Wednesday, February 2, 2011

Ditemui mati..


Seorang pegawai penyiasat berpangkat Sarjan ditemui mati bersebelahan keretanya beserta satu kesan tembakan di kepala di satu kawasan tanah lapang di Jalan Mahang, Puncak Alam 2 di sini, Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Mohd Taib Ahmad berkata Mat Saini Omar, 50, merupakan pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan sedang bertugas ketika kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira 11.45 pagi berhubung penemuan mayat yang berlumuran darah dan tersandar di luar kereta Proton Wira itu.

"Turut ditemui di sebelah mangsa ialah sepucuk pistol .38 miliknya dengan salah satu daripada lima butir pelurunya telah digunakan dan barangan peribadi mangsa seperti dompet serta telefon bimbit juga ada bersama mangsa.

"Siasatan mendapati tembakan dilepaskan dari arah kiri kepala mangsa dan ketika mayat mangsa ditemui, bonet serta pintu kiri di tempat duduk penumpang depan terbuka," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Turut ditemui ialah sehelai pakaian seragam polis dan beberapa helai pakaian lain dipercayai milik mangsa yang tergantung di bahagian belakang di dalam kereta itu.
Mohd Taib berkata polis setakat ini mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai kematian mengejut dan sedang menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah mengenainya.


Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
Mat Saini yang berasal dari Tanjong Karang telah berkhidmat dengan pasukan polis lebih 25 tahun.
Menurut Mohd Taib, Mat Saini telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang perkhidmatannya bersama pasukan polis dan Allahyarham juga tidak mempunyai sebarang rekod disiplin.

Turut melawat tempat kejadian dan juga mangsa ialah Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dan Ketua Polis Shah Alam,Zahedi Ayob.
Mohd Taib mengesahkan bahawa jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital TanjungKarang untuk dibedah siasat.

Allahyarham meninggalkan isteri yang juga kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan empat orang anak.



.

2 Penyokong CHELSEA:

lelakiJAHAT on February 2, 2011 at 10:47 PM said...

kematian mengjut??xlogik...huh

farhan on February 3, 2011 at 2:54 AM said...

kena bunuh tu..apa plak kematian mengejut

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!