Monday, February 21, 2011

Hatiku sudah dimiliki


WAJAH tampannya memang memikat hati ramai wanita di luar sana. Malah, kelibatnya sering mencuri perhatian sesiapa saja ketika menghadiri mana-mana majlis di persada hiburan tanah air.
Itulah aura yang dimiliki pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang cukup dikenali dengan watak Hang Tuah dalam pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL), Stephen Rahman Hughes.


Bukan saja kehebatan lakonannya yang diperkatakan orang, malah, sisi peribadi artis kelahiran United Kingdom termasuk statusnya juga mendapat perhatian ramai. Terbaru khabar angin yang bertiup kencang mengenai cerita aktor, penyanyi dan penari terkenal ini dikatakan sudah menamatkan zaman bujangnya.


 Dengan tenang sambil senyuman terukir di bibir, Stephen membuat pengakuan kepada pihak media tempatan dia memang sudah berkahwin sekali gus mengesahkan cerita yang tersebar itu. Akuinya, majlis perkahwinan dengan gadis idamannya itu berlangsung di Tuscany, Itali pada September tahun lalu.

Gadis bertuah yang berjaya merebut hatinya ialah penari dan koreografer berdarah kacukan India-Inggeris, Anjali Mehra.
"Kami mula bertemu ketika sama-sama terbabit dalam pementasan Bombay Dreams dulu. Kami sering bersama dan sudah berkawan baik selama lapan tahun. Walaupun sibuk dengan karier masing-masing, saya akui hidup tetap sunyi tanpa seorang isteri.


"Selepas mengenali hati budi masing-masing, kami putuskan untuk berkahwin. Kami serasi bersama mungkin kerana kami menceburi bidang yang sama.
"Dari segi pemilihan Tuscany, Itali pula, sebenarnya, kami sama-sama mengagumi keindahan lokasi menarik itu ketika bercuti di sana sebelum ini. Sebab itulah, kami putuskan untuk berkahwin di sana," katanya.
Ditanya sama ada dia akan memperkenalkan isterinya itu kepada pihak media, Stephen berkata, dia tidak akan menyorokkan berita baik itu dari pihak media tempatan nanti.


"Saya tidak ingin mengulas secara terperinci mengenai isteri saya seperti berapa umurnya sekarang kerana saya akan membawanya sekali ke sini pada majlis pratonton filem HMM yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini," katanya.



P/S - Dia ni islam, kan?


.

1 Penyokong CHELSEA:

fRaMe+LenSeS on February 21, 2011 at 1:27 PM said...

hihi.. mati2 igt ati cik Lulu tadi.. ;)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!