Wednesday, January 19, 2011

Azab kena kejutan elektrik


“Hari ini (semalam) saya terpaksa buat keputusan sama ada nak benarkan doktor potong kedua-dua tangan adik saya atau tunggu alternatif daripada pakar lain untuk selamatkan organ adik saya,” kata, Maryuni Miskon, 32, kakak kepada Muhd Hairuman Miskon, 22, ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam. Maryuni berkata, sukar untuknya membuat keputusan dan doktor tiada pilihan lain kecuali memotong kedua-dua tangan adiknya kerana selnya sudah mati, manakala kedua-dua kakinya kemungkinan akan dipotong kerana sudah mula mereput dan kehitaman.

Mengimbas kejadian dua bulan lalu di Masjid Baroh, Tanjung Karang, dekat sini, Maryuni berkata, adiknya yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik terkena renjatan elektrik ketika mengambil upah membersihkan ladang kelapa sawit bersama seorang rakannya.
Ketika kejadian sekitar jam 9 pagi, 26 November lalu katanya, adiknya cuba mengait pelepah kelapa sawit.

Katanya, malam sebelum kejadian, hujan lebat mengakibatkan pelepah daun kelapa sawit basah.

“Saya difahamkan Muhamad Hairuman yang mengait pelepah kelapa sawit terkena kabel elektrik bervoltan tinggi menggunakan galah besi.

“Tiba-tiba satu dentuman kuat menyebabkan adik saya terpelanting kira-kira lima meter dan badannya mengeluarkan asap,” katanya.

Rakannya, Mohd Zikri Dri, 24, yang berada 100 meter tidak cedera cuba memberikan bantuan pernafasan tetapi gagal apabila Muhd Hairuman masih tidak sedarkan diri lalu memanggil ahli keluarga serta jiran sebelum melaporkan kepada polis.

Akibat kejadian itu, Muhamad Hairuman yang juga bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang (HTK) apabila hampir 35 peratus badannya terbakar dan melecur sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

Bagaimanapun kelmarin dia dipindahkan ke HTAR, di sini, bagi urusan memotong tangan.

Maryuni berkata, hatinya sebak melihat penderitaan ditanggung adiknya itu dan kerap mengadu kulitnya seperti mahu tercabut kerana panas dan apabila berpeluh dia mengerang kesakitan.

“Sejak hari pertama adik terkena renjatan elektrik, tiada satu pihak pun tampil memberi sumbangan.

“Malah, saya terpaksa mengeluarkan simpanan kira-kira RM15,000 untuk perbelanjaannya,” katanya.

Maryuni berkata, Muhd Hairuman anak yatim piatu dan bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta.

Katanya, dia juga sudah membuat tinjauan di ladang kelapa sawit itu dan mendapati kawasan itu memang berbahaya berikutan tidak diselenggara manakala pagarnya sudah rosak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia Malaysia (MBM), Abdul Rizam Mohd Akhir yang melawat mangsa berkata, sehingga kini pihaknya masih mencari agensi yang sudi tampil memberikan sumbangan kepada Muhd Hairuman kerana dia memerlukan perbelanjaan besar untuk meneruskan hidup sebagai orang kurang upaya (OKU).

Orang ramai ingin menghulur bantuan boleh menghubungi Ketua Aduan Belia, Majlis Belia Malaysia HM Rizan di talian 012-2853630.



.

8 Penyokong CHELSEA:

a.R on January 19, 2011 at 8:31 AM said...

ish...kesian le...

sw33tdarling on January 19, 2011 at 9:29 AM said...

tahziah buat mangsa dan keluarga.. minta dijauhkan perkara2 begini dari ahli keluargaku ya Allah!

Makbed on January 19, 2011 at 9:49 AM said...

ya allahh.. teruk nye.

Nazura on January 24, 2011 at 4:17 PM said...

mangsa ni adalah satu kmpung ngn saya, mak saya bc berita ni mak saya menangis, sebab sebelum ni mmg selalu lepak kat umah kami, mangsa ni seorang yang pendiam, mak saya dah anggap dia mcm ank sendiri... mangsa ni kawan baik adik sya, satu tmpat kj kait kelapa sawit..tapi time tu adik saya bawa lori sawit..

Lulu Caldina on January 24, 2011 at 4:22 PM said...

@Nazura salam simpati..semoga keluarganya tabah..

Nazura on January 24, 2011 at 4:54 PM said...

tu lah saya dapat tahu tu pun mak sy yang beritahu kat saya sedihlah...sebb dia kena tanggung adik2 lagi sebb dia anak yatim piatu..sepatutnye batang kait tu tak boleh pakai besi mmg bahaya btg kait tu tak ada penebat langsung..

Lulu Caldina on January 24, 2011 at 5:04 PM said...

@Nazura Syukurlah ramai yang bantu dia.. lulu faham kesedihan mereka..semoga mereka tabah..

Maryuni Binti Miskon said...

Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin….

Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!