“Tapi kalau kuih-kuih yang pelik, emak saya yang buat sendiri,” katanya.
Akuinya, persiapan untuk raya pun adakalanya sehari sebelum sambutan raya barulah dia pergi membelinya.





AC Mizal Sahkan Terima Gelaran Datuk


 KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara AC Mizal mengesahkan menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang.
Bekas pengacara Akademi Fantasia itu mengakui telah menerima surat penganugerahan tersebut pada awal Ramadan lalu dan bakal menerima secara rasmi gelaran berkenaan mengikut adat istiadat istana pada akhir tahun ini.
"Saya sudah menerima surat dari pihak istana berhubung perkara ini namun belum lagi menghadiri majlis perlantikan secara rasmi di istana.
"Inya-Allah ia mungkin diadakan pada hujung tahun ini, tapi pihak istana sudah memberi keizinan untuk saya terus mengunakan gelaran tersebut," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Ulang Tahun ke10 Perkahwinan Vanida Imran dan Rashidi Ishak, Isnin.
Bagaimanapun, menurut AC dia masih belum mengunakan gelaran tersebut dan masih dalam proses mempersiapkan diri.
"Gelaran itu satu anugerah kepada saya. Ia bagus untuk bisnes yang sedang saya jalankan sekarang, namun begitu buat masa ini saya belum berani untuk mengunakannya kerana belum menghadari majlis penganugerahan.
"Saya masih dalam proses untuk berubah daripada seorang artis kepada ahli perniagaan selain mahu menerima gelaran tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengerusi AC Konsortium Sdn Bhd ini juga memberitahu gelaran Datuk yang diterimanya merupakan rezeki selepas dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
"Saya dapat gelaran ini disebabkan kejayaan saya sebagai artis yang berjaya dalam perniagaan. Walaupun belum setahun lagi perniagaan saya ini tapi Alhamdulilah rezeki perniagaan saya semakin baik.
"Secara tidak langsung saya boleh memberi contoh yang baik kepada artis-artis muda yang lain. Saya tidak mahu artis hanya dikaitkan dengan cerita-cerita negatif sahaja," katanya.
Selain itu, AC memberitahu dia tidak pernah meningalkan dunia seni sejak bergelar usahawan. Namun dia mengakui lebih memilih tawaran yang bersesuaian dengannya.
"Saya masih dalam industri seni. Saya ada kontrak dengan Astro selama dua tahun lagi. Insya-Allah lepas raya ini ada program yang akan saya kendalikan.
"Untuk tawaran berlakon memang sekarang saya kurangkan sedikit sebab saya ada tanggungjawab terhadap perniagaan yang saya usahakan ini. Namun begitu saya masih menerima tawaran yang bersesuaian dengan umur dan masa saya," kata AC.


P/S - Rasanya Pak Nil lagi layak, kot?





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!