Sunday, December 26, 2010

Bas ekspres terbabas..


Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.

Katanya, penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.


"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah.




.

AFF Suzuki 2010 - Malaysia Tundukkan Indonesia 3-0


Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan pertama menyaksikan pasukan Malaysia menundukkan
Indonesia, 3-0 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.


Kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi kumpulan sebelum ini bukan alasan buat skuad kendalian
K.Rajagobal ini bangkit melakukan serangan dan cubaan Kunanlan pada minit ke-18 hampir memberi mata kepada pasukan negara, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang lawan, Kurnia Meiga Hermansyah.


Pemain lincah Indonesia, Oktovianus Maniani hampir meranapkan benteng pertahanan negara, tetapi kecekapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bola berjaga diselamatkan.

Mohamad Ashari (kiri) menjaringkan gol kedua negara.

Sehingga tamat separuh masa pertama, kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Permulaan babak kedua lebih menarik, lebih-lebih lagi pasukan Malaysia berjaya mendahului pasukan lawan apabila Safee Sali menjaringkan gol pertama pada minit ke-59 hasil daripada hantaran Norshahrul Idlan Talaha.


Stadium sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong-penyokong Malaysia apabila Mohd Ashari Samsudin menambah jaringan kedua negara pada minit ke-67, selepas menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal.


Safee sekali lagi menggegarkan stadium menambah gol ketiga negara sekali gus meletakkan skuad K.Rajagobal ini dalam kedudukan selesa sebelum bertandang ke Jakarta bagi pusingan kedua, 29 Disember ini.

Malaysia mengikat Indonesia, 3-0 sehingga tamat permainan.


MALAYSIA:Mohd Asraruddin Putra Omar,Safiq Rahim (kapten), Morshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali,Amar Rohidan, Kunanlan Subramaniam, Mahalli Jasuli, MOhad Amirulhadi Zainal, Kharul Fahmi Che mAt, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas. (Pemain Simpanan): Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Faizal Muhamad,Mohd Razman Roslan, Khairul HelmiJOhari, GurusamyGovandar Kandasamy,, Mohd Amri Yahyah, Mohamad Faizal Abu Bakar, Mohamad Ashari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.


INDONESIA:Marcus Harison Rihihina,Mohammad NAsuha, Zulkifli Syukur,Maman Abdurachman, Cristian Gonzales Alfaro Gonzales, Oktovianus Maniani, Firman Utina, (kapten),Ahmad Bustomi,Yongky Ari Bowo, Muhammad Ridwan,Hamka Hamzah. (Pemain simpanan):Yesaya Nickhanor Desnam,Bambang Pemungkas, Irfan Haarys Bachdim, Muhammad Roby,, Eka Ramdani,Beny Wahduri,Tony Sucipto


P/S - Tahniah MALAYSIA...


.

Terkandas menjelang Krismas


Suasana menjelang Krismas bertukar menjadi kelam-kabut apabila beribu-ribu orang terkandas di sebuah lapangan terbang utama di sini kelmarin selepas ratusan penerbangan dibatalkan berikutan cuaca sejuk di bawah paras beku dan salji tebal yang turun di serata Eropah.

Kira-kira 400 penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Roissy dan Charles de Gaulle telah dibatalkan dengan penerbangan di Belgium dan Jerman turut terjejas.

Keadaan diburukkan lagi apabila ramai orang terpaksa menangguhkan perjalanan mereka disebabkan suhu sejuk beku dengan kebanyakan jalan raya di barat Eropah dilitupi salji.
Sekitar 2,000 orang terpaksa dipindahkan dari Terminal 2E Lapangan Terbang Charles de Gaulle selepas salji melitupi bumbungnya.


Sebelum ini, struktur berkenaan pernah runtuh pada Mei 2004 yang mengorbankan empat orang.
"Saya teramat letih sehingga saya tidak bertenaga lagi untuk marah," kata seorang wanita Perancis, Zoe Stephanou, 45.

"Penerbangan saya ke Milan, Itali sudah dua kali dibatalkan. Kali pertama ia dibatalkan, adalah ketika salji masih belum turun," tambahnya.

Di Belgium pula, pengendali perkhidmatan kereta api negara itu, Infrabel menyatakan, kebanyakan tren tergendala teruk selepas ramai kakitangan kereta api tidak dapat pergi ke tempat kerja kerana jalan raya dilitupi salji.

Di lapangan terbang utama Belgium di Brussels, cuma sebuah landasan boleh digunakan menyebabkan banyak penerbangan tertunda manakala kementerian pertahanan terpaksa menyediakan katil tentera kepada para penumpang yang terkandas.


Sementara itu, kesesakan turut berlaku di lapangan-lapangan terbang di Ireland, Britain Denmark serta Jerman.



.

R136a1, Bintang Terbesar..

Matahari kita, ukuran Matahari ketika mula kehabisan oksigen, dan ukuran bintang R136a1.
Sekumpulan astronomi England berhasil menemui sebuah bintang yang paling besar yang pernah dilihat manusia. Bintang raksasa itu memiliki ukuran 265 kali ganda lebih besar berbanding Matahari kita.

Kerana besarnya, bintang itu dapat mengubah teori tentang bagaimana proses lahirnya bintang. Bahkan dijangka, ketika wujud ianya mencapai ukuran 320 kali Matahari.

Sebelum ini, menggunakan model yang digunakan oleh peneliti, diketahui bahawa ukuran maksima bintang adalah 150 kali lipat dibanding Matahari kita. Apapun yang berukuran di atas itu terlalu sukar untuk terbentuk menjadi bintang.

Namun, dipetik dari BBC, 25 Disember 2010, Paul Crowther, astronomi yang berasal dari University of Sheffield, England, setalah mengamati gambar-gambar yang ditangkap oleh Very Large Telescope di Chile dan teleskop ruang angkasa Hubble, menemukan bintang yang melampaui ukuran maksima itu.

Selain jauh lebih besar berbanding Matahari, R136a1, bintang yang berada di sekeliling dengan jarak 165 ribu tahun cahaya dari Bumi itu juga sama terangnya dengan 10 juta buah Matahari kita.

“Sebagai gambaran, perbandingan cahaya antara bintang ini dengan Matahari di tata surya kita adalah seperti membandingkan sinar Matahari dengan Bulan purnama,” kata Crowther.

Dijangkakan, suhu di permukaan bintang itu mencapai sekitar 50 ribu darjah Celsius, hampir lapan kali lebih panas berbanding Matahari.

Crowther berkata, apa yang lebih penting dari penemuan bintang raksasa itu adalah memberikan keyakinan pada manusia bahawa kemungkinan besar masih ada bintang-bintang sangat raksasa seperti R136a1 di alam semesta.




.

Enam maut nahas awal pagi

KEADAAN sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kematian di Jalan Cheras semalam.

Enam maut dalam kemalangan jalan raya di empat lokasi berasingan di sekitar ibu negara awal pagi ini yang membabitkan kereta dan motosikal.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian antara pukul 1.15 pagi dan 4 pagi ini, kesemua mangsa yang berumur 18 hingga 55 tahun mati di tempat kejadian.

Beliau berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 1.15 pagi apabila dua motosikal dari arah bertentangan bertembung di Jalan Pudu menyebabkan kedua-dua penunggang, Fong Kam Wah, 55, dan Fong Kel Uin, 19, mati di tempat kejadian.

Menurutnya, 50 minit kemudian satu lagi kemalangan berlaku melibatkan kereta yang dipandu oleh Eng Tiong Kiong, 36, dari Paloh, Johor yang hilang kawalan di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (Sprint) dan merempuh persimpangan jalan berhampiran KL Sentral.

"Kejadian ketiga pula berlaku kira-kira pukul 4 pagi di Jalan Tun Razak apabila motosikal yang ditunggang oleh S. Vines Veran, 18, terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh belakang sebuah kereta," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Abdullah, kemalangan keempat berlaku 30 minit selepas kejadian ketiga di Jalan Cheras yang melibatkan tiga kenderaan.

Beliau berkata, pemandu kereta iaitu seorang mekanik dari Semenyih, Selangor, Tan Kim Fat, 32.

Menurutnya, mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar sebuah papan tanda sebelum merempuh bahagian belakang sebuah jip yang menjalankan kerja-kerja mencantas pokok di jalan itu.
Katanya, ekoran hentaman kuat itu, Kim Fat dan salah seorang penumpang di dalam kereta itu, Hoh Tian Yoon, 25, mati di tempat kejadian.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!