Wednesday, January 19, 2011

Setiap hari dukung anak lumpuh ulang-alik sekolah


Ibu rayu bantuan kerusi roda mudahkan pergerakan Maisara bersemangat walaupun cacat

BALING: Seorang ibu tabah mendukung anaknya yang lumpuh kedua-dua kaki akibat demam panas untuk pergi dan balik sekolah setiap hari bagi memastikan murid Tahun Satu itu tidak tercicir dalam pelajaran.

Norlela Othman, 35, dari Kampung Lalang, Siong, dekat sini, juga menghabiskan banyak masa di sekolah setiap hari bagi menguruskan Nuralia Maisara Mohd Faizul, 7, yang lumpuh kedua-dua kaki dan tidak dapat digerakkan.

Selain mendukung anak sulungnya itu berulang alik ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kampung berkenaan, Norlela juga terpaksa mendukung Nuralia Maisara pada waktu rehat, menghadiri perhimpunan dan ke bilik air.

Norlela berkata, berikutan kedua-dua kakinya tidak dapat digerakkan, anaknya itu terpaksa duduk atas tikar di lantai kelas, selain menggunakan meja rendah untuk menulis atau membaca.

Nuralia Maisara dilahirkan kembar dengan pasangannya Nuralia Natasya yang normal, tetapi menjadi lumpuh selepas diserang demam panas ketika berusia empat tahun.

"Saya kasihan melihatkan keadaannya yang serba kekurangan, tetapi dia tetap bersemangat ke sekolah," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.



.

1 Penyokong CHELSEA:

elieynz on January 19, 2011 at 8:39 AM said...

wow... kuat semangat dia...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!