Sejak sepuluh tahun lalu, aktiviti duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksakan buat Angela Whitbread. Perbuatan kecil yang kita anggap biasa ini bagaikan anugerah impian yang tak boleh lagi dimiliki wanita ini.
Penderitaan ibu beranak satu ini bermula pada Januari 2000. Ketika itu dia menjalani histerektomi. Malangnya, setelah pembedahan, dia merasa sakit dan rasa terbakar pada pinggul, punggung bawah dan paha atasnya.
Angela hanya boleh berdiri tegak atau berbaring untuk menghindari rasa sakit tersebut. Sejak 'penyakit saraf ini menimpanya, dia mengaku banyak kehilangan waktu bersama anak perempuannya, Francesca, 14.
"Yang saya inginkan adalah boleh pergi menonton filem bersama anak saya. Tetapi saya tidak dapat berdiri di dalam panggung wayang," ujarnya, seperti dipetik dari laman The Sun.
Angela, 57, bersama suaminya, Keith, 63 berusaha berubat dengan penahan rasa sakit namun tidak banyak membantu. "Saya keluar-masuk hospital selama 10 tahun dengan kerusi kereta yang selalu diturunkan agar saya dapat berbaring."
Hingga kini, Angela dan keluarganya terus berusaha mencari perubatan yang tepat untuk mengurangi deritanya.
.
2 Penyokong CHELSEA:
susah gak kalau kena macam ni...
nice blog btw, btk info ;)
kesian dia, ada juga sakit mcm tu kan..
Post a Comment