Wednesday, January 19, 2011

Berang rambut digunting


Pelatih PLKN enggan teruskan latihan

IPOH: Seorang remaja Sikh enggan meneruskan latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Seri Impian Relau di Sungai Bakap, Pulau Pinang, selepas mendakwa rambutnya yang tidak pernah digunting sejak lahir sebagai mematuhi ajaran agama, dipotong pihak tertentu ketika sedang tidur di asrama lelaki kem itu, awal pagi Ahad lalu.

Basant Singh, 18, yang mengikuti latihan sejak hampir dua minggu lalu berkata, dia hanya menyedari perkara itu apabila bangun tidur jam 6.30 pagi dan mendapati rambutnya yang sebelumnya panjang hingga mencecah pinggang menjadi pendek setakat paras bahu, dipercayai dipotong antara 50 hingga 60 sentimeter.
Lebih pelik, katanya, dia turut tidak menemui semula rambut yang dipotong itu.

Berikutan itu, beliau menghubungi ayahnya, Surinderpal Singh, 46, bagi memaklumkan perkara itu sebelum dibenarkan keluar dan bercuti selama seminggu oleh pihak pengurusan kem PLKN berkenaan.

“Komander kem itu ada mengatakan pada ayah saya ia adalah perkara biasa yang dilakukan budak nakal dan saya harus melaporkan diri semula ke kem itu pada 23 Januari ini.

“Bagaimanapun, saya tidak berpuas hati dan tidak mahu meneruskan lagi latihan di kem itu kerana sudah wujud isu agama dalam kes ini dan mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab,” katanya di kediamannya di dalam kawasan Rumah Ibadat Sikh Wadda Gurdwara Sahib di sini, semalam.

Basant membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Bandar Bharu di sini kira-kira jam 7 petang hari sama dan percaya perbuatan itu dilakukan antara jam 3 hingga 6.30 pagi hari berkenaan.

Di PUTRAJAYA, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan pelatih berketurunan Sikh bahawa rambutnya digunting pelatih lain ketika tidur di Kem Sri Impian, Ahad lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pasukan penyiasat diketuai Pengarah Bahagian Operasi JLKN, Kolonel Sanusi Hashim diberi tempoh dua minggu untuk menyediakan laporan.

Katanya, beliau juga sudah menghubungi Komandan Kem PLKN Sri Impian, Mejar Shamsudin Abdul Aziz, untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian menimpa pelatih terbabit.

"Shamsudin memaklumkan beliau hanya mengetahui insiden itu selepas didatangi ayah pelatih terbabit kira-kira jam 3 petang Ahad lalu dan ketika melakukan pemeriksaan, beliau mendapati panjang rambut pelatih terbabit mencecah paras perut.

"Siasatan ke tempat penginapan pelatih terbabit juga gagal menemui bukti atau kesan yang menunjukkan rambut pelatih terbabit dipotong," katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Mr. N on January 19, 2011 at 7:19 AM said...

bikin malu la....agak2 sape buat?

Anonymous said...

jangan org melayu dah la yg buat tu... huhu~

Makbed on January 19, 2011 at 9:57 AM said...

bengong nye..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!