Monday, February 21, 2011

Foto praperkahwinan


Penyanyi Indonesia, Krisdayanti atau lebih dikenali dengan panggilan KD dilaporkan sudah menjalani sesi foto praperkahwinan di Dili beberapa hari lalu dengan mengenakan gaun moden yang direka pereka Yohannes E Yunarko.

Penyanyi terbabit memilih jurugambar terkemuka Indonesia, Darwis Triadi untuk merakamkan saat indah berkenaan.

KD bagaimanapun menegaskan bahawa foto praperkahwinan berkenaan adalah untuk koleksi peribadi beliau tetapi pereka gaun terbabit, Yohannes membuka rahsia mengenai pakaian dipakai penyanyi terbabit.

“Waktu itu, KD menghubungi saya melalui telefon dari Dili. Beliau mahu merakamkan gambar dan mahu menggunakan gaun saya. Saya siapkan tiga gaun terbaik dan sesuai untuk KD yang kemudian diambil oleh pengurusnya untuk dibawa ke Dili,” kata pereka fesyen terbabit yang ditemui di Ekspo Perkahwinan DI JCC, Jakarta, kelmarin.

KD bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus gaun yang diinginkannya kerana percayakan pilihan sepenuhnya di tangan Yohannes sendiri.

“Saya mempunyai ukuran badan beliau. Beliau tidak kisah mengenai perinciannya kerana hanya memikirkan untuk digunakan sewaktu foto praperkahwinan,” kata pereka terbabit.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!