Monday, December 20, 2010

Shahir Tidak Muncul Dalam Konsert Ria 2010


Selepas beberapa kontroversi yang membabitkan bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 20, yang dikatakan sering tidak muncul daripada sebarang majlis atau acara persembahan yang membabitkannya, kini sekali lagi Shahir tidak hadir pada Konsert Ria 2010 yang diadakan di I-City, Shah Alam, Ahad.

Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, Shahir memberikan alasan tidak sihat dan mereka terpaksa akur dengan alasan tersebut.

"Saya tak boleh nak jawab tentang isu ini dan saya hanya tahu Shahir tidak dapat hadir menjayakan konsert ini kerana dia tak sihat.

"Berita ini disampaikan sendiri oleh pihak pengurusannya, Astro Entertainment Sdn.Bhd (AESB).
"Mengenai masalah Shahir yang dikatakan tidak berdisiplin seperti yang diwar-warkan sebelum ini, saya tidak boleh masuk campur," katanya pada konsert tersebut.

Sebelum ini, Shahir dikatakan mula buat hal apabila kerap kali mungkir janji dan membatalkan sesi fotografi di saat-saat akhir.
Kemudian, Shahir turut tidak hadir pada sidang media Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dan penyanyi itu gagal dihubungi.

Kerana hal itu, pihak produksi akan membuat perancangan lain (plan B) jika Shahir berterusan buat hal.
Sementara itu, Konsert Ria 2010 itu diadakan bersempena dengan penutupan tirai tahun 2010 dan penghargaan buat penonton yang memberikan pencapaian buat stesen Astro Ria.

Dengan jumlah penonton seramai 25,000 orang, konsert tersebut dihiburkan dengan barisan penyanyi yang hebat yang antaranya seperti Mawi, Hafiz, AC Mizal, M.Nasir, Anuar Zain, Black, Meet Uncle Hussein, Aizat, Stacy, One Nation Emcee, Misha Omar, Datuk David Arumugam, Project Pistol, Saleem, Adira serta kumpulan Ahmad Dhani, T.R.I.A.D dan The Lucky Laki yang dibawakan khas dari negara seberang.

"Penganjuran konsert ini merupakan platform terbaik bagi pihak AESN dan Astro Ria sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu yang diberikan penonton-penonton kami.

"Ia juga dapat menambahkan semangat kami untuk terus mengorak langkah dalam menyediakan program-progran terbaik yang bersifat interaktif.

"Menerusi konsert ini juga, pihak kami cuba mengembalikan kenangan penonton terhadap kegemilangan program-program terbaik yang diterbitkan pada tahun ini seperti Akaemi fantasia 8, Kau Dan Aku, Mari Menari, Raja Lawak, Anda Ada 60 Saat serta Kamilah Bintang.
"Saya harap, pihak kami akan memberikan hidangan program yang terbaik pada tahun depan," kata Azlin.

Pada malam itu, kehadiran krew Era FM, Sinar FM, THR Gegar dan XFM yang juga merupakan radio rasmi konsert tersebut.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyaksikan Konsert Ria 2010, ia akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria pada 1 januari 2011, pukul 9 malam.




.

Special buat Nini D..........

 
Dia sudah kira otai pembaca setia lulu-pages..
Dia yang selalu happy...
Dia yang selalu tersenyum....
yeah..................

Entry istimewa buat follower bertuah....
Kali ni, kita intai siapakah insan bernama.............


Memula blog lulu-pages ni,
lulu bukan terbiasa dengan makbed sorang.. 
Hah, nini d juga dah sangatt biasa...
Asal buka blog, 
Ni 2 blog antara yang tak pernah ketinggalan lulu ikuti..

Nini dan anaknya, Afif

Apa yang menariknya pada blog mereka?
Eh korang, jgn tak tahu...
Bukan tangan jer yang boleh tarik kita tau... 
Eheh...Blog mereka memang best..
(tgl kan makbed..kita cerita mengenai nini dulu..ngee)


Bagi lulu, blog nini best sebab, 
lulu suka bila nini ketengahkan kehidupannya sebagai
seorang isteri...
ibu..
'pentadbir rumahtangga'..
pemilik dobot..(apa tu dobot?ngee)

Inilah DOBOT



dan...
paling best adalah hobi mereka sekeluarga yang suka bercucuk tanam...








Hari tu, nini ada anjurkan contest..
whoaa rugi korang tak ikut..
oleh kerana kurang sambutan,
nini dan hubby buat keputusan untuk beri semua peserta hadiah....
Eheh, bertuah...
(Nini, barang dah sampai pagi tadi...mekasih..)


P/S - Dear Nini, semoga selalu berbahagia dengan keluarga tercinta...
Semoga maju jaya dalam dunia blog.....
Semoga silaturrahim antara kita kekal sampai bila-bila...
(Entry ini kekal disini berjam-jam..yeah..)


Jom terjah blog NINI D.. 
(Credit NINI D untuk gambar dalam entry ini..)





26 terbunuh kemalangan bas pelancong


IPOH – Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di KM 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, seramai 22 orang mati di tempat kejadian, manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya, bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai, manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.


Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Zakaria berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.




.

Once Tarik Diri Dari Dewa 19


Vokalis kumpulan Dewa 19, Once atau nama sebenarnya Elfondra Mekel, disahkan telah mengundur diri daripada kumpulan itu secara rasminya sejak seminggu lalu menerusi surat perletakan jawatan yang diberikan kepada setiap ahli-ahlinya.

Berita eksklusif yang diterima oleh media Malaysia itu disahkan sendiri oleh salah seorang ahlinya sendiri iaitu Ahmad Dhani yang hadir ke Malaysia untuk mengadakan persembahan bersama T.R.I.A.D pada Konsert Ria 2010 yang diadakan di I-City, Shah Alam, Ahad.

Menurut Dhani, dalam kandungan surat perletakan jawatan tersebut, Once memberi alasan bahawa dia agak 'jenuh' dengan kumpulan tersebut dan ingin fokus dengan projek solonya selepas ini.

"Sebenarnya sudah lapan bulan kami tidak bercakap dan kali terakhir kami membuat persembahan bersama ialah pada Ogos lalu.


"Sepanjang lapan bulan itu, kami sekadar bekerja secara profesional dimana bila di belakang pentas, kami duduk berasingan, tetapi bila di atas pentas, kami membuat persembahan bersama.

"Kami harap dia berjaya di masa akan datang nanti. Lagipun, album solonya sebelum ini sukses.
"Apapun, kami percaya pasti ada peminat yang kecewa dengan hal ini. Buat masa ini juga kami belum ada calon-calon yang sesuai untuk menggantikan Once.

"Bukan senang untuk kita mendapatkan pengganti baru. Yang pasti, kami akan cari yang muda menerusi pencarian bakat baru yang akan dibuat melalui program realiti TV di Indonesia. Kemungkinan besar juga kami akan mendapatkan kerjasama daripada pihak stesen televisyen Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, tambah Dhani, dia tidak kisah dengan keluar masuk ahli dalam kumpulan itu kerana menganggap Dewa 19 sebagai tempat untuk ahli-ahlinya berhibur dan tidak dijadikan sebagai pendapatan tetap memandangkan masing-masing mempunyai projek tersendiri termasuklah Dhani yang juga mempunyai band sendiri iaitu T.R.I.A.D (The Rock Indonesia Ahmad Dhani).

Sementara itu, bertanyakan pula tentang gosip yang membabitkan kekasihnya, Mulan Jameela yang dikatakan mengandung itu, Dhani enggan memberi komen dengan memberi jawapan bersahaja: "Saya tak mahu komen. Mulan sedang berada di Jakarta."

Pada malam Konsert Ria itu, Dhani membuat persembahan bersama anak-anaknya, kumpulan The Lucky Laki menerusi lagu Munajat cinta. Manakala persembahan bersama T.R.I.A.D pula Dhani membawakan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi, Madu Tiga, Pangeran Cinta, Sedang Ingin Bercinta, Aku Cinta Kau dan Selir Hati.





.

"jom join ; BLOGLIST SHARA 2011"


Eheh, 1st time buka blog Shara ni..
Biasa tengok kat blog org, memana ada jer tau banner dia..
So kreatif tau banner tu...

Lulu nak join bloglist shara,
ngee....kira nak mempromosikan lagi Lulu-Pages ni...
Hope lebih byk yang tau mengenai blog ni....

Kategori : Gadis Idaman..




.

Giveaway yang pertama (7/12/2010) : Suka tak?



Jom sertai giveaway ni...
Bagi sokongan buat penganjur..
maklumlah ini adalah kali pertama beliau membuat giveaway..
Sila klik pada gambar untuk lebih detail..
Gambar kat atas, bukan satu-satunya hadiah tau..
Ada banyaaaakkk lagi...

Semoga lulu menang giveaway ni...
Hadiahnya kelas gitu...
ngee...


Lulu nak tag...




Tarikh tutup : 1 Jan 2011..




.

Simon didenda


DENGAN hati yang cukup membara, Simon Cowell yang merupakan bekas juri program American Idol terpaksa membayar denda hampir RM500 gara-gara membawa masuk 10 kotak arak jenama Sapporo ketika mengunjungi Barbados baru-baru ini.

Menurut salah seorang petugas lapangan terbang, barangan yang dibawa Simon itu melebihi had dan dia harus membayar denda berkenaan atau arak tersebut akan disita.

"Perkara yang membuatkan Simon marah adalah dia sudah pun membayar cukai ke atas arak berkenaan ketika berlepas dari England dan harganya juga sangat mahal kerana ia diimport dari Jepun.

"Arak tersebut tidak dijual di negara ini dan mungkin sebab itu Simon menyangka tidak timbul sebarang masalah. Memandangkan dia tidak mahu merosakkan percutiannya, dia akhirnya membayar denda tersebut," ujarnya.

Menurut sumber itu lagi, wang sebenarnya tidak menjadi masalah buat Simon tetapi dia berasa amat kecewa kerana terpaksa berhadapan dengan keadaan sebegitu ketika hendak merayakan Krismas di negara berkenaan.

Dikhabarkan, Simon mulai suka meminum arak jenama Sapporo setelah merasa kelainan yang luar biasa ketika menikmatinya. Malah, ketika ini dia dikatakan bercuti di sebuah resort yang mengenakan sewa RM48,000 semalam.





.

Peminat mahu RTM siar pukul 8 malam, bukan 8.30 malam


DUA aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 menemukan Malaysia dan Vietnam pada Rabu lalu dan kelmarin menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya menyiarkan siaran langsung bermula daripada minit ke-30 permainan.

Ini kerana, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tetap mahu menyiarkan Berita Nasional dari pukul 8 malam hingga 8.30 malam sebelum memberi laluan kepada siaran langsung sedangkan sepak mula perlawanan adalah pada pukul 8 malam.

Kini dilema yang sama melanda peminat-peminat bola sepak tempatan apabila aksi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini turut akan bermula pukul 8 malam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, tiada alasan sebenarnya yang boleh diberikan pihak terbabit untuk tidak membenarkan siaran langsung aksi final itu dimulakan pada pukul 8 malam.

"Semua rakyat Malaysia begitu menantikan aksi final tersebut. Saya pasti, permintaan atau gesaan supaya RTM menyiarkan siaran langsung bermula 8 malam akan berterusan selagi pihak terlibat tidak memberi jaminan.

"Kami akan berusaha untuk mencari juga jalan supaya siaran langsung di RTM tetap akan bermula 8 malam dan bukannya 8.30 malam seperti dua perlawanan sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia di Putrajaya petang semalam.

Justeru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim diharap dapat bertolak ansur dalam hal ini dan membuat pengumuman dalam masa terdekat untuk menamatkan keresahan para peminat bola sepak di negara ini.




.

Lekat di bumbung


JEMPOL: Seorang penunggang motosikal ‘terbang’ sebelum melekat dan menemui ajal di atas bumbung kereta dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, Muhamad Fadli Arbian, 20, mati serta-merta akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian melakukan siasatan selepas menerima maklumat mengenai kemalangan.
“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari Batu Kikir menghala Kuala Pilah termasuk laluan bertentangan.

“Berikutan itu, motosikal Honda EX5 yang ditunggangnya bertembung dengan Proton Gen2 menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pemandu Proton Gen2 berusia 39 tahun tidak cedera dan membuat laporan polis selepas kejadian serta diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan itu dan pada masa sama meminta kerjasama saksi kejadian supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang beralamat di Kuala Pilah dihantar ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Zulfaqar Ismail, 24, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi seseorang menggunakan telefon bimbit arwah.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan sebelum melihat adik ipar masih bernafas. Tidak lama kemudian pegawai perubatan yang berada di situ memaklumkan arwah meninggal dunia,” katanya.





.

Harga tayar naik

Peningkatan permintaan getah di pasaran dunia


Produk berasaskan getah terutama tayar naik antara 6.5 peratus hingga lapan peratus bermula bulan ini berikutan peningkatan harga getah di pasaran dunia.

Syarikat pengeluar tayar Yokohama, Toyo, Bridgestone, Pirelli, Michelin, Falken, Hankook dan Kumho mengumumkan kenaikan itu susulan peningkatan harga getah dan bahan mentah lain berasaskan petrokimia seperti getah sintetik dan karbon hitam yang menjadi bahan mentah utama menghasilkan tayar.



.

Buaya lambung ayah


KOTA SAMARAHAN: Seorang anak hanya mampu menitiskan air mata apabila melihat dengan mata sendiri ayah kesayangan dilambung seekor buaya sepanjang lima meter selepas dia dilaporkan hilang ketika pergi menjala udang di Sungai Samarahan, pagi semalam.
Sidi Samad, 66, dipercayai dibaham buaya selepas anaknya, Musa Sidi, 38, melihat sendiri reptilia terbabit timbul sebanyak tiga kali di permukaan sungai berkenaan sambil menggigit tubuh mangsa.

“Ketika itu, saya menyeru buaya terbabit supaya ‘pulangkan’ bapa saya dan reptilia terbabit mula bergerak perlahan menuju ke tebing.

“Saya perasan bapa saya berada di mulut buaya selepas melihat kedua-dua kakinya lalu memanggil buaya berkenaan. Bagaimanapun, buaya itu hanya bergerak separuh dari tempat mula-mula saya nampak sebelum membenamkan badannya ke dasar sungai.

“Selepas itu, saya terus memanggil namun buaya berkenaan terus tidak timbul,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Reban, semalam.

Menurutnya, kerja menjala udang di sungai berhadapan rumahnya menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun lalu, namun dia tidak menyangka kejadian menimpa ayahnya.

“Ayah saya sering ke sungai berkenaan dan setiap kali terserempak dengan buaya itu, dia akan ‘meminta kebenaran’ untuk melaluinya,” katanya.

Sidi yang juga Imam Masjid Darul Ehsan di kampung berkenaan dikatakan keluar menjala udang di sungai berkenaan bersendirian dengan menaiki perahu kira-kira jam 6.40 pagi.

Sebelum keluar, isterinya, Dayang Salha Awang Sharul, 64, sempat menikmati sarapan pagi bersama mangsa dan kehilangannya mula disedari selepas tidak pulang ke rumah kira-kira jam 10 pagi.

“Kebiasaannya, suami saya akan pulang selewat-lewatnya sejam dari waktu dia turun ke sungai. Tapi, hari ini (semalam) saya risau selepas kelibatnya tidak muncul sehinggalah saya menghubungi Musa untuk meminta bantuan mencari ayahnya.

“Ini kerana, saya dimaklumkan ada individu ternampak suami saya dibaham buaya. Itulah yang menyebabkan saya meminta bantuan daripada anak dan penduduk kampung,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan arwah suaminya 45 tahun lalu.

Katanya, pada malam sebelum kejadian, suaminya beriya-iya mengajaknya ke majlis tahlil berikutan terdapat salah seorang penduduk kampung meninggal dunia beberapa hari lalu.

“Suami saya menyuarakan hasrat untuk membawa saya menunaikan umrah April tahun depan. Kami sudah mengumpul duit untuk menunaikan hajatnya,” katanya.

Dalam pada itu, ketika usaha mencari dan menyelamat dilakukan, penduduk hanya menemui perahu dipercayai digunakan untuk menjala selain hasil tangkapan iaitu udang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada salah seorang penduduk memaklumkan kejadian itu.

Beliau berkata, susulan itu, polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk kampung melancarkan gerakan mencari Sidi namun sehingga jam 7 malam belum ditemui.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!