Monday, September 27, 2010

Contest - Gua tau itu siapa


Contest ni rasanya dari minggu lepas kot, makbed dah tag untuk selesaikan.. Tapi baru hari ni lulu buat..huhuhu...lambatnya... [klik]

So, Jom kita tgk usaha lulu untuk menang contest dan seterusnya mengalahkan rekod makbed menang contest 2x..

Contest ni dianjurkan oleh Encik Hamzah Ian..(sila ke blog beliau untuk lebih faham akan perihal contest ini ye..) [klik]

Pemenang contest ni akan mendapat hadiah..

Hadiah-hadiah:
1.Pertama : Duit RM30 dan juga Domain (dua-dua gua bagi)
2.Kedua : Duit RM20 atau Domain (pilihan nak domain atau nak duit, satu je okeh)
3.Ketiga : Belanja makan untuk 2 orang ( Dua pemenang untuk tempat ke-3)
4.Cabutan bertuah untuk semua perserta iaitu topup RM5 untuk seorang sahaja. (Digi Maxis Celcom shj)
(copy paste dari blog beliau)

Berikut adalah jwpan lulu...

Lulu yakin yang duduk sebelah Hamzah ni Emak dia.. Sebab Hamzah duduk tersipu-sipu malu tu pula sbb yg snap gambar tu awek cun (Hamzah kira ada hati ngan dia, so, tak tau mcm mane nak cover handsome..).. Lagipun Hamzah malu kalau kantoi dgn emak, yg dia ada feeling ngan awek tu..


Ok, itu jwpn lulu.. merapu jer ngee..tapi harap menang...amin...


Lulu tag 3 orang bagi memeriahkan contest ini dan bersama-sama mengharapkan kemenangan...


Empat anggota PGA maut nahas jalan raya di Sandakan





ANDAKAN: Empat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut, manakala tiga lagi parah apabila trak yang mereka naiki bertembung dengan lori treler di Batu 19 Jalan Labuk di sini awal hari ini. Mereka yang maut ialah pemandu trak L/Kpl Sapieh Jalhani, 32; penumpang hadapan Sarjan Hashamdi Abdullah, 52; serta dua anggota yang duduk di bahagian belakang trak iaitu L/Kpl Agustine Lee, 31; dan L/Kpl Sylvester Assin, 36.
Tiga yang cedera parah ialah L/Kpl Francis Joseph, 37; L/Kpl Dixon Mamat, 28, dan L/Kpl Asri Sabani, 39.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, tiga anggota PGA itu mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 4.31 pagi dan ketika kejadian trak terbabit dalam perjalanan menuju ke arah Sandakan, manakala lori itu datang dari arah bertentangan.

"Lima anggota bomba mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan pemandu dan penumpang hadapan trak itu yang tersepit di tempat duduk mereka," katanya.

Beliau berkata, kesemua mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat.



P/S - Ngeri woo...baru balik dari sandakan....







Leher dikelar geng Mat Rempit

ngeri tgk..adehh..sadis..

SHAH ALAM: Tidak ubah seperti binatang apabila sekumpulan kira-kira 10 Mat Rempit cuba merompak dan menyerang seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam sebelum mengelar leher mangsa hingga berlumuran darah.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kumpulan Mat Rempit berkenaan yang bersenjatakan pisau mencederakan pelajar berkenaan yang cuba menyelamatkan dompet dan telefon bimbitnya daripada dirompak.

Difahamkan, mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah terpaksa lari ke tengah lebuh raya bagi menyelamatkan diri dan meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan selepas dikejar kumpulan Mat Rempit terbabit.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faris, 21, berkata kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak sebelum susur keluar ke Padang Jawa. Dia dan seorang rakan yang membonceng motosikalnya dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berdekatan.

Menurutnya, dia tidak menggunakan laluan motosikal lebuh raya berkenaan kerana hari sudah pagi dan bimbang disamun kerana jalan agak sunyi. Namun, malang tidak berbau apabila sekumpulan Mat Rempit menaiki tujuh motosikal mengekorinya daripada belakang.

“Sebaik saja kumpulan terbabit mendekati, mereka tiba-tiba mengepung motosikal saya dan mengarahkan berhenti, namun saya yang bimbang sesuatu buruk berlaku cuba memecut.

“Tindakan saya itu menyebabkan kumpulan remaja terbabit tambah berang sebelum menendang motosikal saya hingga jatuh,” katanya.

Faris berkata, sebaik jatuh, kumpulan berkenaan terus menerpa dan membelasah dia serta rakannya untuk merampas dompet dan telefon bimbit.

“Mereka bertindak ganas, saya disepak dan ditumbuk manakala rakan pula ditampar. Kunci motosikal juga dirampas mungkin untuk melarikannya, saya cuba mempertahankan diri dan semasa bergelut saya tidak sedar leher sudah dikelar seorang daripada lelaki berkenaan.

“Saya yang berlumuran darah bertindak menyelamatkan diri dengan berlari ke tengah lebuh raya dan cuba menahan beberapa kereta untuk bantuan,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bernasib baik apabila ada kereta berhenti dan sudi membantu.

Katanya, pemandu kereta itu menghantar dia dan rakan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

“Luka akibat dikelar itu agak parah dan leher terpaksa dijahit dengan lapan jahitan, manakala rakan tidak mengalami kecederaan.

“Selepas selesai mendapat rawatan dan dibenarkan pulang saya terus membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam,” katanya.

Tambah Faris lagi, dia tidak dapat ke kuliah tiga hari selepas insiden itu dan terpaksa menjalani rawatan susulan serta trauma melalui lebuh raya berkenaan.






Bila makbed komen..

Bila makbed komen..

ngee.. saja, balas post makbed...
Sebelum tu lulu nak komen ttg template yg asyik bertukar-tukar..hikhik..
Sedangkan lulu naik pening tgk, apa lagi makbed yg sibuk cari yg sesuai ye tak..
Tapi, lulu doakan makbed akan berjaya juga akhirnya..
yeyeyeye... caiyok caiyok makbed...
Berusaha dalam selesema.. ngee..




Klik untuk membesar bagai johan..ngee..


Lulu buat vote makbed..saje nak memperbaiki blog ni..Masih banyak kelemahan... Masih banyak kekurangan.. So, usaha ini diharapkan membuahkan hasil...Isya-Allah.. Tima kasih utk keprihatinannya ye..


Rumusan makbed

Rumusan makbed yang tepat dan padat...huhu amat dihargai.. Untuk vote ni, rasanya lulu belum boleh buat apa-apa rumusan.. Apa-apa pun kita tunggu sampai final day nanti..


Mulut moncong makbed.

Tang mulut tu yang tak boleh tahan... ngee... =D mmg dah boleh gantung hanger baju.....

TQ makbed...
(Makbed jadi 'model' bergambar-gambar kat tpt kerja tu, bos tak tahu ke? tak marah ke dia?)


P/S - Untuk entri makbed 'Wahai Lulu' [klik]






Pakai tudung

Hari ni tiba-tiba lulu menerima email dari seorang kawan.. terkejut juga..
Gambar-gambar yang terkandung dalam kiriman tu mmg jelas adalah photoshot..
Tapi, mmg nampak mcm benar lah...

Jom... Kita kongsikan bersama....


Bila mereka pakai tudung...





Agnes Monica



Agnes Monica



Britney Spears




Britney Spears...




Miley Cyrus..



P/S - Cantik..ayu...apa pendapat korang? ngee..







Keseronokan dan kemarahan menikmati siaran Astro



KEMUNCULAN stesen TV berbayar Astro pada tahun 1996 adalah satu pilihan kepada pengguna untuk menikmati kepuasan menonton tanpa gangguan iklan.

Astro mula beroperasi dengan 22 saluran tetapi kini menawarkan 125 saluran berbayar untuk empat bahasa utama di negara kita, ermasuklah lapan saluran Berdefinisi Tinggi (HD) merentasi Malaysia dan Brunei. Setakat ini, Astro mempunyai hampir tiga juga pelanggan.

Ia adalah satu kemajuan dan perkembangan yang membanggakan dalam industri penyiaran negara. 

Untuk mendapatkan perkhidmatan siaran Astro, pengguna mesti membayar harga berdasarkan pakej yang ditawarkan oleh syarikat TV ini. Memang hakikatnya, tiada yang percuma pada untuk mendapatkan perkhidmatan Astro. Segala-galanya berbayar. Hendak menyambung atau menamatkan perkhidmatan Astro pun ada kalanya dikenakan bayaran.

Sejajar dengan segala-galanya perlu dibayar, Astro juga sepatutnya menjanjikan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggannya. Memang tidak dinafikan, dari semasa ke semasa Astro sentiasa menjanjikan kandungan program yang bermutu untuk penonton atau pelanggannya. Tapi seperti yang kita katakan, ia bukan percuma!

Oleh itu, apabila kita berasa agak terganggu apabila beberapa rangkaian dalam Astro sekarang secara perlahan-lahan sudah diresapi dengan iklan. Iklan komersial dan iklan promo. Kedua-duanya tetap mengganggu kepuasan dan keseronokan menonton program Astro.

Oleh kerana pengguna atau pelanggan sudah membayar sejumlah wang, tidak kiralah dalam bentuk pakej apa sekalipun, sepatutnya tidak sebagai penonton tidak ada lagi diganggu dengan penyiaran iklan komersial. Kalau sudah ada iklan komersial, apa bezanya saluran TV di Astro dengan saluran TV percuma seperti TV1 dan TV2 atau TV3, TV9, ntv7 dan 8TV. Semua stesen percuma itu memang patut mencari iklan bagi menampung operasi dan dari situ mereka mencari keuntungan.
Memang ketika ini jumlah atau penyiaran iklan komersial dalam saluran TV Astro belum ketara, tetapi jika dibiarkan atau tidak dikawal, lama-kelamaan ia dilihat sama saja dengan stesen TV percuma. Cuma yang tidak adil bukan saja kepada pengguna yang sudah membayar langganan setiap bulan, tetapi mungkin juga kepada pengendali stesen TV percuma kerana ia sudah mengecilkan pembahagian pengiklanan.

Sekiranya hendak bersaing mencari iklan secara terbuka dengan stesen TV sedia ada, mungkin Astro boleh mengetepikan beberapa salurannya secara percuma juga kepada pelanggan.

Pilihan lain ialah menawarkan satu pakej pada kadar paling minimum iaitu RM10 saja untuk sejumlah saluran. Katakan 10 atau 15 saluran pertama, ditawarkan dengan bayaran serendah RM10, yang boleh dianggap sebagai kos perkhidmatan sahaja seperti untuk pengebilan. Dan untuk menampung kos itu saluran ‘percuma’ ini dibenarkan mencari iklan komersial.

Selain iklan komersial, iklan promosi yang kerap dan lama turut mengganggu keseronokan menikmati saluran Astro. Boleh disiarkan tetapi biarlah berpada-pada. Peranan iklan promo ini adalah untuk mengingatkan penonton tetapi sebagai manusia, apabila terlalu kerap dan berjela-jela, ia seumpama ‘orang yang suka membebel dan berleter’. Kebanyakan orang tidak suka mendengar orang membebel dan berleter.

Astro memang sentiasa inovatif dan kreatif. Oleh itu, banyaklah pakej dan kemudahan sampingan ditawarkan demi memberi kepuasan kepada pengguna atau pelanggannya. Kemudahan yang ditawarkan itu pula seiring dengan perkembangan teknologi penyiaran semasa. Tapi ingat! tidak semuanya percuma...

Antara tawaran terbaru yang ditawarkan ialah pakej Beyond iaitu pengguna boleh mendapatkan saluran tambahan dengan kesan visual atau gambar yang jelas dan jernih. Buat masa ini, mereka yang mendapatkan pakej Beyond ini diberikan lapan saluran tambahan yang mana semua kandungan yang disiarkan menggunakan teknologi Definisi Tinggi (HD). Ia bukan tawaran percubaan sebaliknya pelanggan tetap dikenakan bayaran tambahan RM20 sebulan daripada pakej asal.

Ketika ini ramai pengguna yang menggunakan pakej Beyond merungut kerana kepuasan menonton terganggu apabila siaran Astro secara tiba-tiba terhenti atau tergantung (hanging) untuk selama beberapa minit. Dalam masa satu jam, ia boleh terhenti dengan tidak semena-mena selama tiga atau empat kali. Ia cukup menyakitkan hati.

Khidmat pelanggan Astro pula bukan semuanya ‘mesra pelanggan’. Sesetengahnya pula tidak arif dan tidak faham dengan masalah yang sedang dihadapi oleh pelanggan seperti siaran Astro yang ‘terhenti’ secara tiba-tiba ini. Akhirnya, jawapan yang diberikan oleh pegawai khidmat pelanggan ialah meminta pengguna menghubungi kontraktor pemasangan Astro dan kesudahannya kita pula dikenakan caj RM50 di atas masalah yang bukan berpunca daripada pelanggan.

Kita menghargai sumbangan besar Astro dalam industri penyiaran negara, tetapi pada masa Astro juga tidak memandang rendah rungutan dan kepuasan pengguna. Astro bernasib baik kerana tidak ada pesaing seperti mana stesen TV berbayar.

Namun begitu, walaupun tidak ada pesaing, apa salahnya Astro mengambil berat dan sabar dengan keluhan pelanggan kerana pada setiap bulan mereka setia membayar langganan. Pelanggan Astro juga bukanlah daripada orang kaya saja...

M.Rajoli Mahu Dua Isteri Hapus Sengketa

Kenangan indah Hashimah (kiri) dan Wan Chik ketika mengerjakan umrah yang turut ditemani M. Rajoli. Mudah-mudahan hubungan keruh wanita ini akan kembali jernih.

PEMERGIAN pelakon veteran M.Rajoli pada atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli Mohamed Zin,65, pada 17 September lalu dianggap satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air dan sukar dicari ganti.
Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas setelah menderita penyakit barah otak sejak tiga tahun lalu dan meninggalkan dua orang isteri bersama empat orang anak dengan isteri pertama.
Sayangnya ketika Allahyarham meninggal dunia, kelibat isteri kedua iaitu Wan Chik Daud,70, atau Wan Chik Othman tidak muncul kerana tidak mahu mengeruhkan suasana.
Sementara itu isteri pertama Allahyarham, Hashimah Md Din,55, pula berkata Wan Chik memberi kenyataan tidak benar kononnya dia diberitahu lewat mengenai berita kematian Allahyarham.
Apa yang diharapkan mudah-mudahan hubungan dua insan ini akan kembali jernih apatah lagi selepas M.Rajoli tiada.
Pemergian M.Rajoli sudah pun seminggu berlalu. Namun salah faham di antara isteri kedua, Wan Chik dan keluarga isteri pertama, Hashimah Md Din masih belum terlerai.
Bertemu dengan keluarga Hashimah di kediaman mereka di AU3, Keramat, Kuala Lumpur Khamis lalu, mereka menyatakan rasa kesal apabila Wan Chik telah memberikan kenyataan palsu kepada pihak media kononnya khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya daripada pihak keluarga Hashimah ialah sewaktu jenazah sudah siap untuk dikebumikan.
Menurut anak bongsu Allahyarham, Muhammad Arif, 23, dia telah menghantar SMS khas kepada Wan Chik walaupun pada ketika itu Arif berada dalam situasi kelam kabut di mana, Allahyarham sedang tenat di Hospital Ampang, manakala kakaknya pula sedang dalam proses kelahiran di hospital yang sama.
“Saya hantar SMS kepadanya awal-awal lagi. Masa itu dia tahu ayah dah tenat. Kami juga kelam-kabut dengan kelahiran baru anak kakak saya di hospital yang sama. Arwah ayah di tingkat 6 dan kakak pula di tingkat 4.
“Jadi macam mana kami nak layan? Dia kata saya SMS dia seperti saya SMS pada orang lain. Itu tidak benar, dia menerima SMS khas daripada saya.
“Kalau nak diikutkan, dia kena ambil tahu tentang arwah masa sakit lagi. Jadi, jangan salahkan kami jika tidak berkesempatan bertemu dengan arwah ayah.

Muhammad Arif mengakui ada menghantar SMS kepada Wan Chik

“Saya pernah nak telefon dia sebelum ini untuk berdamai dan waktu itu mak dan adik-beradik yang lain tidak tahu. Tetapi dia telah menghantar SMS yang saya berikan kepadanya itu kepada keluarga saya. Entah apa tujuannya, saya tak pasti,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Hashimah pula walaupun berlaku salah faham di antara Wan Chik terhadap keluarganya, rumah dia sentiasa terbuka kepada madunya itu.
Mengakui mereka terasa sunyi tanpa Allahyarham M.Rajoli, Hashimah juga bersyukur semasa M.Rajoli sedang sakit, Allahyarham telah pun berjalan ke seluruh Malaysia sebagai terapi agar keadaan kesihatannya pulih.
“Selama ini, segala makanan yang diinginkannya kami dapat tunaikan. Mana taknya, hari-hari dia tengok program Jalan-Jalan Cari Makan, semua lokasi tempat makan dia suruh kami salin alamatnya,” tutur Hashimah sambil tersenyum melihat gambar-gambar kenangan bersama suaminya pada zaman muda.

Hashimah, anak dan cucunya menatap gambar kenangan bersama arwah Mr. Rajoli.

Bercerita pula tentang perwatakan Allahyarham yang banyak berubah pada saat-saat akhir sebelum pemergiannya, Hashimah sempat menyarungkan baju raya buat Allahyarham.
“Memang apa yang sempat, kami akan lakukan untuk memenuhi apa sahaja yang dihajati arwah suami. Selepas pembedahan di kepala empat tahun lalu, arwah berkeadaan seperti biasa dan sering membuat lawak. Cuma tahun ini sahaja dia banyak tidur dan senyap.
“Seminggu sebelum arwah pergi, dia dah mula tidak membuka mata dan kerap tidur. Masa itu saya dah rasa tak sedap hati.
“Dia memang ada merancang, jika sembuh dia nak jadi imam semula dan mengajar mengaji. Kalau tak sempat, Arif sahaja yang menjadi penyambung hasratnya itu,” katanya.
Arif pula berkata, arwah sempat berpesan agar jangan bergaduh antara satu sama lain dan jangan tinggalkan sembahyang serta mengaji.


Arwah mahu lihat kami berbaik – Wan Chik

Bagi isteri kedua pelakon veteran itu, Wan Chik Daud atau nama sebenar Wan Chik Othman, 70, tiada kata-kata yang mampu diungkapkan selain pasrah dan reda dengan pemergian suami tercinta pada 17 September lalu. Dia bersyukur pemergian Allahyarham pada bulan mulia ini dalam keadaan yang sudah bersedia.
Namun begitu, jauh di sudut hati bekas juruhebah radio RTM ini mengakui agak terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat Allahyarham untuk melihat hubungan baik kedua-dua isterinya itu di hujung hayatnya.

Wan Chik dan M. Rajoli bergambar kenangan di Mekah tidak lama dulu.

“Saya terkilan sebab salah satu hasrat arwah tidak kesampaian iaitu melihat hubungan kami baik. Bukan saya tidak mahu berbaik, sebenarnya setiap hari saya berdoa agar Allah melembutkan hati keluarga pihak isteri pertama untuk menerima saya.
“Tapi saya reda ketentuan Allah kerana tiada sebarang petanda kami akan berbaik sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir. Kini jika kami berbaik sekalipun sudah tiada guna sebab arwah sudah tiada,” ujarnya.
Ketika ditanya tentang ketidakhadirannya semasa majlis pengebumian, kata Wan Chik, tiada gunanya dia pergi menjenguk jenazah suami yang sudah terbujur kaku sedangkan semasa hayat dia tidak dapat bertemu dengan Allahyarham. Malah dia juga tidak mahu kehadirannya pada majlis pengebumian tersebut bakal mengeruhkan lagi keadaan.
“Bukan saya tidak mahu pergi. Sebagai isteri saya amat merindui suami setelah setahun setengah tidak berjumpa, cuma saya tidak mahu mengeruhkan ‘sengketa’ dengan keluarga isteri pertama.

Wan Chik sebak tatkala mengenang kenangan lama bersama arwah M. Rajoli.

“Kehadiran saya pada majlis pengebumian tidak dirasai oleh arwah. Bagi saya, tiada gunanya untuk menunjuk kasih sayang dengan menangis di kubur,” jelasnya.
Seperti sebelum kematian Allahyarham, dia masih menanti langkah pertama pihak keluarga madunya, Hashimah untuk menghulurkan tangan sebagai tanda berbaik. “Saya tidak bersalah dalam hal ini, walaupun saya isteri kedua arwah tetapi saya lebih tua daripada Hashimah. Jika mereka selangkah mahu berbaik dengan saya, saya dua langkah lagi lebih dari itu.
“Saya tahu hukumnya putuskan hubungan sesama Islam tapi ia bukan berpunca daripada saya. Jadi takkan pula saya yang kena meminta maaf, saya juga ada maruah,” katanya.
Menurut Wan Chik, sebelum sengketa yang tercetus tiga tahun lalu itu, hubungan antara mereka baik. Malah mereka sempat menunaikan umrah dan haji bersama-sama.
“Suatu masa dahulu kami sekeluarga memang rapat, kami pergi menunaikan umrah dan haji bersama-sama. Tapi entah mengapa mereka memutuskan hubungan ini secara tiba-tiba ketika saya meminta untuk menjaga arwah secara bergilir-gilir sewaktu dia sakit.
“Mereka tidak beri saya jaga dengan alasan saya isteri kedua, saya sangat berkecil hati ketika itu. Selepas dari pertengkaran yang tercetus saya tidak lagi ke rumah mereka.
“Tapi saya masih lagi berjumpa suami bagi membantunya menjalankan sesi fisioterapi dengan bantuan jiran untuk bawa dia keluar dari rumah tersebut. Sehinggalah pada 27 Mac 2009 mereka memutuskan untuk tidak membenarkan arwah menjalani rawatan fisioterapi lagi,” ujarnya.
Sejak itu perhubungan antara Wan Chik dengan Allahyarham terputus. Biarpun sekadar dapat melihat dari bumbung rumahnya sahaja, Wan Chik memberitahu dia hanya mampu mengubat kerinduan dengan ditemani kenangan indah bersama arwah.
“Rumah kami tidak jauh, saya masih nampak bumbung rumah mereka. Hanya kenangan manis kami ketika bersama sahaja yang mampu mengubat kerinduan saya kepadanya.
“Saya sentiasa kirimkan doa buat suami. Walaupun kami tidak berjumpa tapi saya sering termimpi berjumpa dengannya,” kata Wan Chik yang berkahwin dengan M.Rajoli pada November 1986.
Dalam pada itu, Wan Chik mengakui dia juga disahkan menghidap katarak. Penglihatan mata kanan yang semakin kabur menyebabkan Wan Chik terpaksa melakukan pembedahan kecil pada akhir minggu ini.
Hari ini, Wan Chik tidak mahu menangis lagi kerana dia sudah lama mengalirkan air mata.







 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!