Friday, February 18, 2011

Gelaran Sultanah ditarik balik


Dua kerabat diraja Johor, Sultanah Zanariah Iskandar dan Sultanah Nora Ismail tidak lagi membawa gelaran ‘Sultanah’ berkuat kuasa semalam.
Gelaran kedua-duanya telah digantikan kepada ‘Yang Amat Mulia Tunku Puan’ dengan dibahasakan sebagai ‘Tunku Puan’ atau ‘Tunku’.

Sultanah Zanariah ialah isteri kepada Almarhum Sultan Iskandar manakala Sultanah Nora merupakan isteri ketiga kepada nenda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, berikutan itu, mereka kini tidak lagi menikmati segala keistimewaan dan kemudahan seperti mana sebelum ini.
Beliau berkata, penarikan gelaran itu diputuskan sendiri oleh Sultan Ibrahim setelah mendapat nasihat ahli-ahli jumaah majlis kerana kedua-duanya tidak pernah dimahkotakan dalam satu majlis rasmi kerajaan.




.

5 Penyokong CHELSEA:

syafiqsulaiman on February 18, 2011 at 10:32 AM said...

Sultan johor ni memang terkenal dengan ketegasannya..

Unknown on February 18, 2011 at 10:42 AM said...

kene tarik but still keturunan raja ye dak... sib baek.. =)

Lulu Caldina on February 18, 2011 at 2:21 PM said...

@syafiqsulaiman ya betul!!

Lulu Caldina on February 18, 2011 at 2:22 PM said...

@Encik Blogger yer...mesti masih ada keistimewaan..yeahh

Lalala on February 18, 2011 at 8:15 PM said...

yeke... ingatkan tarik tapi naik pangkat ke apa..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!