Thursday, December 9, 2010

Kereta jatuh gaung dekat Pagoh

USUNG...anggota polis mengangkat mayat seorang daripada mangsa yang terbabit dalam kemalangan di KM 124.6 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Pagoh.

BATU PAHAT: “Kemalangan ini hampir sama dengan apa yang berlaku pada ibu bapa arwah apabila kereta mereka naiki terbabas ke dalam gaung berhampiran Jalan Pedas-Senawang, Negeri Sembilan dua tahun lalu,” kata ibu saudara mangsa kemalangan maut, Sulaiman Besah@Kitam, 46.

Dalam kemalangan dua tahun lalu, Kitam Ali dan Siti Aminah Abu Bakar yang berusia lingkungan 70-an, cedera ringan, namun ternyata nasib tidak menyebelahi anak mereka, Sulaiman, yang meninggal dunia dalam kemalangan di kilometer 124.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Pagoh, dekat sini, pagi semalam.

Ibu saudara Sulaiman berusia 50-an yang enggan dikenali itu berkata, mangsa anak kedua daripada 10 beradik dan kejadian itu adalah kematian pertama dalam keluarga mereka.

“Siapa sangka, biasanya orang berkata yang tua akan pergi dulu tetapi dalam hal ini, anak pula meninggal dunia sedangkan ibu bapanya yang sudah berusia lanjut masih hidup,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Batu Pahat di sini, semalam.

“Apa pun, kami sekeluarga reda dengan kejadian ini dan percaya setiap kejadian mempunyai hikmahnya,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Batu Pahat di sini, semalam.

Sepupu arwah, Mohd Hafiz Mohd Idris, 29, berkata ketiga-tiga mangsa adalah teman sekerja di sebuah syarikat perunding teknologi maklumat serta komunikasi dan mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru atas urusan kerja.

“Saya sendiri tidak tahu secara khusus tetapi difahamkan arwah dalam perjalanan ke Johor Bahru membuat pembentangan kertas kerja berkaitan perniagaan,” katanya.

“Sebelum Zuhur, saya dihubungi seorang saudara dari Kuala Lumpur meminta saya membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa sama ada betul atau tidak arwah terbabit dalam kemalangan kerana dia mendapat tahu mengenai kejadian itu tetapi tidak pasti kesahihannya.


“Sebaik menerima panggilan itu, saya membuat pemeriksaan di Hospital Batu Pahat dan mendapat pengesahan kemalangan yang menimpa arwah,” katanya.

Menurutnya, arwah Sulaiman baru saja pulang dari menunaikan haji pada 1 Disember lalu dan sebelum ini arwah banyak menceritakan pengalamannya di Tanah Suci sekembalinya ke tanah air.

Katanya, jenazah arwah dijangka dikebumikan di kampung asalnya di Sungai Tongkang, Rengit, selepas selesai semua urusan tuntutan jenazah.

Sementara itu di Petaling Jaya, anak kedua kepada seorang lagi mangsa, Azam Md Fu’at mengatakan ayahnya, Md Fu’at Ahmad ke Johor atas urusan perniagaan bersama rakan niaganya dan seorang pekerja.

Menurutnya, keluarga mendapat tahu mengenai kemalangan itu kira-kira jam 1 petang.

Menurut polis, kemungkinan kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas.

“Kami sendiri masih tidak tahu punca sebenar kejadian kerana tiada saksi ketika itu,” katanya.

Katanya, urusan menuntut jenazah ayah dilakukan oleh saudara mara di Johor dan selepas bedah siasat selesai lebih kurang jam 7 malam, mereka bertolak dari Hospital Batu Pahat ke Kelana Jaya.

“Jenazah ayah akan dikebumikan di kampung bapa saudara di Kajang, Selangor,” katanya.




.

Kampung di Tawau dilanda banjir lagi


TAWAU: Setiap kali hujan lebat, Kampung Pasir Putih di sini dilanda banjir, dan yang terbaru berlaku awal hari ini.

Hujan lebat semalam menyebabkan kampung itu dinaiki air sehingga 1.5 meter pada 3 pagi tadi.

Seorang penduduk, Asis Badde, 55, merayu agar kerajaan segera mengambil langkah menyelesaikan masalah yang sering berlaku itu.

"Mujurlah rumah saya di kawasan tinggi, jika tidak barang-barang kami akan musnah," katanya.

Tinjauan mendapati beberapa penduduk sibuk membersihkan lumpur di rumah masing-masing.




.

Mata lebam bos F1 jadi iklan


Bos siri perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone yang berusia 80 tahun muncul dalam iklan jam tangan Hublot dengan menampilkan mata kanannya yang lebam, lapor sebuah akhbar semalam.

Matanya menjadi lebam selepas dia diserang dalam satu kes rompakan melibatkan empat lelaki di luar pejabatnya di sini pada bulan lalu manakala jam tangan Hublot bernilai £200,000 (RM992,559) itu turut dilarikan.

Dalam serangan itu, perompak tersebut juga merampas barangan kemas milik kekasih Ecclestone, Fabiana Flosi.

Bos perlumbaan itu yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai £2 bilion (RM9.92 bilion) telah ditendang oleh perompak berkenaan.

Namun, Ecclestone menghubungi pihak pengurusan jenama jam tangan rasmi untuk F1, Hublot dan mencadangkan supaya gambar matanya yang lebam digunakan dalam poster iklan jam tangan itu.

"Saya menghubungi mereka dan mencadangkan ini (matanya yang lebam) sebagai peluang untuk melakukan sesuatu yang berbeza," katanya.

"Saya memahami terdapat orang yang mahu merompak saya kerana mereka miskin. Mereka mahu sesuatu untuk diberikan kepada anak mereka ekoran sambutan Krismas yang akan datang. Namun, apa yang mereka lakukan itu tidak wajar," tambahnya.

Iklan itu mempunyai barisan ayat yang bermaksud terdapat orang yang sanggup melakukan keganasan untuk mendapatkan jam tangan Hublot.




.

Buku paling mahal dilelong RM36.23 juta


LONDON - Sebuah buku dilelong malam kelmarin pada harga £7.3 juta (RM36.23 juta) yang merupakan paling mahal di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.


Buku yang dihasilkan pada abad ke-19 itu merupakan naskhah John James Audubon berjudul Bird of America.


Ia dilelong oleh Rumah Lelongan Sotheby's manakala identiti pembelinya tidak diumumkan.


Buku itu mengandungi 435 lukisan tangan yang berwarna dan dianggap sebagai koleksi penting hidupan liar Amerika Syarikat.


Audubon menghasilkan buku yang berukuran 90 sentimeter kali 60 sentimeter kerana dia mahu melukis hidupan liar dalam bentuk saiz sebenar.






.

Biopolymath Safi Balqis Perfect 10 giveaway!

Lulu dijemput untuk ikut contest ni..
Terima kasih buat Biopolymath [KLIK SINI]



~why halal skincare products are important to you~
Sebagai orang islam, peranan produk halal sangat penting bagi seseorang Muslim. Terdapat banyak ayat Quran dan hadis Rasulullah s.a.w yang membawa perhatian insan kepada dirinya sendiri dan mengajaknya untuk mendalami dengan teliti tentang diri, jiwa, dan fitrah perhubungan antara diri dengan jiwa. Oleh hal demikian itu, seseorang akan mendapat bukti yang kukuh tentang kewujudan dan keesaan Allah yang tidak menciptakan segala makhuluk di langit dan di bumi tanpa sebarang tujuan sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran yang bermaksudd, “Tuhan kami! Engkau tidak menciptakan (semua) ini tanpa sebarang tujuan.” (Ali-Imran: 191)

Oleh sebab itu, amatlah penting bagi seseorang memastikan dirinya dijaga dengan baik dan sihat supaya hati dan jiwanya akan turut sihat dan dapat membantu Muslim itu untuk mengabdikan dirinya fizikal dan spiritual kepada Allah. Oleh hal yang demikian, pemakanan dan pemakaian produk halal memainkan peranan yang sangat penting untuk mencapai tujuan tersebut. Dengan alasan ini, Islam telah mengharamkan sesetengah makanan disebabkan kesannya yang buruk kepada manusia dan membenarkan segala bahan makanan yang suci, baik dan bersih. Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu beriman.” (al-Baqarah: 172)


Ok...Itu jawapan lulu..
Diharap pihak penganjur berpuas hati dan dapatlah saya memenangi hadiah itu..
ngee..TQ..




.

Jutawan barang tiruan


Seorang lelaki yang meraih lebih sejuta paun dengan menjual pakaian tiruan menerusi eBay menangis selepas dia dihukum penjara 21 bulan, semalam.

Amit Sharma memiliki pelbagai kereta mewah, termasuk sebuah Lamborghini berharga 120,000 (RM600,000) dan beberapa rumah hasil daripada kegiatannya.

Dengan menggunakan 30 nama akaun berlainan dalam eBay untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa, dia akan membeli sejumlah besar barang tiruan dengan jenama mahal, termasuk Diesel, Abercrombie dan Fitch dan menjualnya kepada pelanggan.
Barangan tiruan yang berharga 235 jika tulen, dijual dengan harga 40 menerusi eBay.


Penyiasat, menerusi eBay dan Paypal, mendapati Amit memperoleh pendapatan lebih 1.1 juta ((RM5.5 juta) dalam masa empat tahun.

Kegiatan bapa dua anak itu mula terbongkar tiga tahun lalu apabila sebuah syarikat kurier melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai bungkusan dari China yang dihantar ke rumah Amit di Sale, Manchester.

Pegawai yang sebelum ini menerima beberapa aduan daripada orang awam, menyerbu kediaman itu pada 14 Februari 2007 dan merampas bungkusan berkenaan.

Ia sepatutnya mengandungi tiang logam tetapi di dalamnya ialah jean Diesel tiruan.
Pegawai turut merampas komputer dari rumah itu dan memulakan siasatan.

Amit mendakwa pakaian itu datang dari sebuah syarikat di Amerika tetapi gagal membuktikannya.


Ketika ditangkap, sebuah Cadilllac Escalade, Mercedes S55 dan sebuah Volvo berada di perkarangan rumahnya.

Penyiasat juga mendapati dia memiliki sebuah Lamborghini Murcielago, Mercedes S320, BMW X5, BMW 540i, sebuah Land Rover dan juga sebuah van Ford Transit.

Ketika disoal siasat selama hampir dua jam, Amir enggan menjawab soalan sebaliknya membaca kenyataan yang disediakan lebih awal, mendakwa dia ahli perniagaan yang sah.




.

abc's 1st contest!


Panganjur adalah AkuBersamaCahaya ABC.
Sila klik pada banner untuk lebih detail mengenai contest ini..yeah..

So, lulu teka, ada 84 biji karipap dalam gambar tu..
eheh..naik pening kira..entah betul ke tak..
Yang buat sukar tu, adalah gambar tak berapa jelas jika di zoom..
ekekek...

3 perkataan buat blog ABC..
Ceria, hijau dan santai..


Lulu nak tag 3 orang..




.

Doktor terkenal mati dibunuh


Penduduk di sini gempar apabila seorang doktor terkenal di daerah ini ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di rumahnya di Taman Bunga Tulip di sini hari ini.
Dr. Lim Tow Kiat, 49, yang bertugas di sebuah klinik swasta terkenal di sini dipercayai dibunuh kira-kira lapan jam sebelum mayatnya ditemui oleh rakannya yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam.

"Kita percaya mangsa dibunuh oleh orang yang dikenalinya. Ini kerana kita dapati tiada kesan masuk ke dalam rumah secara paksa pada pagar atau pintu rumah mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Ibrahim berkata, ketika ditemui, mayat mangsa berada dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kakinya terikat longgar.
Menurutnya, polis percaya mangsa dibunuh lebih kurang lapan jam sebelum mayatnya ditemui memandangkan keadaan darahnya yang sudah kering.

Setakat ini, kata beliau, pembunuhan tersebut dipercayai bermotif dendam dan salah faham antara mangsa dan suspek.

Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar dan jumlah suspek yang terlibat.

Katanya, kamera litar tertutup di rumah mangsa juga akan diteliti oleh pihak polis dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ibrahim turut meminta masyarakat di daerah ini supaya tidak panik kerana kes ini tidak mempunyai kaitan dengan beberapa kes rompak dan ikat yang berlaku sebelum ini.




.

Jumpa ular cedera dekat Penjara Pudu


Seekor ular sawa sepanjang hampir lima meter dan seberat lebih 100 kilogram ditangkap sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di tinggalan bangunan Penjara Pudu, di sini, pagi semalam.
Jurucakap JPAM berkata, ular itu dikesan selepas berlengkar di atas pagar tembok bekas penjara berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.
Menurutnya, ular itu yang dipercayai berusia lebih 20 tahun ditemui sekumpulan pekerja buruh yang bertugas di tapak binaan berhampiran penjara berkenaan.

“Tiga anggota yang tiba ke lokasi kejadian mengambil masa hampir 30 minit untuk menangkap reptilia itu,” katanya.
Menurutnya, ular itu keluar dari sarang persembunyiannya akibat kelaparan berdasarkan keadaannya yang lemah dan tidak terlalu agresif ketika ditangkap.

“Malah ketika ditemui, sebahagian daripada ekor ular itu putus dan cedera berkemungkinan akibat bergelut dengan haiwan lain. Sebaik diikat pada mulutnya, ular itu dimasukkan ke dalam guni,” katanya.

Menurutnya, ular sawa itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut kira-kira jam 11.30 pagi.




.

Shila Jadi Jurucakap Safi Balqis


Penyanyi Shila Amzah menjadikan produk Safi Balqis Perfect 10 sebagai satu langkah untuk dia melakukan transisi melangkah ke alam dewasa.

Jelasnya, selama 10 tahun berada dalam industri seni dengan membawakan perwatakkan keremajaan, dia mahu melangkah ke satu tahap baru terutamanya dari segi perubahan imej.
"Saya sudah lama mencari masa yang sesuai untuk tukar imej menjadi lebih dewasa.

"Justeru tawaran menjadi duta produk Safi Balqis yang datang ini bertepatan dengan masanya. Jika tiada tawaran iklan saya berhajat untuk mengubah imej kewanitaan bermula tahun depan," katanya ketika ditemui di Majlis Perlancaran Duta Terbaru Safi Balqis, di sini, Rabu.

Tambah Shila, selain itu ia bertepatan dengan konsep album solo keduanya yang bakal keluar pada tahun depan.

"Perubahan ini juga adalah kerana konsep album kedua saya yang bakal keluar tahun depan dan album Tiga Suara bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor," katanya.

Penyanyi berusia 20 tahun ini juga memberitahu tidak mahu dikenali sebagai Shila OIAM tetapi Shila Amzah.
"Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya bawa nama bapa saya dan tidak dikenali lagi sebagai Shila OIAM.

"Lagi pula dah dua tahun rasanya menggunakan nama itu. Dulu saya tidakberapa dikenali dan terpaksa menggunakan nama tersebut untuk lebih dikenali," ujarnya yang lahir dari sebuah program realiti nyanyian One In A Million.

Jelas Shila, bagi menyambut tahun baru 2011 yang akan datang ini dia mahu kerjayanya lebih berkembang dan tidak hanya dikenali sebagai artis iklan semata-mata.

"Tahun baru nanti banyak perancangan yang telah diatur, selain menjadi duta produk, saya juga tidak sabar menantikan album kedua dan album Tiga Suara.

"Malah saya juga dalam perancangan untuk melanjutkan pelajaran saya di salah sebuah kolej di sini," ujarnya.




.

Majikan cemburu punca dibunuh

PEMBANTU rumah warga Indonesia dibawa keluar setelah diperintah ditahan reman di Mahkamah Majistret Pasir Mas

PASIR MAS – Polis percaya perasaan cemburu majikan terhadap pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka sebelum mangsa dibunuh di rumahnya di Kampung Lubok Tapah di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mangsa, Yeap Seok Pen, 60, dipercayai mengesyaki pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Faridah, 21, mempunyai hubungan sulit dengan suaminya yang berusia 64 tahun.

“Walaupun suspek sebelum ini dilihat malas bekerja, tetapi suami mangsa tetap memberi layanan baik dan mangsa cemburu dengan sikap suaminya itu,” katanya di sini semalam.Kosmo! semalam melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh majikannya, seorang warga emas sebelum melarikan diri di Kampung Lubok Tapah.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa yang juga menghidap Parkinson dipercayai telah bertengkar mulut dengan pembantu rumahnya itu.

Tambahnya, suspek yang dipercayai tidak tahan dengan sikap mangsa lalu mengambil sebilah pisau dan menikam mangsa bertubi-tubi di muka.


P/S - Berita ini adalah kesinambungan berita semalam [KLIK SINI]



.

Ijoy Terkena Demam Denggi


Pelakon Ijoy Azahari, 36, dimasukkan ke Hospital Gleanegles, Ampang, Kuala Lumpur, sejak Ahad lalu kerana dijangkiti demam denggi.

Ijoy berkata bahawa dia dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis (hari ini).

“Saya dimasukkan ke hospital kerana disahkan mendapat demam denggi setelah menjalani ujian darah pada Ahad lalu.

“Pada mulanya, saya ingatkan hanya demam biasa tetapi setelah mendapat tahu saya dijangkiti denggi, saya agak terkejut. Bagaimanapun, doktor mengesahkan ia hanyalah denggi biasa,” kata Ijoy.

Tambahnya: “Saya tidak pasti bagaimana saya dijangkiti denggi. Yang pasti, badan saya mula berasa tidak selesa dan lemah sejak 1 Disember lalu. Selepas itu, saya terus demam.”

Namun begitu, doktor menasihatkan Ijoy untuk berehat selama seminggu sebelum memulakan karier seni seperti biasa.

Suami aktres Sharifah Shahira ini turut memberitahu terpaksa menangguhkan penggambaran drama Di Mana Isteriku buat masa ini.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!