Friday, February 4, 2011

Berkecai kerana digilis..

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berkecai selepas digilis beberapa kenderaan di KM269.9 Lebuhraya Utara-Selatan dalam satu kemalangan mala tadi.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata mayat Mohd Ridzuan Abdul Wahab, 25, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, ditemui orang ramai kira-kira 8 malam yang kemudian membuat laporan polis.

Mohd Ridzuan yang menunggang motosikal dalam perjalan dari utara ke selatan dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan kenderaan lain di lebuh raya itu dan digilis beberapa kenderaan lain.

Beliau berkata, turut cedera dalam kejadian itu ialah seorang lagi penunggang motosikal yang merempuh Mohd Ridzuan.

Bagaimanapun, Irwan Fahmi Mat Ariff, 22, seorang anggota tentera yang berasal dari sini hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Beliau berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes langgar lari dan polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan.



.

2 Penyokong CHELSEA:

a.R on February 4, 2011 at 11:17 PM said...

kesian nye....ngeri menyayat hati...

farhan on February 4, 2011 at 11:53 PM said...

dah ajal tu..kat mana2 pun leh mati

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!