Saturday, January 15, 2011

Paling berat di dunia


Sebuah limousin di Amerika Syarikat (AS), Midnight Rider, mencatat nama dalam Guinness Book of Records sebagai yang paling berat di dunia dan berkemungkinan yang terbesar, lapor sebuah akhbar semalam.


Limousin itu boleh membawa 40 orang dan turut mempunyai ruang untuk aktiviti tarian tiang dan seberat 22.7 tan selain 22 buah tayar.

Ia sepanjang 21.3 meter, dilengkapi tiga ruang rehat, sebuah bar dan lima set televisyen, sistem bunyi dan penerima kabel satelit.


"Kenderaan ini merupakan limousin paling mewah dan unik di dunia dengan ruang keseluruhan seluas 42.7 meter persegi," kata pemiliknya, Pamela Bartholomew Machado, dari negeri California.


"Ia lebih menyerupai sebuah kelab malam bergerak walaupun dikategori sebagai limousin," tambahnya.
Kenderaan itu yang disewakan pada kadar AS$1,030 (RM3,146) untuk sejam, memerlukan penyewa memperuntukkan wang AS$713 (RM2,178) bagi mengisi minyak penuh.



.

5 Penyokong CHELSEA:

||aLeaSaRa|| on January 15, 2011 at 5:06 PM said...

yuhuu sggh dr geng segmen BA!suka tau lpk sini n3 menarik *-^

Ikhmal Fadzil on January 15, 2011 at 5:28 PM said...

wah,ni kalau balik kampung best nihh..hehe!

suria lekatlekit on January 15, 2011 at 5:43 PM said...

pagi2 lg dh baca artikel ni kat kosmo.. memang gempak la

Anonymous said...

seronok gak ni kalau dpr naik... ngeeee...~

Fendi BL036 on March 9, 2011 at 1:59 PM said...

seronok baca n3 lulu...benda2 yang menarik perhatian...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!