Thursday, October 14, 2010

The new world's shortest man

Khagendra Thapa Magar declared world's shortest man by Guinness Book of World Records..



A teen from Nepal has reached new heights - as the world's shortest man.

Khagendra Thapa Magar, who turned 18 on Thursday, has finally been granted that coveted title by the Guinness Book of World Records.

"I can confirm that as of today Khagendra Thapa Magar is officially the shortest man in the world," Guinness official Marco Frigatti said.

Family members have for years insisted that the pint-sized Magar, who measures just 26.4 inches from head to foot, is the world's smallest man. However, Guinness would not accept it until he was 18 and showed he had ceased growing.

"I am very happy and excited," Magar said.


"We are very proud of our son," said Magar's father, Rup Bahadur Thapa. "We have been finally recognized and our dreams have finally come true."

Magar, who doctors say has the body of a 3-year-old, weighs just over 12 pounds.

Edward Nino Hernandez, who lives in Bogota, Colombia, has held the shortest man title for little more than a month prior to Magar. The 27.4-inch-tall 24-year-old took the title shortly after the death of He Pingping, who died in March. He was 29-inches tall.




Enam maut kereta rempuh pokok dan terbakar di Kampar

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan 5 daripada 6 mangsa yang rentung dalam kemalangan maut apabila kenderaan mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampung Pasir, Kampar, Perak, jam 1.50 pagi.

KAMPAR: Enam orang, iaitu empat lelaki dan dua perempuan, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok dan terbakar di tepi jalan di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada jam 2 pagi itu ialah pemandu kereta Lim Kar Wai, 20, Yap Heng Loong, 21, Soo Poi Wan, 18 (wanita), Wong Chee Keong, 23, dan Tang Wai Leong, 18.
"Seorang lagi mangsa wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya, meninggal dunia di Hospital Kampar pada jam 4.50 pagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar.

Akibat kemalangan itu, kereta jenis Honda City itu musnah terbakar dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa..





A.Aida Hilang Sabar, Mahu Saman Ameng


PETALING JAYA: Produser drama Halimah Jongang, Zaidah Awang,39, atau A.Aida berhasrat untuk menyaman bekas suaminya Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail,42, kerana melakukan fitnah membuat kenyataan kononnya dia telah melakukan konspirasi untuk menjatuhkan Ameng.
A.Aida berkata selama ini dia berdiam diri mengenai segala perbuatan Ameng dan tidak tergamak mengambil tindakan kerana mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan terhadap bekas penyanyi Kumpulan Spring itu.

“Saya akan dedahkan segala-galanya di dalam sidang akhbar nanti. Saya sudah tidak boleh sabar lagi dengan sikap Ameng,” Katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.
Akhbar pada Raba melaporkan Ameng mendakwa A.Aida dan suaminya, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintenden Suffian Sulaiman telah melakukan konspirasi untuk memalukannya.

Tuduhan mengenai kes dadah yang dikenakan terhadapnya itu kata Ameng adalah bertujuan untuk memburukkan nama baiknya.
Ameng berkata demikian ketika memberi keterangan membela diri di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir atas dakwaan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak lebih RM5,000 jika sabit kesalahan.

Sehubungan kenyataan Ameng itu, A.Aida bersama peguamnya akan mengadakan sidang akhbar tergempar di Restoran Rebung di sini, Khamis kira-kira pukul 3 petang.
Menurut A.Aida dia mempunyai bukti termasuklah kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan daripada Ameng sehingga memaksanya membuat laporan polis pada April lalu menyebabkan Ameng ditahan.
Ujar Aida, Ameng turut mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anak iaitu Wan Aleesya,14, dan Wan Natasha,9, dengan tidak pernah memberi nafkah kepada mereka.

Kedua-dua anak itu berada di bawah penjagaan A.Aida.
“Satu sen pun dia tak bagi nafkah anak... dia nak cakap banyak pula. Saya dah lama bersabar. Kali ini saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya akan dedahkan semuanya,” katanya.
Ameng dan A.Aida berkahwin pada tahun 1995 dan berpisah tujuh tahun kemudian.
Ameng kemudian berkahwin dengan Sabariah Zakaria,40, pada tahun 2004 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Amar Haikal yang kini berusia tiga tahun.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk pihak pembelaan dan pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis.


P/S - Adakah dakwaan Ameng palsu? [klik sini]




Ratu Cantik India berambut perang


WELLINGTON, New Zealand - Ratu Cantik India New Zealand, Jacinta Lal (gambar), 21, dikritik hebat kerana dia tidak kelihatan seperti seorang wanita berketurunan India, lapor sebuah akhbar semalam.

Bapa Jacinta berketurunan Fiji-India manakala ibunya pula ialah warga New Zealand.

Gadis bermata biru dan berambut perang itu disindir oleh para penonton apabila dia diumumkan sebagai pemenang pertandingan Ratu Cantik India New Zealand bagi peringkat Wellington pada Ogos lalu. Penganjur pertandingan, Dharmesh Parikh mengakui terdapat dua atau tiga aduan mengenai Jacinta.


"Walaupun terdapat aduan, ramai orang India yang menggalakkan saya menyertai pertandingan ini.
"Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa semua orang mempunyai pandangan yang serupa hanya kerana komen-komen daripada golongan yang berfikiran sempit," kata Jacinta.

Parikh menyatakan bilangan mereka yang tidak berpuas hati adalah kecil.
"Insiden ini agak menyedihkan dan kurang menyebelahi Jacinta. Dia sepatutnya diterima dalam dunia India kerana dia seorang gadis India yang cantik," kata Parikh.





Proton Lancar Model Terbaru, Inspira



SHAH ALAM: Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis.
Harga di pasaran bagi model terbaru ini antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini.


Ini adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, model terbaru itu dijangka dapat dijual sebanyak 1,600 unit sebulan.


Beliau yakin, Inspira mampu menguasai pasaran kereta segmen C dengan penambahbaikan teknologi Lotus oleh jurutera Proton.


"Edisi terkini ini adalah produk berkualiti kami yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
"Dengan kombinasi DNA Lotus, kami percaya ia adalah pilihan tepat dengan harga yang bersesuaian," katanya kepada media selepas majlis prapelancaran Proton Inspira di sini.
Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual mulai hari ini dengan bayaran RM1,000.


Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC..


P/S - Setakat ni, tu jer yang nampak..ngee..





Bekas pemain bolasepak Dollah Kassim meninggal dunia


INGAPURA 14 Okt. - Bekas pemain bolasepak Singapura, Dollah Kassim, 61, yang terkenal sekitar tahun 70-an meninggal dunia di rumahnya di sini hari ini.


Allahyarham meninggal dunia setelah kira-kira setahun berada dalam keadaan koma selepas diserang sakit jantung ketika bermain dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan antara bekas-bekas pemain Malaysia dan Singapura pada 4 Oktober tahun lepas.

Tinggal kenangan...Dollah Kassim sewaktu sakit

Dollah dikatakan berperanan penting dalam membantu pasukan republik ini menjulang Piala Malaysia pada tahun 1977 setelah Singapura berjaya menewaskan pasukan Pulau Pinang 3-2.


Allahyarham digelar “Raja Gelek” oleh peminatnya di sini kerana kepandaiannya mengawal bola dan boleh mengelecek empat hingga lima pemain lawan apabila membawa bola..





Kanak-kanak 3 tahun seberat 63.50kg


BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Xiao Hao dilarang memasuki beberapa pusat jagaan kanak-kanak kerana berat badannya 63.50 kilogram (kg) yang membolehkan dia membuli rakan-rakannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibunya Xiao Lin dari bandar Guangzhou, selatan China kini merayu doktor supaya membantu mengurangkan berat badannya.
"Saya membawanya berenang bagi tujuan senaman tetapi amat sukar untuk mencari pakaian renang yang sesuai buatnya," kata ibunya.


Beberapa doktor menyatakan kanak-kanak itu mungkin mengalami gangguan pertumbuhan hormon.
Purata berat kanak-kanak seusia dengannya ialah 12.70kg.

Seorang doktor dari sebuah hospital kanak-kanak Guangdong, Lu Hong berkata, kanak-kanak itu bukan sahaja berat berlebihan tetapi amat tinggi.


"Dia (kanak-kanak itu) tidak sepatutnya berada dalam keadaan sebegini kerana jantungnya tidak mampu untuk menanggung berat badannya," kata Hong


P/S - Kena ikut Biggest Loser ni..





Lana Nordin Dengan Kerabat Brunei?


PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menolak tuduhan gambar-gambar mesranya bersama seorang lelaki yang tersebar di internet baru-baru ini merupakan anak kepada pemerintah negara Brunei.
Menurut Lana, gosip tersebut tercetus berikutan wajah lelaki tersebut dikatakan seiras dengan anak sultan Brunei.

"Ya, dia memang anak "seseorang" tetapi bukan anak Sultan Brunai seperti didakwa di internet. Mungkin mereka lihat wajah dia ada mirip kerabat Brunei sehingga timbul gosip berkenaan," katanya yang mengakui sedang dalam proses mengenali lelaki tersebut.


Selain itu, Lana menganggap gambar-gambar dan gosip negatif yang tersebar di laman-laman blog sebagai publisiti murahan kepadanya.
"Saya rasa mereka sudah tidak ada kerja nak buat, ini semua adalah publisiti murahan untuk saya. Secara tidak langsung juga ia akan membuatkan orang akan benci dengan saya.
"Tapi bagi saya, jika pembaca laman web tersebut bijak mereka akan fikir dahulu sama ada munasabah atau menganggapnya sekadar bahan hiburan semata-mata," jelasnya.


Jelas Lana, apa yang lebih penting ialah keluarga dan rakan-rakan terdekat memahami perkara sebenar dan tidak mudah mempercayai gosip di internet.

"Saya sering menjadi bahan gosip seperti ini, namun yang penting ialah keluarga saya memahami dan tidak mudah menyalahkan saya," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Kau dan Aku ini baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana demam dan jangkitan pada air kencing.
"Minggu lepas saya ditahan di hospital dan baru sahaja dibenarkan pulang. Pada mulanya demam dan sukar untuk membuang air kecil.

"Selepas ke hospital, doktor tahan saya untuk buat pemeriksaan lanjut. Doktor nasihatkan agar banyakkan minum air dan jaga pemakanan," ujarnya yang sedang berehat daripada sebarang aktiviti seni.


P/S - Memang bukan lah.. Tak serupa pun..





Irwanshah Nikah Zaskia Sungkar 11.11.2011


SELEPAS menghadiri majlis pernikahan pelakon Indra Bekti dan Adilla Jelita pada 10 Oktober lalu di Sampoerna Strategic, Sudirman, Jakarta, penyanyi dan pelakon, Irwanshah mendapat satu inspirasi.
Dia mahu menjadikan tarikh 11.11.2011 untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Zaskia Sungkar.
"Memilih tarikh yang unik memudahkan kita untuk mengingati hari yang bersejarah. Jadi, majlis pernikahan Indra sememangnya memberikan saya inspirasi baru selain dekorasi yang menarik pada majlis pernikahan saya nanti.
"Jika ada jodoh saya akan menikahi Zaskia. Dia seorang wanita yang begitu memahami saya," katanya sambil menoleh ke arah Zaskia yang menemaninya saat ditemu bual laman portal Kapanlagi.com
Tambah Irwanshah, dia berharap agar pernikahannya dengan Zaskia dapat bertahan sehingga ke akhir hayat.
Apatah lagi Zaskia sememangnya ciri-ciri wanita yang diidamkan oleh jejaka tersebut.
Sementara itu, Zaskia pula berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada bekas kekasih Acha Septriasa itu.
"Setiap pasangan sebenarnya sudah ditugaskan dengan peranan masing-masing. Begitu juga dengan kami yang tahu peranan kami sebagai sepasang kekasih.
"Justeru itu, dari segi zahirnya, kami memang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga," ujarnya yang meminta para peminat untuk merestui perhubungan mereka.


P/S - Nampaknya hati Irwansyah sudah terubat.... 





Yazid (Search) & Yahya Sulung Dimasukkan Ke Hospital Ampang


KUALA LUMPUR: Pemain drum kumpulan Search, Yazid Ahmat, 48, tidak dapat menyertai persembahan kumpulan itu di Kuantan, Pahang Jumaat ini kerana dimasukkan ke wad sejak Selasa lalu.
Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi kini sedang dirawat di Hospital Ampang, dekat sini.

Menurut Yazid, dia sudah mula rasa perubahan pada badannya sejak bulan Ramadan lalu.
"Masa bulan Ramadan saya rasa mual dan loya untuk makan tetapi saya “lawan” juga perasaan itu sebab setahu saya tidak ada penyakit gastrik dan sebagainya," ujarnya ketika ditemui semasa menerima lawatan Persatuan Karyawan di Hospital itu Selasa.

Tambahnya, dia rasa agak kecewa kerana tidak dapat menyertai kumpulan Search membuat persembahan Jumaat ini.
"Namun saya reda dan cuba menerima keadaan saya sekarang. Ikut kan hati memang nak sertai persembahan itu tetapi nak buat macam mana saya tak berupaya," katanya.

Selain Yazid, lawatan Karyawan yang disertai Presidennya, Datuk Freddie Fernandez itu turut menziarahi Datuk Yahya Sulung yang menghidap asma dan sakit jantung. Yahya ditempatkan di hospital yang sama dengan Yazid

Dalam lawatan itu Karyawan telah menyumbang masing-masing RM500 kepada dua artis itu.

Presiden Karyawan menyerahkan sumbangan kepada Yazid (Search)
Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan dan semangat kepada kedua-dua artis tersebut.

"Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban mereka selain ia sebagai sokongan dan semangat supaya mereka cepat sembuh.

"Bagaimanapun jika ada peminat yang ingin beri bantuan boleh salurkan kepada Karyawan. Kami juga sedang memikirkan sumbangan berterusan kepada mereka," katanya.

Datuk Yahya Sulong juga menerima sumbangan dari Karyawan

Sementara itu, isteri kepada Yahaya, Datin Alisah Ali,64, berkata, suaminya telah dimasukkan ke hospital itu pada 8 Oktober lalu.

"Penyakit dia sudah beransur baik dan saya minta peminat-peminat doakan kesejahteraan suami saya cepat sembuh,” katanya.





Shahz Jaszle Jelaskan Hubungan Cinta Dengan Maria Farida


PETALING JAYA: Pelakon kacak, Shahz Jaszle menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres jelita Maria Farida selepas gambar mereka yang dilihat agak mesra tersebar.
Shahz memberitahu hubungan mereka hanya sekadar rakan artis dan menganggap Maria Farida sebagai artis senior yang dikagumi.

"Saya dengan kak Maria tidak bercinta, saya kagum dan hormati dia sebagai rakan artis yang banyak pengalaman. Dia banyak beri tunjuk ajar dalam lakonan saya.
"Tentang gambar itu kami sekadar mengambilnya untuk suka-suka ketika di lokasi penggambaran, kami rapat kerana sering berlakon bersama iaitu dalam drama Asmara dan Bola Cinta baru-baru ini," katanya.

Shahz juga memberitahu gambar tersebut diletakkan pada profil telefon BlackBerry Messenger (BBM) miliknya tanpa sebarang niat atau memberitahu tentang sesuatu hubungan istimewa.
"Saya tak sangka ia boleh menjadi isu, saya fikir ini hanya sekadar suka-suka. Tentu dia marah jika dapat tahu berita tidak benar ini. Saya memang tidak ada apa-apa hubungan dengannya selain rakan kerja," katanya.

Dalam pada itu pelakon drama Asmara ini memberitahu dia gembira dengan sambutan penonton terhadap drama tersebut.
"Banyak maklum balas yang baik saya terima dari drama Asmara itu. Alhamdulillahlah rating juga semakin meningkat. Ramai juga yang panggil saya di luar dengan nama abang Asmara," jelasnya.
Dalam pada itu, Shahz memberitahu terpaksa memotong rambutnya untuk drama terbaru terbitan TV Hijrah. Dia bakal memegang watak seorang budak nakal yang baru pulang dari luar negara yang akhirnya insaf.
"Watak kali ini sedikit berbeza, saya seorang budak yang nakal baru pulang belajar dari luar negara. Memiliki sebuah keluarga yang kaya raya, namun kejadian demi kejadian dia mula insaf sehingga merubah dirinya menjadi seorang ustaz,

"Untuk drama 12 episod ini saya sudah memotong rambut, memang rasa sangat sayang sebab saya sudah biasa tampil dengan rambut panjang, tapi terpaksa kerana kerjaya," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Mistik Alam Hitam.






Katak terkecil di dunia ditemui


Pensyarah UNIMAS jumpa spesies unik di Taman Negara Kubah, Sarawak

KUCHING: Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya menemui spesies katak yang dipercayai terkecil di dunia berukuran antara 10.6 milimeter (mm) hingga 12.88mm ketika ekspedisinya di Taman Negara Kubah, Matang dekat sini.

Pensyarah yang juga penyelidik dari Institut Biodiversiti dan Perlindungan Alam Sekitar, Prof Dr Indraneil Das, menyifatkan penemuannya pada September 2004 itu adalah yang terbaru di dunia dengan katak berkenaan ketika ini dikenali dengan nama saintifik ‘microhyla nepenthicola’.

Secara perbandingan saiz spesies ini tidak sampai sebesar syiling 20 sen menjadikannya katak terkecil di dunia pernah ditemui di kawasan hutan hujan tropika termasuk di Hutan Hujan Amazon yang diakui sebagai mempunyai pelbagai spesies katak.

“Saya menemui spesies ini secara tidak sengaja selepas terdengar bunyi katak mengawan sebelum cuba menjejaknya, namun tidak menyangka apabila mendapati bunyi itu dikeluarkan katak yang saiznya terlalu kecil tetapi sebenarnya sudah cukup dewasa.

“Katak ini melengkapkan kitaran hidupnya dalam tempoh beberapa bulan saja, bertelur di atas daun, memberikan anak-anaknya makan dan hidup di kawasan sekitar yang sangat terhad sebelum mati,” katanya ketika ditemui di Unimas, semalam.

Beliau dibantu pembantunya, Dr Alexander Haas, kemudian terpaksa melakukan beberapa ekspedisi susulan bagi mengutip lebih banyak spesies itu sukar ditemui.
Pasukan penyelidik yang ditaja Yayasan Volkswagen itu kemudian terpaksa melakukan tugas penyelidikan berkaitan bidang biodiversiti sebelum menghasilkan jurnal berkaitan spesies katak berkenaan yang diterbitkan pada Ogos 2010.

“Setakat ini kami percaya spesies ini boleh ditemui di kawasan Pulau Borneo saja berikutan kelembapan tanah selain pokok Kerangas yang menjadi tempat habitatnya.

“Kita masih menunggu reaksi penyelidik antarabangsa sebaik jurnal mengenai penemuan ini diterbitkan ‘zootaxa’, namun setakat ini memang kami yakin ia spesies katak terkecil di dunia,” katanya.

Selain meneruskan kajian mengenai spesies katak ini, Dr Das dan Dr Hass sedang menyiapkan jurnal terbaru mereka bertajuk Spesies Katak Hilang yang dijangka diterbitkan dalam tempoh terdekat.





Budak melecur selepas minum tonik tenaga


Murid alami sindrom Steven Johnson terlepas duduki UPSR

PASIR PUTEH: Tindakan murid Tahun Enam mengambil ubat penahan sakit selepas minum tonik pemulih tenaga, nyaris mengundang maut apabila seluruh tubuhnya melecur hingga dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu selama 20 hari.

Kejadian malang menimpa murid Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki), Mohamad Shahrulnizam Ibrahim, itu berlaku selepas meminum sebotol tonik keluaran negara jiran yang dibeli di Pekan Takbai, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung kelahiran ibunya, Khatijah Mahyes, 42, di Pattani, Selatan Thailand untuk meraikan Aidilfitri pada 10 September lalu.

“Ketika singgah di Takbai, Shahrulnizam membeli sebotol tonik berharga RM1 dan meminumnya sebelum mengadu sakit kepala.

“Saya menyuruhnya tidur dalam kenderaan sehingga sampai di kampung jam 5 petang, sebelum memberinya pil kerana dia masih sakit kepala.

“Namun, keesokan pagi, mukanya sembab dan membengkak menyebabkan saya dan suami kembali ke rumah kami di Pasir Puteh sebelum merujuknya ke Hospital Tengku Anis (HTA.

“Anak saya dirujuk ke HRPZII apabila keadaannya serius dan mula melecur,” katanya ketika ditemui di Kampung Limbongan, di sini.
Khatijah berkata, seluruh badan anaknya kehitaman seperti terbakar selain melecur dan dipenuhi bintik menyebabkan dia ditahan untuk rawatan lanjut di HRPZII dan dibenarkan pulang pada 3 Oktober lalu.

Beliau berkata, doktor memaklumkan Shahrulnizam mengalami alahan sindrom Steven Johnson akibat tindak balas tonik itu dengan ubat penahan sakit kepala.

“Selama ini, kami sering minum tonik itu, tetapi tidak pernah mengalami kejadian seperti Shahrulnizam. Selain di negara jiran, minuman itu ada dijual di sekitar Bachok, Kok Lanas dan Rantau Panjang,” katanya.

Shahrulnizam berkata, beliau serik meminum tonik itu menyebabkannya terlepas menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 21 hingga 23 September lalu.

“Ketika peperiksaan itu, mata dan muka saya masih bengkak. Seorang Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh melawat di hospital memberi jaminan saya boleh menduduki ujian akhir untuk ke Tingkatan Satu, hujung Disember ini,” katanya.

“Walaupun dibenarkan pulang dari HRPZII, saya masih perlu menjalani rawatan susulan daripada pakar mata, kulit dan tekak berikutan masalah yang dialami itu,” katanya.





Obama ada pertalian saudara dengan Bush


NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mempunyai hubungan persaudaran dengan George W. Bush yang merupakan bekas Presiden AS, kata seorang ahli geneaologi di laman web Ancestry.com, Anastasia Tyler semalam.
Obama merupakan anggota Parti Demokrat manakala Bush yang melancarkan perang ke atas Iraq pada 2003 pula merupakan anggota Parti Republikan.
Anastasia mendedahkan, Obama dan Bush adalah sepupu ke-11 kerana mereka berkongsi poyang, Samuel Hinckley pada kurun ke-17.
Selain Bush, Obama turut mempunyai hubungan persaudaraan dengan seorang seteru politiknya iaitu bekas Gabenor Alaska, Sarah Palin.
Palin pernah dipilih menjadi calon Naib Presiden AS pada pilihan raya Presiden 2008 bagi menjadi regu calon Presiden AS daripada parti Republikan, John McCain.
Menurut Anastasia, Obama dan Palin merupakan sepupu ke-10 menerusi moyang yang sama bernama John Smith yang merupakan seorang peneroka awal AS pada kurun ke-17 di negeri Massachusetts.
Smith adalah menantu Hinckley.
Jelasnya, penemuan itu dibuat selepas mengkaji sejarah keturunan tokoh-tokoh berkenaan termasuk persamaan dalam nama keluarga dan lokasi tempat tinggal.





Dapat permata

BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam.

JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.

Lima daripada batu itu berwarna putih manakala dua lagi masing-masing berwarna biru dan hijau sebesar kira-kira duit syiling 20 sen.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.

Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.

Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.

Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya.

Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya.

Katanya, semua batu berkenaan kini disimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air Zam-Zam.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!