Sunday, October 17, 2010

Tolong lulu, boleh?

Benda ni dah lama nak buat..
Berharap sangat dapat buat..

Bila tengok blog orang lain, smart je ye letak banner untuk orang tampal kat blog (tujuan = promosi)
Teringin sangat nak buat.. Rasanya boleh lah lulu-pages ni lebih dikenali...ngee..


Tapi bila dah puas mencuba, warghhhhhh....peningnyaa....

Tak juga boleh..
Sekarang ni, banner dah ada.. Tapi coding bannernya pula belum ada..
Macam mana nak buat eh?

Hah yang ni..

Pun begitu, biarpun belum siap, rasanya banner ni dah ok kot?
Apa pendapat korang ye?











Ok itu 3 pages... Dan ini hasilnya...




Tolong eh..Ada gak tengok kat tutorial blog orang lain.. Tapi tak berapa faham lah...
Macam mana ni?






Bayar RM200,000 saya!

PELANGGARAN kontrak atau penipuan pembayaran membabitkan artis dengan pihak penganjur konsert, syarikat rakaman, penerbit mahupun pihak korporat seakan menjadi isu wajib dalam senario hiburan tanah air.

Julai lalu, kita pernah mendengar keluh resah sekumpulan pemuzik indie dan penyanyi solo membabitkan artis terkenal termasuk Ella, Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussain (MUH), May, Amuk, Radhi OAG dan Pesawat yang mendakwa menjadi mangsa penipuan penganjur konsert KL Music Fest 2010 yang berlangsung di pekarangan Menara Kuala Lumpur. Itu berhubung kisah penyanyi dengan penganjur konsert.
Lain pula halnya antara artis yang memeterai kontrak jurucakap produk atau duta barangan. Tidak terkecuali dalam kemelut ini ialah penyampai popular, Salih Yaacob.

Dakwa penyampai Sinar.FM itu, dia pernah mengikat kontrak sebagai jurucakap sebuah syarikat ais krim jenama tempatan, dari tahun 2008 hingga 2009. Malangnya, sejak tamat kontrak pada Ogos 2009, sehingga kini, bayaran berjumlah RM200,000 berupa baki kontrak itu masih belum dilunaskan syarikat terbabit.

Puas merayu disusuli banyak panggilan telefon berbalas pelbagai alasan, Salih tekad menuntut haknya diadili di mahkamah. Dia kesal dan kecewa kerana penganjur gagal memenuhi semua janji yang dipersetujui sebelum ini. Pihak syarikat itu yang dihubungi Sensasi Bintang bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Salih.

Kenapa sekarang baru mahu bertindak?

Tujuh bulan lepas saya pernah merayu dengan pihak syarikat terbabit. Ketika itu, tujuan saya bukan untuk bermewah-mewahan tetapi untuk meringankan bayaran perubatan rawatan penyakit kronik yang dihidapi anak bongsu saya. Farah Aqeesa menghidap leukemia yang memerlukan kos perubatan puluhan ribu ringgit. Saya bertindak bukan untuk diri sendiri memandangkan bayaran kos rawatan anak sudah dilangsaikan. Saya mahu membuka mata pihak lain, rasanya ramai lagi yang tertipu, bukan saya seorang.
Kenapa tidak bersemuka dengan pihak syarikat itu?

Saya dah hubungi mereka tetapi macam-macam hal. Dulu masa mahukan saya terima tawaran, mereka sanggup datang ke muka pintu rumah saya. Pujuk-rayu supaya terima tawaran tapi bila sudah habis kontrak, senyap. Dulu mereka kata mahu tolong orang Melayu untuk sama-sama berjaya, tapi begini jadinya.

Tindakan bagaimana hendak diambil, adakah saman?

Itu terpulang kepada peguam saya, ia masih dalam perbincangan. Kalau tidak tuntut bayaran itu, silap saya sebab termaktub dalam kontrak. Saya cuma mahu bertegas untuk dapatkan hak saya, tetapi bukan menagih simpati. Duit itu bukan lagi untuk saya tetapi saya ada kesedaran baru.
FARAH AQEESA masih menerima rawatan susulan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur

Kesedaran bagaimana?

Tiga bulan keluar masuk hospital, saya dan isteri yang semakin sakit tengok penderitaan anak dan kanak-kanak lain yang terlantar di hospital. Saya mahu duit RM200,000 itu untuk disumbangkan sebagai dana hospital untuk membiayai rawatan perubatan kanak-kanak yang datangnya daripada keluarga miskin, yang tak mampu membayar kos perubatan puluhan ribu ringgit. Saya terpanggil untuk beri sumbangan, sumbangan cara lain saya tak mampu, itu sahaja yang saya boleh buat.


P/S - Tak baik tipu orang macam ni.. Apa lagi bila orang tu dalam kesusahan...





Barat hasut benci Islam


Pengacara Fox News tuduh semua pengganas adalah Muslim

NEW YORK: Media dan tokoh Barat terus memandang serong agama Islam dan Muslim dengan mengeluarkan kenyataan menghasut kebencian terhadap penganutnya.

Dalam tempoh 48 jam lalu, dua pengacara stesen Fox News, Bill O’Reilly dan Brian Kilmeade, misalnya menghentam orang Islam dalam isu berkaitan pembinaan masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero.’

Ketika muncul dalam rancangan The View, O'Reilly mengisytiharkan ‘Muslim bunuh kita ketika 9/11, menyebabkan aktres Whoopi Goldberg dan Joy Behar keluar dari rancangan itu yang disiarkan secara langsung.

Ini diikuti Kilmeade ketika program Fox & Friends yang mengulas: “Ada kumpulan masyarakat tertentu menyerang kita pada 9/11. Bukan seorang saja tetapi satu agama. Tidak semua Muslim pengganas tetapi semua pengganas adalah Muslim,’ katanya.

O'Reilly berkata, ‘Muslim bunuh kita pada 9/11’ sebab itu tidak wajar membinanya dua blok daripada Pusat Dagangan Dunia menyebabkan Goldberg dan Behar keluar daripada rancangan itu dan hanya kembali selepas O'Reilly menyebut ‘pelampau Muslim.’

Laman web The Gothamist berpendapat, peri laku pengacara Fox sudah dijangka kerana ‘mungkin seseorang itu dibenarkan memburukkan orang Islam sesuka hati (di Amerika).’
Sementara itu, di Carolina Selatan, beberapa keping daging khinzir diletak di laluan masuk sebuah pusat Islam yang dianggap cubaan menghina dan mencetuskan kemarahan orang Islam.

Seorang pengasas pusat itu yang juga menjadi tempat beribadat, Mushtaq Hussain, mengulas: “Orang Islam tidak makan daging khinzir jadi ini satu usaha supaya masyarakat Muslim marah. Pihak bertanggungjawab cuba menghina kami.”

Orang Islam di Amerika bimbang selepas usaha membina masjid dekat Ground Zero dibantah hingga ada yang bertindak membakar al-Quran selain mengganggu jemaah masjid sebelum dan selepas sambutan ulang tahun ke-9 tragedi 9/11.

Di Doha, seorang ahli perundangan Perancis menyifatkan Britain kalah kepada pelampau Islam kerana gagal mengharamkan burqa, lapor akhbar.

Jacques Myard, anggota kanan Parti UMP pimpinan Presiden Nicolas Sarkozy, berkata dasar Britain yang ‘longgar’ membuka pintu kepada keganasan.

“Membenarkan wanita mengasingkan diri daripada masyarakat dengan memakai pakaian Islam yang menutup seluruh badan menyebabkan golongan radikal selesa dan Britain wajar sedar perkara ini. Ada sebab yang baik mengapa London digelar Londonistan. Ia penuh dengan pelampau Islam.”

Myard membuat ualasan itu kepada wartawan Britain di Qatar ketika mempertahankan keputusan negaranya mengharamkan burqa selepas menghadiri Debat Doha di Yayasan Qatar.





Laman Facebook untuk lelaki 100 isteri


NAIROBI: Ahli keluarga lelaki yang mengamalkan poligami terkemuka Kenya, Acentus Akuku memulakan laman sosial Facebook untuk saling berhubung dan mengumpulkan seramai mungkin daripada 100 anggota keluarga mereka bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau.

Dengan gelaran sebagai ‘Danger’ ramai wanita mendapati beliau seorang yang kacak. Akuku Dander berusia lewat 90-an apabila meninggal dunia akibat sakit tua awal bulan ini.

Beliau mengahwini lebih 100 wanita sepanjang hayatnya dan menjadi bapa kepada hampir 200 anak.

Kini seorang daripada cucu beliau, Nickson Mwanzo membuka laman sosial internet untuk mengumpul anak, cucu dan cicit Akuku supaya dapat berkumpul ketika pengebumian beliau yang dijadualkan Disember depan.

“Jika anda adalah keluarga Akuku sila sertai dan terangkan mengenai diri anda,” tulis Mwanzo.

Sehingga kini lebih 2,000 orang mengunjungi halaman terbabit tetapi bukan semua adalah ahli keluarga. Mwanzo memberitahu pemberita bahawa halaman ‘Keluarga Akuku Danger’ adalah tanda ingatan kepada lelaki terbabit.

Ucapan takziah turut diterima sejak kematian beliau. Satu daripada halaman Facebook yang dihantar mengatakan bahawa Akuku meninggalkan tanda berkekalan bukan hanya di kalangan keluarga tetapi juga seluruh dunia.
Akuku Danger disifatkan sebagai lagenda di Kenya. Beliau mengahwini isteri pertamanya pada 1939 dan isteri keduanya tidak lama selepas itu menjadikan ia sebagai seorang pengamal poligami ketika berusia 22 tahun.

Beliau hidup lama dengan 12 isterinya. Beliau berkahwin isteri terakhirnya pada 1992. Beliau mempunyai terlalu ramai anak sehingga Akuku menubuhkan dua sekolah rendah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada anaknya selain sebuah gereja untuk dihadiri keluarganya.

Sehingga hari ini sekolah terbabit masih lagi wujud.



 P/S - 100 tu...orang kita 1 jer dah sakit kepala..apalagi 4? Ini 100?....huhu respek..anak pun hampir 200..betul-betul kilang sperma. orang kita jangan TIRU eh..





Tarikh lahir ajaib



DETROIT - Dalam sebuah keluarga yang besar, agak sukar untuk seseorang ibu mengingati hari lahir setiap anggota keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam

Namun, bagi Barbara Soper, 36 dan suaminya Chad Soper , 33, di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS), tugas itu mudah berbanding kebanyakan keluarga lain.

Masakan tidak, anak bongsu mereka, Cearra lahir pada 10/10/10 manakala tarikh lahir abangnya, Cameron jatuh pada 09/09/09 diikuti oleh kakaknya, Chloe yang dilahirkan pada 08/08/08.

"Chloe adalah nombor bertuah lapan, Cameron nombor bertuah sembilan dan Cearra pula nombor bertuah sepuluh," kata Barbara mengenai tarikh lahir mereka.

Menurutnya, dia dan suaminya tidak merancang kelahiran anak-anak mereka manakala seorang profesor di Universiti California, Philip Stark berkata, kebarangkalian perkara itu berlaku adalah 1 dalam 2,500 kelahiran.




West Bromwich bikin United gigit jari


Manchester United mensia-siakan peluang untuk melonjak ke tangga kedua Liga Perdana England apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan West Bromwich Albion semalam.

Bodoh betul team menyu ni..bebagus dah leading boleh pula seri..

Pada aksi yang berlangsung di Old Trafford itu, skuad The Red Devils terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang muda Mexico, Javier Hernandez seawal minit kelima.

ni semua psl rooney..itulah, buat jer skandal..kan menyu yg kena sial nye..

Nani menambah derita West Bromwich apabila meledak gol kedua United pada minit ke-25, sekali gus meletakkan skuad kendalian Alex Ferguson itu selesa sehingga tamat babak pertama perlawanan.
Sebaik babak kedua bermula, West Bromwich dilihat tampil dengan aksi lebih kemas dan hasilnya mereka memperoleh gol pertama apabila tonggak pertahanan United, Patrice Evra menjaringkan gol sendiri pada minit ke-50.

ya..kami boleh mengalahkan menyu..sbb menyu dah lembik (scott carson-penjaga gol WBA)

West Bromwich tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Somen Tchoyi meledak gol lima minit kemudian.
Dengan keputusan seri itu, United masih kekal di tangga ketiga liga dengan hanya mengumpul 14 mata, empat dibelakang pendahulu, Chelsea.


Sementara itu, Arsenal memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman apabila berjaya mengutip tiga mata penuh selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Birmingham City di Emirates.
Begitupun, Birmingham terlebih dahulu mengejut tuan rumah apabila membuka tirai jaringan menerusi Nikola Zigic pada minit ke-33.

Tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, The Gunners kembali memperkemaskan jentera serangan mereka sebelum Samir Nasri meledak gol penyamaan hasil sepakan penalti yang diperoleh empat minit sebelum tamat babak pertama.

Nasib baik menang.. tak payah aku jd sewel mlm ni..huh

Marouane Chamakh menyelamatkan maruah The Gunners apabila dia menjaringkan gol kemenangan hanya selepas dua minit babak kedua bermula.
Di Craven Cottage, Tottenham Hotspur turut cemerlang selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Fulham sementara Bolton Wanderers menewaskan Stoke City 2-1 di Stadium Reebok.

Dua lagi perlawanan yang berlangsung semalam menyaksikan Newcastle United sekadar seri 2-2 dengan Wigan Athletic di St. James Park manakala Wolves seri 1-1 menentang West Ham United di Stadium Molineux.


P/S - Dan malang sungguh buat team aku - Chelsea.. sekadar seri jer mlm ni..Namun masih kekal sebagai pendahulu liga..Harap maklum..ngeee..

Apa boleh buat, mlm ni tak de rezeki..







Tiga beranak maut kemalangan

TIGA maut dalam kemalangan kereta Proton Saga yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 42.7 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Lahar, Lenggong semalam.

Kaki mangsa tersepit akibat nahas

LENGGONG: "Dia meronta-ronta atas riba bapanya... saya cuba menariknya keluar tetapi kakinya tersepit akibat nahas itu. Selepas lima minit, dia sudah tidak bergerak lagi.

Nada kesal bercampur sedih itu diluahkan Ketua Kampung Lenggong, Mohd Razli Ahmad, 56, yang juga orang terawal tiba di tempat nahas yang meragut tiga beranak termasuk kanak-kanak 4 tahun selepas dua kereta bertembung di Kilometer 42.7 Jalan Kuala Kangsar-Grik dekat Kampung Lahar, di sini, pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, empat yang lain turut cedera, termasuk tiga parah.

Mereka yang meninggal dunia ialah Mariah Ahmad, 61; anaknya, Abdul Lajis Zakaria, 42 dan Mohd Mukmin, 4, yang juga cucunya.

“Dia (Mohd Mukmin) masih hidup sewaktu saya sampai. Anak itu meronta-ronta atas riba bapanya (Mohd Lajis). Saya tidak terdaya menariknya kerana kakinya tersepit,” kata Mohd Razli, menceritakan detik cemas cuba menyelamatkan anak kecil yang tersepit bersama bapanya di tempat duduk depan sebelah pemandu.

Kereta Proton Saga itu dibawa suami Mariah, Zakaria Yasin, 67, yang parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar (HKK).
Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, berkata semua mangsa yang terbunuh dan tiga parah itu berasal dari Kampung Tembak A, Kuala Ketil, Kedah, yang menaiki satu kereta menuju ke arah Kuala Kangsar.

Satu lagi kereta Proton Wira dipandu oleh Tajul Khairi Muhamad, 22, pelajar Tahun Dua Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Pulau Rusa, Kuala Terengganu, seorang diri. Dia bagaimanapun hanya cedera ringan di dahi dan kaki kiri.

Mahad Nor berkata, kemalangan itu berlaku di jalan lurus kira-kira dua kilometer dari pekan Lenggong.

“Mariah yang duduk di tempat duduk belakang meninggal dunia di tempat kejadian manakala cucunya, Mohd Mukmin, mati sebelum sempat dibawa ke hospital. Abdul Lajis menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Kangsar tengah hari ini (semalam).

“Kemalangan itu menyebabkan kereta Proton Saga remuk di bahagian depan manakala Proton Wira pula remuk di bahagian depan sebelah kiri,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Grik untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dirawat di HKK.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Lenggong, Zainuddin Mohd Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.43 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama tujuh anggota berjaya mengeluarkan tiga mangsa tersepit dalam tempoh enam minit.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!