Kemalangan melibatkan van di Kilometer 424.9 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Tagar di sini, malam semalam, menarik perhatian pengguna lebuh raya berkenaan.
Beberapa pemandu sanggup memberhentikan kenderaan tetapi bukan untuk membantu mangsa kemalangan sebaliknya berebut-rebut memungut barangan yang tercampak dari van berkenaan.
Mana tidaknya, van yang terlibat dalam kemalangan itu membawa beribu-ribu botol minuman yogurt jenama terkenal.
Insiden tersebut berlaku pukul 11 malam semasa van terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke utara.
Tiba di tempat kejadian, tayar belakang van terbabit pecah menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terbalik.
Van terbabit kemudian dirempuh oleh sebuah kereta Proton Waja dipandu seorang lelaki yang tidak sempat mengelak.
Lelaki terbabit mengalami kecederaan di kaki, manakala pemandu van, Mohd. Fazrein Abdullah, 22, mendapat kecederaan di kepala dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Kemalangan itu menyebabkan beribu-ribu botol minuman yogurt yang dibawa bertaburan di atas jalan raya.
Sepasukan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dibantu pekerja penyelenggara lebuh raya, mengambil masa kira-kira setengah jam untuk membersihkannya.
P/S - Suka makan Yogurt
.
2 Penyokong CHELSEA:
lulu, yogurt free bleh la buat minum petang, hehe
@karl yer karl..sila duduk bersimpuh dan mkn ramai-ramai..ngee
Post a Comment