Wednesday, January 12, 2011

Belasah suka-suka


“Ketika menahan kesakitan, depa (mereka) pukul lagi tanpa belas kasihan, bila saya tanya kenapa, depa kata saja syok-syok,” kata Mohd Syazwan Johari, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong di sini, yang retak lutut kiri selepas mendakwa dibelasah lima pelajar senior di asrama sekolah berkenaan, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 6.55 petang itu, mangsa dikatakan baru selesai mandi apabila dipanggil seorang pelajar tingkatan tiga ke biliknya, namun dia enggan.

Menurutnya, berikutan itu, pelajar senior terbabit mengheretnya dari biliknya ke bilik bersebelahan sebelum empat lagi pelajar tingkatan tiga membelasahnya di badan dan kaki.

“Saya tidak tahu kenapa mereka marah dengan saya, walhal tidak pernah membuat mereka marah.
“Ketika memasuki asrama ini tahun lalu, mereka turut membuli saya.

“Mereka marah kerana saya tidak mengikut arahan menyebabkan mereka menarik dan mengheret saya sebelum empat rakan mereka menyerang saya termasuk menampar, menumbuk dan menendang bertubi-tubi.

“Saya rebah dan dan terduduk sebelum dua pelajar lain memegang kedua-dua tangan dan mengheret ke pintu bilik menyebabkan kaki kiri terkena rak kasut besi,” katanya ditemui di rumahnya di Kuarters Kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Mohd Syazwan berkata, rakan lain yang menyaksikan kejadian itu tidak berani membantu kerana pelajar berkenaan sudah memberi amaran.

“Lutut kiri saya begitu sakit menyebabkan mengerang kesakitan, namun langsung tidak dipedulikan mereka.

“Keesokannya, guru membawa saya ke klinik untuk rawatan sebelum pulang semula ke asrama,” katanya.

Menurutnya, bapanya terpaksa datang dan membawanya pulang ke rumah kerana tidak dapat meneruskan pembelajaran berikutan kesakitan teruk di kaki.

Bapa mangsa, Johari Zainon, 35, berkata, dia kecewa dengan pihak sekolah itu kerana lewat memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Doktor mengesahkan tulang lutut kiri anak saya retak dan perlu disimen selain terpaksa menjalani pembedahan kedua.

“Perkara ini menyedihkan kerana kes gangsterisme berlaku di asrama sekolah dikawal warden,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar jam 1 pagi semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan.

“Setakat ini, polis menahan lima pelajar berusia 15 tahun dan akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini) untuk direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.


P/S - Bodoh..Pergi sekolah, belajar lah...jadi pandai..bukan belajar jadi mafia..*emo.





.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

menyusah dan memalukan mak bapak..sah kena buang xpon kena gantung skolah

ermm xsokong chelsea ye hehehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!