Cubaan seorang wanita Indonesia untuk melepaskan diri daripada ditahan dengan menyorok di bawah meja makan di dapur sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini tidak berhasil apabila dia berjaya dikesan dan dicekup bersama 40 yang lain.
Taktik wanita berusia 20-an itu terbongkar apabila anggota Jabatan Imigresen melalui Ops Sapu yang memeriksa sebuah rumah di Taman Johor Jaya ternampak kain sarung dipakai wanita itu terkeluar di celah-celah meja.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II, Amzari Abdul Jalil berkata, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan dan semua yang ditahan di sekitar Taman Johor Jaya dan Taman Daya di sini tidak mempunyai dokumen perjalanan.
Menurut beliau, serbuan yang membabitkan restoran dan rumah sewa warga asing itu bermula pada pukul 10 malam hingga 3 pagi dan berjaya menahan 40 warga asing iaitu membabitkan 24 warga Indonesia, Myanmar (8), Nepal (7) dan Bangladesh (1).
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment