Friday, February 4, 2011

Banyaknya..


Kira-kira lebih 100,000 ekor ikan jerung berenang 91.44 meter dari pantai negeri Florida di Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gambar 100,000 ekor ikan jerung itu berenang berjaya dirakamkan oleh seorang juruterbang, Steve Irwin menerusi telefon bimbit berkamera.

Ikan jerung itu dipercayai spesies Spinner sepanjang 0.91 meter hingga 2.13 meter berenang ke utara di antara Fort Lauderdale dan Pulau Jupiter.

Irwin yang mengendalikan perkhidmatan helikopter di Fort Pierce berasa bingung kerana melihat sejumlah besar ikan jerung berkumpul di kawasan perairan cetek itu.


"Ia merupakan penglihatan yang amat menakjubkan. Terdapat puluhan ribu ikan itu kemungkinan 100,000," kata Irwin.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!