Kes tuntutan ganti rugi perkahwinan antara jaguh badminton negara, Roslin Hashim dan bekas isteri yang dinikahi pertama kali, Faizah Mohamad akan dibicarakan secara tertutup selama dua hari mulai 23 Mac ini.
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Nurul Wazeera Ahmad Dahalan menetapkan tarikh tersebut semasa sebutan kes berkenaan di hadapan beliau hari ini.
Perbicaraan tuntutan itu akan didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan.
Roslin, 35, hadir ditemani peguam syarie, Roslizam Rahim manakala Mohammad Amir Nazli Hussin mewakili Faizah, 34, yang tidak hadir.
Ketika ditemui pemberita, Mohammad Amir Nazli memberitahu, mahkamah turut menetapkan 10 Februari ini untuk pihaknya memfailkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan dikemukakan Roslin pada 11 Ogos 2009.
Menurutnya, tarikh 24 Februari pula ditetapkan untuk Roslin memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan tersebut sekiranya perlu.
Pada 29 Disember 2010, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan kes itu dibicarakan selepas menolak permohonan Faizah untuk merayu di luar masa ditetapkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang mengetepikan bantahan awalnya bagi membatalkan tuntutan Roslin itu.
Faizah memfailkan kebenaran untuk merayu di luar masa berikutan tempoh 14 hari yang ditetapkan untuk memfailkan rayuan telah berakhir.
Isu rumah tangga bekas pasangan suami isteri itu hangat diperkatakan umum apabila Roslin menceraikan Faizah selepas 12 hari mereka melangsungkan perkahwinan.
Pasangan itu bernikah di rumah Faizah di Puchong pada 30 Januari 2009 dan lapan hari kemudian majlis bertandang di rumah Roslin di Kampung Sirih, Kota Bharu dengan wang hantaran RM15,000.
Dalam prosiding pengesahan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Roslin bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin berlaku dalam tempoh 12 hari perkahwinan mereka.
Selepas disahkan bercerai pada 12 Mei 2009, Roslin bertindak memfailkan tuntutan ganti rugi perkahwinan RM53,460 terhadap Faizah.
Roslin antara lain menuntut semua perbelanjaan yang dikeluarkan semasa merisik, bertunang dan berkahwin termasuk cincin risik bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).
Bagi perbelanjaan sewaktu perkahwinan pula, Roslin menuntut duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080); bayaran juru nikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500); barang hantaran (RM11,465); baju dan kasut pengantin perempuan (RM6,750).
Turut dituntut adalah khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).
Roslin kemudian berkahwin kali kedua dengan Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Nurhayati Othman, 40, pada 9 Julai tahun lalu tetapi bercerai talak satu selepas perkahwinan itu mencecah usia 28 hari.
Pada 1 September tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memutuskan lafaz cerai yang diucapkan oleh Roslin kira-kira pukul 8.32 malam, 7 Ogos 2010 di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang dekat sini adalah lafaz yang sorih (jelas) dan sah.
P/S - Best ke kahwin cerai, kahwin cerai?
.
2 Penyokong CHELSEA:
banyak sgt duit kot smpai khwin cerai je..sesuka hati je..haish.
x best la LULU oi....saya pun dah tersuka biru dah..huhu
Post a Comment