Thursday, January 13, 2011

Bagaikan 'mati hidup semula'


Seorang pemandu teksi bagaikan 'mati hidup semula' apabila nyaris dihempap sebuah lori syarikat keselamatan yang hampir terbalik setelah tersangkut di bawah jejambat di bulatan berhampiran Bank Negara, di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika Abdul Halim Abd. Haniff, 40, membawa seorang penumpang lelaki berusia 30-an dan sedang melalui jalan itu.
Katanya, dia telah melihat lori itu dari Jalan Parlimen dan mengekorinya sebelum mengambil keputusan untuk memotongnya di sebelah kanan.

"Saya rasa macam tak sedap hati. Tiba-tiba saya mendengar dentuman dan nampak lori itu merempuh jejambat serta hampir terbalik.
"Saya terus memandu laju sikit untuk mengelak dihempap lori itu. Mujurlah sempat dan berada betul-betul antara kepala lori dan badannya.


KERJA-KERJA mengangkat sebuah lori lori syarikat keselamatan yang terbalik dan menghempap sebuah teksi dan motosikal di Bulatan Datuk Onn di hadapan bangunan Bank Negara, di Kuala Lumpur. Kemalangan ini menyebabkan ibu negara sesak teruk lebih empat jam mulai 10 pagi.


"Bahagian belakang teksi pula remuk dihempap lori tetapi tersangkut sedikit di pembahagi jalan yang setinggi paras bahu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata, penumpang teksi itu pula turut bernasib baik kerana ketika kejadian, lelaki tersebut berada di tempat duduk hadapan.

Menurutnya, penumpang tersebut yang cedera ringan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.
"Saya rasa trauma dengan kejadian itu dan rasanya serik untuk berada di atas jalan. Bagaimanapun inilah punca rezeki saya dan akan cuba memulihkan semangat," ujar beliau.

Kejadian itu juga menyebabkan warga kota yang menggunakan jalan tersebut terpaksa berdepan dengan kesesakan luar biasa selama hampir empat jam.



.

2 Penyokong CHELSEA:

cikpuanhady on January 13, 2011 at 12:14 AM said...

nampak cam remuk teruk teksi tu..harap takde yg terkorban jiwa..

Jom skodeng : Apa itu Matterhorn?

Pink Pearl Lady on January 13, 2011 at 5:32 AM said...

kl kalau ada xcident gerenti jln mkn jem....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!