Monday, January 17, 2011

Maut dirempuh pacuan empat roda


Seorang ketua jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 6 Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu di sini semalam. Kejadian berlaku pukul 6.50 pagi ketika mangsa, Mohd. Faizal Silong Abdullah, 48, dalam perjalanan dari rumahnya ke Kem PLKN Ovai di sini.

Ketua Trafik daerah, Asisten Supritendan Fauzi Sahat berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh bahagian badan."Semasa kejadian, mangsa yang merupakan Ketua Jurulatih PLKN Ovai dalam perjalanan ke kem berkenaan dari rumahnya

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, sebuah pacuan empat roda dari Kota Kinabalu ke Bongawan dikatakan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Fauzi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau memberitahu, polis telah menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan jenis Toyota Hilux berusia 21 tahun itu dipercayai mengambil minuman keras sebelum terbabit dalam kemalangan itu," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk dan mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya, tindakan tegas mengikut undang-undang akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar peraturan jalan raya.



.


.

4 Penyokong CHELSEA:

misslovalova on January 17, 2011 at 12:57 AM said...

tragik sungguh :(

JUNKO-EL-HIDA on January 17, 2011 at 4:07 AM said...

Menakutkan yerk..mintak dijauhkan la dr saya & sedare mare..erkkk!!..

shahazrin on January 17, 2011 at 8:06 AM said...

kesian betul... AlFatihah... Saya penyokong MU yeah..!!! BEST...

MizZ vVip DeeHan RougexX on January 27, 2012 at 11:55 AM said...

Cikgu kitorang kat Kem dulu... al- fatihah.....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!