Friday, October 29, 2010

Peserta konvoi motosikal terbunuh ditempuh


IPOH – Seorang peniaga yang menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi terbunuh apabila dirempuh rakan, selepas jentera yang dipacunya terbabas akibat bergesel dengan sebuah lori di Km 262.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Terowong Menora, di sini hari ini.
Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab berkata, Robert Lim Boon Huat, 52 dari Taman Desa, Kuala Lumpur maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Rakannya yang dikenali Cheng Teng Siong, 38, dari Puchong, Selangor hanya cedera ringan dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut, Mohd Rodzi berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang berada di hadapan Boon Huat secara tiba-tiba memasuki laluan memotong di sebelah kanan.
Ia menyebabkan motosikal yang ditunggang Boon Huat bergesel dengan lori itu sebelum terjatuh, manakala Teng Siong yang mengekori tidak sempat mengelak dan merempuh Boon Huat, katanya.






Badan Berisi, Raja Farah Salahkan Baju


Pelakon Raja Farah23, yang dikatakan semakin “comel” ketika muncul dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) Ahad lalu menyalahkan pakaian yang dipakai apabila susuk tubuhnya yang semakin berisi diperkatakan orang.
Katanya, pakaian rekaan Ezuwan Ismail yang berwarna merah jambu itu tidak begitu sesuai dengannya sehingga perkara tersebut menjadi perbualan ramai.
“Pakaian yang dibuat untuk saya itu menampakkan saya lebih berisi. Ramai yang jumpa saya secara realiti memberitahu badan saya tidak seperti yang mereka lihat di televisyen,” katanya kepada mStar Online, Khamis.
Bagaimanapun kata wanita berusia 23 tahun ini, dia menyedari badannya semakin naik sejak kebelakangan ini tetapi imejnya di dalam televisyen ketika memakai pakaian tersebut bukanlah dirinya yang sebenar.
“Saya juga sedih dengan perkara ini tetapi saya malas nak fikir tentang pandangan orang tentang saya itu. Saya sedang untuk berada di depan kamera televisyen memerlukan saya lebih kecil daripada apa yang penonton lihat,” ujarnya.
Tidak menyalahkan pereka fesyen berkenaan, katanya, pakaian tersebut mungkin dibuat secara tergesa-gesa.
Tambah Raja Farah lagi, perkembangan itu turut membuatkan pihak produksi Kau Dan Aku turut menasihatkannya agar menurunkan berat badan.
Sehubungan itu kata Raja Farah dia sedang berusaha ke arah itu sebelum melangsungkan perkahwinannya pada 12 November depan dengan Megat Andika,25.
"Jika diikutkan badan saya dulu lebih berisi dari sekarang. Tapi saya tidak pernah timbang berapa beratnya. Saya mengukur keadaan badan saya dari pakaian yang saya pakai,” katanya.
Dalam pada itu, Farah memberitahu dia kini terlalu sibuk dengan persiapan perkahwinannya.
Selepas selesai drama Kau dan Aku Raja Farah akan berehat sebentar dan tumpukan pada persiapan untuk hari bahagia itu.
Sementara itu, Ezuwan Ismail ketika dihubungi memberitahu mengambil masa sehari untuk menyiapkan pakaiahn itu.
Katanya, tempoh masa yang diberikan itu menjadikan pakaian berkenaan agak kurang sesuai digayakan oleh Raja Farah.
"Saya tidak salahkan dia jika dia menyalahkan baju tersebut. Kami hanya berkesempatan untuk berjumpa dan saya mengambil ukurannya semasa malam latihan FFM23 iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis tersebut.
"Sebagai pereka fesyen saya juga mahu dia nampak cantik ketika mengayakan baju itu, tapi malangnya kami tidak ada masa untuk mencuba dan baikinya," katanya.
Ezuwan bagaimanapun menganggap perkara tersebut sebagai salah satu pengajaran baginya agar lebih berhati-hati selepas ini.





Lelaki miliki mulut paling lebar


ROM, Itali - Seorang lelaki, Francisco Domingo Joaquim dapat memuatkan satu tin minuman ringan di dalam mulutnya, lapor sebuah akhbar semalam. Joaquim yang berasal dari Angola memiliki mulut selebar 17 sentimeter sekali gus namanya dicatatkan dalam Guinness World of Records.
Bakat Joaquim yang dikenali sebagai Chiquinho itu ditemui oleh beberapa penyelidik Guinness Book of World Records yang mencarinya menerusi laman YouTube di internet.
Selepas dua tahun mencarinya, para penyelidik itu dapat berjumpa dengannya di bandar kelahirannya di Angola.
Sejak itu, Joaquim yang berusia 20 tahun menjadi popular di Internet dengan videonya dilihat ribuan kali.
Joaquim menyatakan, mimpinya menjadi kenyataan apabila dia diberikan penghormatan oleh Guinness Book of World Records yang mencatatkan namanya sebagai pemegang rekod dunia kerana memiliki mulut paling lebar.





Ular paling panjang di zoo mati


COLUMBUS, Ohio - Seekor ular sawa yang paling panjang di Zoo Columbus di sini ditemui mati pada pagi kelmarin kerana menghidap tumor.
Haiwan sepanjang 7.3 meter yang diberi nama Fluffy dan seberat 136 kilogram itu disenaraikan dalam Guinness World of Records sebagai ular paling panjang pernah tinggal dalam zoo.
Ular berusia 18 tahun itu berjaya menarik minat kehadiran ramai pengunjung di zoo tersebut sejak ia dipamerkan pada 2007.
Ular sawa paling panjang yang pernah direkodkan ialah sepanjang 9.9 meter yang mati dibunuh pada 1912 di Indonesia.





Nia Ramadhani tukar nama


JAKARTA: Aktres Nia Ramadhani sudah bertukar nama secara rasmi, semalam. Nama baru Nia kini ialah Ramadhania Ardiansyah Bakrie.
Acara penukaran nama pelakon itu dilakukan di mahkamah negeri di Jakarta Pusat dan dikendalikan hakim Supradja SH. “Prosesnya tidak lama kerana minggu lalu semua dokumen diperlukan dan saksi sudah dikemukakan. Hari ini hanya agenda pembacaan penukaran nama,” kata Supradja ketika ditemui di mahkamah negeri Jakarta Pusat, semalam.

Selepas penetapan nama di mahkamah, bintang sinetron ‘Bawang Merah Bawang Putih’ itu perlu mendaftarkan nama barunya ke Pusat Pedaftaran Sivil dan secara rasmi pelakon itu akan bergelar Ramadhania Ardiansyah Bakrie. Bagaimanapun, dalam sidang pembacaan nama, Nia tidak hadir dan hanya diwakili ibunya, Chanty Mercia yang menyerahkan semua dokumen diperlukan untuk proses penukaran nama itu. Chanty yang mewakili Nia turut menjadi saksi untuk anaknya, selain kakak Nia iaitu Thalita.

Nia mengusulkan permohonan untuk menukar nama pada 30 September lalu. Pada awalnya dia ingin menambah nama Bakrie saja. “Pada awalnya Nia hanya mahu menambah nama Bakrie tetapi saya tidak setuju. Saya mencadangkan dia meletakkan nama suami di belakang namanya,” jelas Supradja.





Wah dah boleh....adeh

Ehem........... Jom entry tengah malam lagi.. Setelah lebih 2 minggu berusaha..

Tarik nafas...Tarik nafas... eh pakai spek dulu...


Wah tak terang pulak..
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!