Sunday, January 9, 2011

Selamat lahirkan bayi lelaki


Peragawati Miranda Kerr dilaporkan sudah melahirkan anak lelaki di sebuah hospital di Los Angeles, semalam. Miranda yang berkahwin dengan pelakon, Orlando Bloom pada Julai lalu dan mengesahkan kehamilannya sebulan selepas itu melahirkan bayinya lebih awal daripada jangkaan doktor.

Menurut ahli keluarga peragawati berasal dari Australia itu, mereka mendapat khabar Miranda sudah melahirkan bayi lelaki, pagi semalam.

Sebelum ini, peragawati pakaian dalam Victoria’s Secret itu dikatakan merancang untuk membahagikan masa antara karier peragaan dengan tugas sebagai ibu kelak. “Saya memang ingin menjadi seorang ibu satu masa kelak dan saya rasa Orlando akan menjadi bapa yang baik. Mempunyai anak dan kehamilan adalah sebahagian daripada kehidupan wanita,” katanya.

Berita mengenai kelahiran bayi Miranda dijangka memberi khabar gembira buat keluarga Miranda selepas datuk dan neneknya ditimpa malang apabila kediaman mereka di Sydney dijilat api, baru-baru ini. Datuk dan nenek Miranda sempat menyelamatkan diri selepas kediaman mereka disambar petir sebelum terbakar.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!